Pelaburan jangka masa panjang kami bukanlah sekadar pulangan kewangan dan strategik, malah juga termasuk mewujudkan nilai masyarakat. Kami melakukannya dengan mengimbangkan ekonomi berasaskan modal dengan ekonomi berasaskan rakyat, yang seterusnya membawa kepada kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi. Berikut adalah inisiatif terpilih yang didorong oleh Khazanah untuk menggalakkan keterangkuman dan kelestarian.

Perkongsian nilai melalui Yayasan Hasanah

Yayasan Hasanah (Hasanah) telah ditubuhkan pada Disember 2013 untuk menerajui inisiatif tanggungjawab korporat (CR) Khazanah, satu pendekatan yang padu dan lebih strategik untuk perkongsi nilai dengan negara bagi tahun-tahun yang akan datang. Mandat Hasanah adalah untuk menyokong pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian untuk memperkasakan komuniti, menggalakkan keterangkuman sosial dan menambah baik persekitaran tempatan.

Setiap tahun, belanjaan tahunan Hasanah dibiayai melalui pulangan tahunan yang daripada penjanaan endowmen Khazanah bernilai RM3 bilion secara majoritinya disalurkan ke arah menyokong dan membiayai program rakan kerjasamanya, selain peruntukan sewajarnya untuk membiaya operasi Hasanah.

Sebagai sebuah organisasi yang memberi geran, Hasanah melangkaui nilai wang ringgit untuk memudahkan ekosistem transformasi, bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuklah pertubuhan masyarakat awam, komuniti, korporat, dan agensi kerajaan dengan, menyemai semangat untuk menyokong dan membina kapasiti dalam lima bidang tumpuan utama: Pendidikan; Pembangunan Komuniti; Alam Sekitar; Seni, Budaya dan Warisan; dan Ilmu Pengetahuan. Secara keseluruhannya, Hasanah berharap untuk membuat anjakan pembaharuan sosial dan komuniti bagi menyampaikan impak sosial jangka masa panjang untuk rakyat serta ke arah Malaysia yang lebih baik.

Pada 2017, Hasanah terus memperkukuhkan impaknya melalui program yang telah dirancang dengan memberi sokongan untuk meningkatkan jumlah penerima manfaat; menginovasi cara dan kaedah bagi mencapai impak sosial jangka masa panjang; serta berpotensi untuk mempengaruhi struktur dan rangka kerja institusi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yayasan Hasanah, layari www.yayasanhasanah.org

Mengimbangi Ekonomi Berasaskan Modal dan Ekonomi Berasaskan Rakyat

Klik untuk
paparan besar

PENDIDIKAN

Yayasan Khazanah (YK) telah diberi kepercayaan untuk memilih, menyokong, mempersiapkan dan memupuk individu-individu luar biasa yang bakal mengambil alih kedudukan tinggi dalam organisasi terbaik di Malaysia termasuk GLC. Selain menawarkan biasiswa ke universiti terkemuka di dalam dan luar negara, YK juga menyediakan perlbagai peluang kepada pemegang biasiswa Khazanah termasuk program kepimpinan dan pembangunan sahsiah, peluang menjadi sukarelawan dengan badan-badan bukan kerajaan atau badan berasaskan keuntungan dan latihan amali kerja di syarikat-syarikat termasuk GLC, GLIC atau Agensi Kerajaan.

Info lanjut mengenai Yayasan Khazanah, layari www.yayasankhazanah.com.my

Yayasan AMIR adalah sebuah yayasan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 26 Oktober 2010 oleh Khazanah Nasional Berhad untuk menambah baik kualiti pendidikan di sekolah-sekolah Kerajaan Malaysia melalui kerjasama Awam-Swasta deangan Kementerian Pendidikan.

Program Sekolah Amanah AMIR mempunyai sasaran untuk menjadi rangkaian Sekolah Amanah terkemuka Malaysia, dengan matlamat untuk mewujudkan model transformasi sekolah yang boleh direplikakan ke seluruh negara. Sekolah Amanah Yayasan AMIR bersifat holistik, terangkum dan mewakili latar belakang etnik Malaysia yang pelbagai. Kami juga ingin mentransformasikan hasil pelajar dengan menggalakkan amalan pengurusan sekolah yang lebih cermelang, dan menjuarai penambahbaikan kurikulum dan penyampaian pendidikan.

Maklumat lanjut mengenai Yayasan AMIR, layari www.yayasanamir.org.my

Murid Sekolah Amanah belajar memasang khemah di Outward Bound School di Lumut, Perak

MENGGALAKKAN RUANG AWAM

Khazanah terlibat dalam usaha menggalakkan ruang awam sebagai sebahagian daripada sumbangan ke arah mewujudkan bandar-bandar yang lebih lestari dan sesuai didiami.

Malaysia adalah negara Asia kedua selepas Jepun yang mempunyai Program Cruyff Court, iaitu suatu kerjasama antara Yayasan Hasanah dan Johan Cruyff Foundation. Cruyff Court Iskandar Malaysia telah dilancarkan pada 2012 manakala Cruyff Court Kuala Lumpur di Brickfields dibuka pada tahun 2013. Program ini menyediakan pengalaman bermain bola sepak yang unik buat kanak-kanak yang kurang bernasib baik, belia dan masyarakat umum. Cruyff Court menghidupkan semula padang-padang lama yang dipinggirkan akhibat proses pembandaran agar dapat menyemarakan semula perpaduan sosial di mana padang in di jadikan tempat bermain serta tempat berkumpul untuk memupuk semangat saling menghormati, perpaduan, pembangunan dan kerjasama. Pada 2017, dua gelanggan baru dilancarkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas dan PPR Seri Semarak di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Pelancaran Cruyff Court di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Kuala Lumpur, sempena Hari Hasanah pada 3 September

Projek Taman Tugu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) berbilang komponen tidak bermotifkan keuntungan diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama beberapa agensi sektor awam, syarikat sektor swasta dan organisasi masyarakat awam melalui Kerjasama Awam-Swasta-Pertubuhan Awam. Antara terlibat ialah, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Wilayah Persekutuan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

Secara keseluruhan, sehingga RM650 juta telah diperuntukkan bagi projek ini yang merangkumi komponen berikut:

TAMAN: Memulihara dan mengaktifkan taman rimba bandar – akan menjadi rumah kepada kira-kira 1,000 spesis etnik flora & fauna hutan hujan Malaysia.

PENGHUBUNG: Menghubungkan kawasan sekeliling bagi mengaktifkan Taman Tugu dan memudahkan jangkawan penduduk di kawansan bandar.

ILMU: Pembangunan pusat pembelajaran dan inovasi, Khazanah ILMU, menyumbang kepada pembelajaran berterusan dan menggalakkan pemula niaga tempatan.

AMANAH: Menubuhkan Amanah Awam Negara termasuk operasi, penyelenggaraan, kerjasama dan pembangunan komuniti sehingga 2030.

Garis Masa Disiapkan

Klik untuk
paparan besar

Penglibatan Orang Awam dan Pembangunan Komuniti

Klik untuk
paparan besar

Untuk maklumat lanjut mengenai Projek Taman Tugu, layari www.tamantuguproject.com.my

KETERANGKUMAN SOSIAL

Penyelidikan Dasar berasaskan Fakta

Khazanah Research Institute (KRI), yang mula beroperasi pada Februari 2014 dan bertujuan untuk melaksanakan analisis dan penyelidikan mengenai isu-isu penting negara yang kritikal, dan berdasarkan penyelidikan, memberikan cadangan dasar untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia. Pada 2017, KRI menerbitkan dua penerbitan utama, iaitu yang pertama adalah ‘Membina Modal Sosial: Eksperimen George Town’, dilancarkan pada Oktober di Forum Megatrends Khazanah 2017. Laporan ini memberi tumpuan kepada manfaat Tabung Pembangunan Komuniti untuk meredakan tekanan ketidakseimbangan sosial di kawasan pembangunan semula bandar. Pada November 2017, KRI juga menerbitkan “Why Trade Matters: Trade Issues in Non-communicable Diseases, Essential Medicines and Education”, siri ketiga laporan mengenai perdagangan antarabangsa dan dasar perdagangan. Siri ini menyelidik bagaimana perdagangan antarabangsa dan dasar perdagangan mengabungkan kesan globalisasi kepada ekonomi domestik dan kehidupan seharian kita. Laporan ini menangani: (1) Perdagangan dan dasar menyasarkan penyakit ‘gaya hidup; (2) Perdagangan dan akses kepada ubatan penting; dan (3) Perdagangan dan akses kepada pendidikan. Pada 2017, KRI turut bekerjasama dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk merangka Dasar Perumahan Negara baharu untuk Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai KRI, layari www.krinstitute.org

Memacu Pembangunan Semula Bandar

Think City adalah organisasi berfokuskan pembangunan semula bandar yang berpusat di George Town, Pulau Pinang, dan turut beroperasi di Kuala Lumpur, Butterworth dan Johor Bahru. Tertumpu di pusat bandar raya bersejarah, kami mula ditubuhkan pada 2009. Melalui Program Geran George Town, Think City mempamerkan tumpuan kepada manfaat komuniti dan pendekatan kerjasama untuk membina semula bandar. Kejayaan di Pulau Pinang mengukuhkan hubungan sedia ada dengan institusi tempatan dan negara serta membuka lagi peluang untuk memperluaskan kerjasama kami di peringkat tempatan dan antarabangsa. Hari ini, kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan, komuniti, institusi, entiti swasta dan pakar antarabangsa, Think City terus menguji, merancang dan melaksanakan program-program untuk pembangunan bandar.

Maklumat lanjut mengenai Think City, layari www.thinkcity.com.my

KONSTRUK, projek seni pemasangan buluh oleh 15 artis dan arkitek, adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan di Iskandar Puteri, Johor

Gambaran artistik rumah mikro yang dipasang di Medan Pasar, Kuala Lumpur

Pembangunan Sistem Pengangkutan Awam Iskandar Puteri

Fasa pembangunan seterusnya bagi Iskandar Puteri adalah penubuhan sistem perkhidmatan bas yang menghubungkan semua pusat utama di kawasan itu. Menurut Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), kerja-kerja bagi sistem Bus Rapid Transit Iskandar Malaysia dijangka bermula pada awal 2019 dan akan meliputi 90% koridor pertumbuhan ekonomi.

Perumahan Mampu Milik di Iskandar Malaysia

Bagi menyokong skim perumahan mampu milik negeri Johor, iaitu Rumah Mampu Milik Johor, UEM Sunrise telah membangunkan Taman Nusantara, Bayu Nusantara, dan Denai Nusantara di Iskandar Malaysia.

KELESTARIAN

Falsafah kami dalam Membina Nilai Sejati bermaksud menerima pakai pendekatan terangkum dan lestari demi memenuhi keperluan pihak berkepentingan kami, bagi generasi kini dan akan datang; dan diukur mengikut nilai kewangan, ekonomi dan sosial yang dicipta menerusi pelaburan kami.

Mengukur Nilai Sejati
Oleh kerana nilai keterangkuman dan kelestarian adalah subjektif dengan pelbagai takrifan, Khazanah telah memulakan satu usaha dalaman, dipanggil Project Chronos, untuk mengukur nilai amalan kelestarian secara objektif. Project Chronos akan menyediakan rangka kerja untuk mengukur kesan nilai, termasuk menakrifkan penanda aras petunjuk sebagai asas untuk menaksir prestasi Nilai Sejati. Gambaran prestasi yang baik boleh ditentukan mengikut skor positif oleh petunjuk, jumlah skor yang positif dan pertumbuhan hala tuju positif dalam suatu tempoh masa.

Melabur dalam Nilai Sejati
Khazanah sentiasa mencari peluang pelaburan untuk memenuhi mandat komersial dan pada masa yang sama turut menghasilkan impak pembangunan sosial dan keterangkuman yang tinggi. Pelaburan berimpak kami termasuklah 8990 Holdings, yang menumpukan kepada pembinaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah di Filipina; Cenviro, yang terlibat dalam pengurusan sisa buangan secara mampan; dan Cenergi SEA dalam sektor tenaga bersih.

Pada 2015, Khazanah juga berjaya membuktikan pelaburan bertanggungjawab apabila berjaya menggabungkan pendidikan dan kewangan Islam bersama-sama dengan pelaburan tanggungjawab sosial menerusi penerbitan Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) dengan denominasi Ringgit yang pertama di dunia. Struktur berinovasi ini, walaupun agak baharu, adalah satu konsep hebat yang mana kesedaran dan sambutan daripada para pelabur dijangka akan meningkat. Pada 2017, tranche kedua sukuk SRI dilancarkan dan menampilkan buat pertama kalinya bahagian runcit untuk rakyat Malaysia mengambil bahagian sebagai menyokong usaha ini.

Sebagai sebuah institusi yang menyokong kelestarian, keterangkuman dan sambutan, Khazanah akan terus berusaha menjadikan pelaburan berimpak di samping mencari lebih banyak cara untuk melakukannya di masa hadapan.

KHAZANAH AMERICAS INC

Khazanah Americas Inc, yang dibuka pada 2013, membantu memudah cara pelaburan di Amerika yang menjadi kepentingan strategik kepada Khazanah, anak syarikat pelaburan, dan Malaysia secara umumnya. Terletak di San Francisco, hab perdana bagi inovasi dan teknologi, pejabat ini menyediakan platform kepada Khazanah untuk menilai peluang lebih baik dalam sektor teknologi global.

BERKONGSI MANFAAT KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN

Mandat Khazanah melawati aspek penciptaan nilai dari segi kewangan dan strategik. Kami juga diberi tanggungjawab untuk menyalurkan pulangan kepada masyarakat, sebagai sebahagian daripada peranan kami untuk membantu Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi, serta ekonomi yang mampan dan terangkum.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen