Khazanah menyokong dan menyumbang kepada inisiatif transformasi negara

Khazanah adalah sebahagian daripada pasukan kerja yang menyokong Majlis Penasihat Ekonomi Negara dalam membangunkan Model Baharu Ekonomi (MBE). Kami terlibat dalam pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), yang ditubuhkan untuk menyelia pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) – dua tonggak utama MBE.

Beberapa program tanggungjawab korporat Khazanah dan program yang dilaksanakan oleh GLC adalah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang berkaitan dengan pendidikan dan peningkatan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah.

Sebagai pelabur strategik, Khazanah dan syarikat pelaburannya terlibat dalam sembilan daripada 12 Bidang ETP yang terkandung dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), termasuk pelancongan, pendidikan dan penjagaan kesihatan. Selain itu, inisiatif Khazanah di Iskandar Malaysia adalah untuk menyokong konsep koridor pertumbuhan kerajaan.

Khazanah menyokong Program Transformasi Ekonomi Bumiputera yang diuruskan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) melalui program pembangunan vendor di syarikat pelaburan kami, dan melalui pelupusan strategik di bawah inisiatif yang diterajui Majlis Ekonomi Bumiputera untuk menggalakkan keusahawanan Bumiputera dan pertumbuhan ekuiti. Melalui peranan kami sebagai Sekretariat Agenda Pemerkasaan Bumiputera (BEA), Khazanah membantu untuk membangunkan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk dilaksanakan oleh G20 dan GLIC di bawah Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Kerajaan.

Bekas Timbalan Pengerusi Khazanah ,Tan Sri Dato’ Seri Utama Nor Mohamed Yakcop dan Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar dan ahli Lembaga Pengarah Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Tan Sri Andrew Sheng dan Dato’ Sri Nazir Tun Abdul Razak ialah ahli dalam Jawatankuasa Ekonomi Khas yang ditubuhkan oleh kerajaan pada Ogos 2015 untuk mewujudkan tindakan segera dan jangka waktu sederhana dalam mengukuhkan lagi dasar ekonomi negara di tengah-tengah kemerosotan ekonomi global.

Pada 2017, perkerja bawah umur 40 tahun yang berkerja di Khazanah dan syarikat perlaburan kami mengambil bahagian dalam Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (lihat gambar di atas). Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hadir untuk mendengar pandangan daripada peserta dan dikenalikan oleh Tan Sri Azman Mokhtar.

KHAZANAH AMERICAS INC

Khazanah Americas Inc, yang dibuka pada 2013, membantu memudah cara pelaburan di Amerika yang menjadi kepentingan strategik kepada Khazanah, anak syarikat pelaburan, dan Malaysia secara umumnya. Terletak di San Francisco, hab perdana bagi inovasi dan teknologi, pejabat ini menyediakan platform kepada Khazanah untuk menilai peluang lebih baik dalam sektor teknologi global.

BERKONGSI MANFAAT KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN

Mandat Khazanah melawati aspek penciptaan nilai dari segi kewangan dan strategik. Kami juga diberi tanggungjawab untuk menyalurkan pulangan kepada masyarakat, sebagai sebahagian daripada peranan kami untuk membantu Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi, serta ekonomi yang mampan dan terangkum.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen