MEMBINANILAI SEJATI KE ARAH MALAYSIA YANG BERDAYA SAING
DI PERINGKAT GLOBAL

KE ARAH MALAYSIA YANG BERDAYA SAING DI PERINGKAT GLOBAL

Tema Laporan Khazanah 2017   (TKR2017) ialah Ke Arah Malaysia Yang Berdaya Saing Di Peringkat Global. Ia adalah sebahagian daripada visi Khazanah untuk menjadi syarikat pelaburan strategik terkemuka yang mencipta nilai mampan untuk Malaysia yang berdaya saing di peringkat global. Kami melaksanakan pelbagai inisiatif kewangan, strategik dan kemasyarakatan untuk mencipta nilai jangka panjang yang memberikan pulangan kepada negara melalui kehadiran domestik dan antarabangsa kami serta syarikat pelaburan kami. Dengan berbuat demikian, kami menyokong amalan terbaik antarabangsa dan inisiatif dalam tadbir urus korporat serta penciptaan nilai jangka panjang yang mampan. Lebih

Tema ini digambarkan pada muka kulit laporan ini, dengan latar langit mengelilingi dunia yang melambangkan jejak antarabangsa kami, diwakili oleh kehadiran serantau kami di China, India, Turki, Amerika Syarikat dan United Kingdom, dengan Malaysia sebagai terasnya. Pelbagai sektor yang kami ceburi turut dipaparkan, tersebar di serata dunia.

Untuk memperincikan lagi tema ini, TKR2017 juga memaparkan petikan yang menzahirkan daya saing Malaysia di peringkat global, pengantarabangsaan syarikat -syarikat pelaburan kami, dan petikan kata-kata daripada kakitangan kami. Tema ini diolah dengan lebih lanjut lagi melalui tiga kajian kes mengenai usaha kami di China, yang juga merupakan lokasi pejabat serantau kami yang pertama; memanfaatkan kesalinglengkapan serantau antara Malaysia dan Singapura melalui pelaburan strategik kami dalam pembangunan bersama dengan Temasek Holdings (Private) Limited melalui M+S Pte Ltd; dan terus menyokong keterangkuman sosial serta memberi pulangan berimpak secara langsung melalui inisiatif Hari Hasanah kepada individu dan komuniti yang memerlukan.
Kurang

Rangkuman Institusi

Khazanah terus berkembang sebagai sebuah institusi yang disokong oleh rangka kerja tadbir urus dan kebertanggungjawaban yang kukuh. Lembaga Pengarah kami, yang dipimpin oleh Pengerusi, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, membimbing pihak pengurusan dalam melaksanakan mandat kami.

Ulasan Kewangan

Keupayaan kewangan yang kukuh dan pertumbuhan kewangan yang mampan adalah penting untuk memenuhi mandat komersial dan strategik kami.

Membina Nilai Sejati Melalui Pelaburan Kami

Khazanah memainkan peranan aktif dan menerima pakai pendekatan pengurusan makro sebagai pemegang saham dalam usahanya mencapai hasil yang membawa perubahan. Kami menjalinkan kesepakatan dengan syarikat-syarikat pelaburan kami secara usaha sama untuk meneroka pasaran-pasaran baharu, serta berganding dengan entiti sektor awam dan swasta bagi membantu memangkin pertumbuhan dan pembangunan di Malaysia.

BERKONGSI MANFAAT KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN

Mandat Khazanah melawati aspek penciptaan nilai dari segi kewangan dan strategik. Kami juga diberi tanggungjawab untuk menyalurkan pulangan kepada masyarakat, sebagai sebahagian daripada peranan kami untuk membantu Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi, serta ekonomi yang mampan dan terangkum.

Membina Sebuah Institusi

Institusi yang kukuh adalah asas kepada negara yang teguh. Di Khazanah, kami cekal memainkan peranan menggabungkan pencapaian dan pengalaman untuk membina sebuah institusi yang akan terus menghasilkan kejayaan secara berterusan dan konsisten. Warga kerja kami ialah aset utama kami. Kami memupuk persekitaran yang menggalakkan integriti, profesionalisme, ketekunan, kerja berpasukan dan sikap saling menghormati. Kami membuat pelaburan besar dalam proses dan prasarana yang diperlukan untuk mengembang dan menyokong modal insan, demi membangunkan warga kerja kami.

KAJIAN
KES

Setiap tahun, Laporan Khazanah ini menampilkan kajian kes untuk menggambarkan dan menyediakan dengan lebih jelas dan mendalam mengenai bagaimana kami menangani tuntutan terhadap mandat kami. Pada tahun ini, kami membincangkan cara Khazanah menyumbang ke arah menjadikan Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa melalui usaha pengantarabangsaan dan memanfaatkan komitmen serantau. Kami turut menumpukan kepada usaha pengagihan nilai supaya kembali kepada rakyat.

KESIMPULAN

Kehadiran global kami membolehkan kami membentuk hubungan yang lebih kukuh dengan rakan kongsi di seluruh dunia, mengenal pasti peluang yang boleh meningkatkan penyerantauan syarikat pelaburan kami, dan menyumbang ke arah pembinaan daya saing jangka panjang negara.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen