Khazanah bekerjasama dengan syarikat pelaburannya untuk memacu prestasi yang lebih baik

Kami berpandukan kepada Rangka Kerja Penglibatan Lima Perkara dalam pendekatan pelaburan kolaboratif dengan syarikat-syarikat pelaburan kami.

Sebagai pemegang saham yang aktif, kami membantu memastikan adanya kepemimpinan yang mantap dan berkeupayaan dalam setiap syarikat pelaburan Khazanah yang akan melaksanakan strategi perniagaan bersesuaian. Kami bekerjasama dengan mereka untuk melaksanakan sistem dan kawalan utama seperti rangka kerja tadbir urus dan pengurusan risiko serta sistem pengurusan bakat dan prestasi.

Kami juga menyumbang dan menyokong pembangunan struktur kawal selia dan persekitaran berdaya saing, di samping menggalakkan kerjasama dan sinergi antara syarikat pelaburan kami.

Rangka Kerja ini membantu kami memantau kemajuan syarikat tersebut, di samping memperkasakan syarikat-syarikat ini menjadi entiti berprestasi tinggi.

RANGKA KERJA PENGLIBATAN LIMA PERKARA

ARAS KEPIMPINAN

Membantu dalam memastikan kewujudan Lembaga Pengarah dan Pasukan Pengurusan Kanan yang profesional, berkebolehan dan berpengalaman.

STRUKTUR INDUSTRI

Memanfaatkan sinergi dalam syarikat dan menyumbang secara optimum kepada persekitaran dan struktur kawal selia yang berdaya saing.

STRATEGI

Membantu memacu strategi dan pelaksanaan perniagaan yang bermutu tinggi melalui lembaga pengarah dan pengurusan.

MEMANTAU PENGURUSAN PRESTASI & MEMPERKASA

Menyediakan pemantauan dan pengurusan prestasi yang beterusan melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan pengesahan pengurusan.

SISTEM & KAWALAN

Membantu menetapkan sistem dan kawalan utama untuk menjamin pertumbuhan dan penciptaan nilai melalui tadbir urus, pengurusan risiko, pengurusan prestasi, pengurusan bakat, perolehan, audit dalaman dan perhubungan pelabur.

PEJABAT SERANTAU KHAZANAH TURKI

Pejabat Serantau Khazanah Turki (KTRO) yang dibuka pada 2013, adalah pejabat serantau Khazanah yang keempat selepas Beijing, Mumbai dan San Francisco. KTRO menjadi landasan untuk meningkat dan mengukuhkan pelaburan dan hubungan perniagaan serantau, termasuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Asia Tengah dan Eropah.

Membina Nilai Sejati Melalui Pelaburan Kami

Khazanah memainkan peranan aktif dan menerima pakai pendekatan pengurusan makro sebagai pemegang saham dalam usahanya mencapai hasil yang membawa perubahan. Kami menjalinkan kesepakatan dengan syarikat-syarikat pelaburan kami secara usaha sama untuk meneroka pasaran-pasaran baharu, serta berganding dengan entiti sektor awam dan swasta bagi membantu memangkin pertumbuhan dan pembangunan di Malaysia.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen