Khazanah menyokong dan menyumbang kepada usaha-usaha transformasi nasional Kerajaan

Portfolio pelaburan kami merangkumi kepentingan dalam lebih 100 syarikat dalam pelbagai sektor, industri dan kawasan, sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui pemilikan saham. Kepelbagaian portfolio ini mencerminkan usaha yang kami laksanakan untuk mencipta nilai, kesan ekonomi dan jalinan hubungan bagi Malaysia. Kirakira 55% daripada Nilai Aset Boleh Tunai (RAV) kami, berdasarkan pendedahan kawasan, adalah di Malaysia. Selebihnya sebanyak 45% adalah di luar negara.

JUMLAH PELABURAN

Bilangan
Urus Niaga 1
Amaun Pelaburan
(RM b)
2004-201717587.9

1 Bilangan pelaburan baharu secara sendirian

JUMLAH PENJUALAN

Bilangan
Urus Niaga
Hasil Penjualan
(RM b)
Keuntungan atas
Penjualan (RM b)
2004-201710259.227.4

Leret ke kiri untuk maklumat penuh >

Setakat 31 Disember 2017 | Sumber: Analisis Khazanah

Setakat 31 Disember 2017 | Sumber: Analisis Khazanah
2 Nilai pelaburan diperuntukkan oleh negara di mana syarikat induk bermastautin

Setakat 31 Disember 2017 | Sumber: Analisis Khazanah
3 Anggaran nilai boleh agih mengikut negara di mana syarikat pelaburan Khazanah beroperasi

PEJABAT SERANTAU KHAZANAH TURKI

Pejabat Serantau Khazanah Turki (KTRO) yang dibuka pada 2013, adalah pejabat serantau Khazanah yang keempat selepas Beijing, Mumbai dan San Francisco. KTRO menjadi landasan untuk meningkat dan mengukuhkan pelaburan dan hubungan perniagaan serantau, termasuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Asia Tengah dan Eropah.

Membina Nilai Sejati Melalui Pelaburan Kami

Khazanah memainkan peranan aktif dan menerima pakai pendekatan pengurusan makro sebagai pemegang saham dalam usahanya mencapai hasil yang membawa perubahan. Kami menjalinkan kesepakatan dengan syarikat-syarikat pelaburan kami secara usaha sama untuk meneroka pasaran-pasaran baharu, serta berganding dengan entiti sektor awam dan swasta bagi membantu memangkin pertumbuhan dan pembangunan di Malaysia.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen