Setakat 31 Disember 2017 | Senarai adalah tidak menyeluruh

  PELABURAN TERAS

Portfolio Khazanah termasuk beberapa syarikat terpenting di Malaysia, berdasarkan ukuran kepentingan strategik syarikat-syarikat ini kepada negara. Syarikat-syarikat ini termasuklah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dalam pelbagai sektor berbeza seperti penerbangan, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, infrastruktur & pembinaan, tenaga, hartanah dan telekomunikasi

Kami melabur dalam sektor dan kawasan pertumbuhan baharu sebagai menyokong transformasi ekonomi Malaysia. Menerusi pelaburan-pelaburan ini, kami berharap untuk membina hubungan industri dan membantu melonjakkan pertumbuhan dan pembangunan negara.

Sebagai menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju, Khazanah memulakan sejumlah pelaburan mangkin yang bertujuan menjana pulangan komersial, membangunkan kelebihan strategik, dan membina keupayaan untuk negara, terutamanya di dalam negara.

PEJABAT SERANTAU KHAZANAH TURKI

Pejabat Serantau Khazanah Turki (KTRO) yang dibuka pada 2013, adalah pejabat serantau Khazanah yang keempat selepas Beijing, Mumbai dan San Francisco. KTRO menjadi landasan untuk meningkat dan mengukuhkan pelaburan dan hubungan perniagaan serantau, termasuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Asia Tengah dan Eropah.

Membina Nilai Sejati Melalui Pelaburan Kami

Khazanah memainkan peranan aktif dan menerima pakai pendekatan pengurusan makro sebagai pemegang saham dalam usahanya mencapai hasil yang membawa perubahan. Kami menjalinkan kesepakatan dengan syarikat-syarikat pelaburan kami secara usaha sama untuk meneroka pasaran-pasaran baharu, serta berganding dengan entiti sektor awam dan swasta bagi membantu memangkin pertumbuhan dan pembangunan di Malaysia.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen