Kerjasama UEM Group dengan Google Malaysia dalam penganjuran program makerthons pengekodan, litar dan robotik untuk pelajar sekolah yang berumur antara 13 hingga 17 tahun. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada inisiatif pendidikan Kumpulan UEM yang dikenali sebagai Projek STAR (Kongsi, Fikir, Tanya, Respon).

Strategi pelaburan Khazanah dijajarkan dengan agenda pembangunan negara. Pendekatan kami didorong oleh misi kami untuk mencipta nilai sebenar bagi Malaysia yang berdaya saing di dunia.

Pelaburan kami terutamanya dipacu secara komersial, berteraskan penciptaan nilai kewangan, sementara turut mengambil kira sumbangan ekonomi, dari segi pewujudan pekerjaan, pengisian teknologi, pulangan masyarakat dan pengganda ekonomi dalam bentuk lain.

Pelaburan kami merangkumi jenis urus niaga berbeza, daripada kegiatan korporat kepada projek-projek pembangunan berskala besar. Semua pelaburan dinilai dengan teliti dan diserahkan kepada Lembaga Pengarah untuk pertimbangan serta kelulusan.

Sebahagian daripada strategi pelaburan kami boleh dilihat dalam usaha untuk mengukuhkan lagi Pelaburan Teras, yang mana terutamanya adalah aset komersial Kerajaan yang kami miliki dan uruskan. Syarikat pelaburan kami adalah beberapa syarikat terbesar Malaysia dan peneraju dalam sektor masing-masing.

Kehadiran Serantau

Tema pelaburan kami yang semakin diberi perhatian adalah penyerantauan, yang membolehkan kami meneroka peluang pertumbuhan dalam pasaran di luar Malaysia

Pelaburan Kami

Pelaburan kami secara umumnya dikategorikan kepada Pelaburan Teras, Pelaburan Pertumbuhan dan Pelaburan Mangkin

Pelabur Strategik

Sejak 2004, kami telah melabur RM87.9 bilion dalam syarikat-syarikat kami, termasuk 175 pelaburan baharu yang dibuat secara berhemat

Penjualan Strategik

Kami melaksanakan penjualan strategik untuk meningkatkan penglibatan sektor swasta dan membina keupayaan keusahawanan dalam sektor ekonomi utama

Kami adalah pemegang saham aktif, bekerjasama dengan syarikat pelaburan Khazanah, menyokong mereka bila perlu untuk membantu mencapai matlamat strategik mereka, termasuk menjadi peserta industri serantau dalam bidang masing-masing.

Sebagai menyokong aspirasi kerajaan untuk menjadi negara maju, kami juga terbabit dalam pelbagai jenis Pelaburan Pemangkin di negara yang boleh memberi pulangan kewangan serta pulangan dalam bentuk strategik dan kesejahteraan masyarakat kepada negara dan membawa perubahan ekonomi dalam jangka panjang. Ini boleh dilihat dalam usaha kami di Iskandar Malaysia, Johor yang mana kami membuat pelaburan besar bagi pembangunan koridor pertumbuhan tersebut, serta pelbagai sektor strategik dan pembangunan lain.

Kami juga melabur – secara langsung dan melalui syarikat pelaburan kami – dalam sektor dan lokasi baharu yang menawarkan potensi besar untuk membantu membina daya saing jangka panjang negara. Pelaburan Baharu ini, seperti mana ia dikenali, termasuk pelaburan yang kami percaya akan membentuk ekonomi masa hadapan, menyediakan hubungan strategik dan membolehkan negara untuk menerokai kawasan pertumbuhan baharu.

Pelaburan kami dalam Inovasi & Teknologi (I&T) adalah sebahagian mandat kami untuk mencipta nilai jangka panjang bagi Malaysia. Sungguhpun terdapat risiko tertentu dalam pelaburan sebegini, portfolio I&T kami diuruskan secara berhemat bagi mengurangkan risiko-risiko tersebut.

Secara keseluruhannya, strategi pelaburan kami telah membolehkan kami mempunyai satu portfolio pelaburan kukuh, yang seimbang dan sedia untuk berkembang. Nilai bersih dilaraskan (NWA) bagi portfolio kami adalah RM115.6 bilion setakat 31 Disember 2017, meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 9.6% setahun sejak 2004. Peningkatan ini dicapai dengan mengimbangkan tahap penerimaan risiko yang sesuai dan tinjauan pulangan ke atas pelaburan dengan pengendalian strategik negara untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang kukuh, mampan dan terangkum.

Dalam persekitaran yang semakin global dan berkembang, usaha beterusan Khazanah ke arah pertumbuhan negara telah mengenal pasti pembaharuan sebagai kunci bagi perjalanan Malaysia menuju ekonomi berpendapatan tinggi. Kami percaya melabur dalam pembaharuan akan meningkatkan batasan kecekapan dan seterusnya pengeluaran serta pertumbuhan negara. Secara keseluruhannya, pembaharuan akan mencipta gelombang baharu industri dan menyumbang kepada pewujudan kerja-kerja baharu yang penting untuk pengembangan ekonomi jangka panjang Malaysia di pentas sejagat.

PEJABAT SERANTAU KHAZANAH TURKI

Pejabat Serantau Khazanah Turki (KTRO) yang dibuka pada 2013, adalah pejabat serantau Khazanah yang keempat selepas Beijing, Mumbai dan San Francisco. KTRO menjadi landasan untuk meningkat dan mengukuhkan pelaburan dan hubungan perniagaan serantau, termasuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Asia Tengah dan Eropah.

Membina Nilai Sejati Melalui Pelaburan Kami

Khazanah memainkan peranan aktif dan menerima pakai pendekatan pengurusan makro sebagai pemegang saham dalam usahanya mencapai hasil yang membawa perubahan. Kami menjalinkan kesepakatan dengan syarikat-syarikat pelaburan kami secara usaha sama untuk meneroka pasaran-pasaran baharu, serta berganding dengan entiti sektor awam dan swasta bagi membantu memangkin pertumbuhan dan pembangunan di Malaysia.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen