Sokongan Berterusan dalam Pembinaan Negara melalui Agenda Pemerkasaan Bumiputera (BEA)

Agenda Pemerkasaan Bumiputera (BEA)
Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCT), yang dilaksanakan dari 2004 hingga 2015 mempunyai tiga prinsip dasar, salah satu daripadanya adalah Agenda Pembangunan Nasional. Agenda Bumiputera adalah sebahagian daripadanya (Gambarajah 1), yang mana pelbagai usaha terhadap pembinaan negara telah dilaksanakan selama bertahupencapaian dibuat dan manfaat disalurkan kepada kumpulan sasaran oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan G20.

Berikutan pelancaran Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera oleh Perdana Menteri Malaysia pada 14 September 2013, dan reaksi kepada jangkaannya terhadap Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan G20 yang disampaikan dalam ucapan beliau pada majlis pelancaran, Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) menubuhkan Agenda Pemerkasaan Bumiputera (BEA) untuk meneruskan usaha-usaha membina negara yang berkaitan dengan masyarakat Bumiputera.

Dengan pencapaian GLC daripada Program Transformasi 10-tahun GLC pada Julai 2015, Khazanah telah diberikan mandat oleh Kerajaan untuk meneruskan peranannya sebagai Sekretariat Program BEA sehingga 2020.

Sebagai melaksanakan hasrat tersebut dan memudahkan pengurusan program yang berkesan, program BEA dirancang untuk dilaksanakan dalam tiga fasa. Gambarajah 2 melakarkan aspirasi, jangkaan keputusan dan tahap penglibatan yang diperlukan pada setiap fasa program.

Fasa 1 termasuk penetapan dasar dan memulakan program dalam tempoh dua tahun pertamanya. Di dalam fasa ini, petunjuk prestasi utama (KPI) khusus ditetapkan dan diberikan di mana pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dengan jaya oleh GLIC dan G20. Fasa 2 menumpukan kepada pengukuhan inisiatif BEA untuk memberikan kesan kepada para pemegang kepentingan yang disasarkan dan masyarakat Bumiputera. Memanfaatkan momentum semasa, GLIC dan G20 mempertingkatkan insiatif BEA dan menetapkan inisiatif dengan kesan besar(GCI) baharu secara kolaboratif menerusi rangkaian BEA yang telah dibangunkan. Memasuki Fasa 3, tumpuan adalah untuk membina institusi pada peringkat individu dan entiti, serta sebagai memangkin dan meneruskan usaha dengan lebih lanjut. Di bawah fasa ini, GLIC dan G20 akan menginstitusikan usaha-usaha semasa, menggerakkannya untuk menghasilkan keputusan yang dijangka daripada program-program ini.

DALAM MEMAJUKAN AGENDA BUMIPUTERA GLC DIPANDU OLEH:

Klik untuk
paparan besar

Rajah 1

Sumber: BEA Secretariat

Nota: TeraS – Syarikat-syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi


GLC MENGURUSKAN PROGRAM BAGI BEA

Klik untuk
paparan besar

Rajah 2

Sumber: BEA Secretariat

Mempertingkatkan Program BEA

Menyedari perlunya meningkatkan lagi program ini, satu pendekatan menyeluruh telah dibangunkan manakala empat pendokong utama telah dikenal pasti untuk melonjakkan pencapaian BEA dan memastikan penyampaian hasil yang lebih baik serta impak yang dihasratkan menjelang 2020.

CARTA MANDAT BAGI AGENDA PEMERKASAAN BUMIPUTERA (BEA)

Rajah 3

Sumber: BEA Secretariat

Pengumpil 1: Carta Mandat BEA
Carta Mandat (Gambarajah 3) dibangunkan sebagai panduan dasar kepada bidang tumpuan dan keputusan yang dihasratkan untuk pemegang kepentingan yang disasarkan. Carta ini juga adalah untuk menggalakkan kesefahaman, kejelasan dan ketekalan program.

Pengumpil 2: Tadbir Urus Kukuh dan Gigih
Tadbir Urus BEA dirangka sedemikian rupa supaya program ini diberi sepenuh komitmen yang serius, jelas dan gigih, termasuk pelaporan berkala kepada Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Pengumpil 3: Pelan BEA menuju 2020
Pelan BEA menuju 2020 dipertingkatkan sebagai panduan dan memberi hala tuju akan datang bagi GLIC dan G20 untuk mewujudkan hasil berkesan menjelang 2020. Perancangan sebegini memerlukan peralihan baharu dalam pendekatan dan pemikiran untuk melonjakkan masyarakat Bumiputera ke tahap lebih tinggi. GLIC dan G20 juga digalak memulakan usahausaha bersama dan kolaboratif yang boleh memberikan kelebihan bagi pelbagai syarikat dan pihak kepentingan.

Pengumpil 4: Penglibatan Terancang
Untuk mendapatkan sokongan daripada pelbagai pemegang kepentingan, pembabitan BEA harus dirancang, disusun dan bersinambungan bagi memastikan pemahaman dan komitmen terhadap penginstitusian BEA. Pembabitan yang diterajui oleh barisan kepimpinan melalui pelbagai wadah juga adalah kunci kepada penyampaian mesej yang jitu kepada pihak berkepentingan utama.

Pencapaian Keseluruhan BEA Setakat Ini …

Program BEA secara keseluruhannya telah menunjukkan hasil menggalakkan, dengan GLIC dan G20 mencapai KPI melebihi 90.0% pada 2014 dan 2015, diikuti dengan penambahbaikan ketara dalam mencapai 95.3% pada tahun 2016. Beberapa pencapaian utama setakat ini (2014 – 2016) oleh GLIC dan G20 (Gambarajah 4) termasuk:

Bagi tahun 2017, usaha-usaha GLIC dan G20 untuk masyarakat Bumiputera (KPI dan bukan-KPI BEA) disasarkan bernilai kira-kira RM53.7 bilion (Gambarajah 5). Terdapat peningkatan dalam sasaran nilai monetari KPI pada 2017 berbading pencapaian KPI pada 2016. Program ini bertujuan untuk memastikan inisiatif lebih menyeluruh, diinstitusikan dan mampan yang akan memberi kesan lebih besar kepada masyarakat Bumiputera secara amnya.

ANALISIS KOMITMEN MENGIKUT TAHUN (BERDASARKAN PENYERAHAN MAKLUMAT)

Sumbangan Khazanah terhadap BEA
Pada peringkat syarikat, Khazanah telah menyokong BEA melalui pelbagai usaha yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat Bumiputera. Usaha-usaha ini termasuk Program Sekolah Amanah Yayasan AMIR, biasiswa Yayasan Khazanah, program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) Khazanah, dan pelbagai sumbangan lain menerusi Yayasan Hasanah dan rakan-rakan kerjasamanya.

Pada 2017, 64 sekolah telah dikenal pasti di Kedah untuk memulakan Program Sekolah Amanah, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 147 sekolah. Menerusi Yayasan Khazanah, pelajar Bumiputera adalah sekurang-kurangnya 75% daripada jumlah pelajar yang dianugerahkan biasiswa, selepas proses pemilihan rapi dijalankan. Selain membantu menyediakan peluang pendidikan, Khazanah telah menyokong program-program latihan graduan seperti SL1M. Pada 2017, Khazanah membelanjakan RM78.1 juta untuk melatih 4,220 graduan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 9,380 sehingga kini, yang sebahagian besar adalah graduan Bumiputera.

Pada 2018, Khazanah menerima Anugerah Platinum Program SL1M daripada Perdana Menteri. Anugerah ini diberikan kepada organisasi yang membuat sumbangan yang besar kepada program SL1M.

Melangkah ke Hadapan
Permulaan usaha-usaha utama, perkembangan dan trend yang memberi kesan kepada negara, seperti Revolusi Industri Keempat, Transformasi Nasional 2050, dan Transformasi Kesejahteraan Bumiputera, meletakkan BEA pada titik pengubahan yang menyebabkan perlunya perubahan dalam cara kita berfikir dan menerima pakai program BEA ketika kita terus memacunya kehadapan. Pada ketika ini, satu rangka kerja baharu (Gambarajah 7) bagi menunjukkan pelbagai keperluan, hubungan, dan pemikiran untuk dibincangkan oleh GLIC dan G20. Ini akan membantu memastikan bahawa aspirasi BEA untuk menghasilkan masyarakat Bumiputera yang berdikari dan maju kekal relevan.

Selaku Sekretariat Program BEA, Khazanah akan terus bekerjasama dengan GLIC dan G20 untuk menghasilkan idea-idea baharu dan inovatif, serta mempertingkatkan inisiatif sedia ada dalam tanggungjawab kami untuk mengurus dan membantu mencapai hasil yang dihasratkan.

PEJABAT SERANTAU KHAZANAH TURKI

Pejabat Serantau Khazanah Turki (KTRO) yang dibuka pada 2013, adalah pejabat serantau Khazanah yang keempat selepas Beijing, Mumbai dan San Francisco. KTRO menjadi landasan untuk meningkat dan mengukuhkan pelaburan dan hubungan perniagaan serantau, termasuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Asia Tengah dan Eropah.

Membina Nilai Sejati Melalui Pelaburan Kami

Khazanah memainkan peranan aktif dan menerima pakai pendekatan pengurusan makro sebagai pemegang saham dalam usahanya mencapai hasil yang membawa perubahan. Kami menjalinkan kesepakatan dengan syarikat-syarikat pelaburan kami secara usaha sama untuk meneroka pasaran-pasaran baharu, serta berganding dengan entiti sektor awam dan swasta bagi membantu memangkin pertumbuhan dan pembangunan di Malaysia.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen