Kami telah membina kehadiran dalam pasaran-pasaran utama di luar negara, yang membolehkan kami memanfaatkan pertumbuhan ekonomi serantau, mengenal pasti peluang-peluang yang menggalakkan penyerantauan syarikat-syarikat pelaburan kami dan seterusnya menyumbang ke arah membina daya saing jangka panjang negara.

PEJABAT SERANTAU KHAZANAH TURKI

Pejabat Serantau Khazanah Turki (KTRO) yang dibuka pada 2013, adalah pejabat serantau Khazanah yang keempat selepas Beijing, Mumbai dan San Francisco. KTRO menjadi landasan untuk meningkat dan mengukuhkan pelaburan dan hubungan perniagaan serantau, termasuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Asia Tengah dan Eropah.

Membina Nilai Sejati Melalui Pelaburan Kami

Khazanah memainkan peranan aktif dan menerima pakai pendekatan pengurusan makro sebagai pemegang saham dalam usahanya mencapai hasil yang membawa perubahan. Kami menjalinkan kesepakatan dengan syarikat-syarikat pelaburan kami secara usaha sama untuk meneroka pasaran-pasaran baharu, serta berganding dengan entiti sektor awam dan swasta bagi membantu memangkin pertumbuhan dan pembangunan di Malaysia.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen