Khazanah menyediakan pelbagai platform untuk perangkaian aktif bagi menggalakkan pembelajaran berterusan dalam kalangan kakitangan dan pihak berkepentingan, membolehkan pertukaran pandangan dan maklumat secara dinamik dan oleh itu menghubungkan kami secara lebih meluas dengan dunia perniagaan dan dunia akademik, serta masyarakat umum.

Dari kanan: Martin Skancke, Pengerusi, Principles of Responsible Investment (PRI); Tariq Al-Sudairy, PengarahUrusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Jadwa Investment; Jan Metzger, Pengarah Urusan, Ketua Bersama IB Technology dan Ketua Asia Pasifik TMT, Citigroup; bercakap pada sesi utama di KMF2017 yang dikendalikan oleh Mohamed Ridzuan Mohamed, Pengarah, Khazanah Researchand Investment Strategy

ACARA

Khazanah menganjurjan beberapa siri majlis ilmu.

The Khazanah Megatrends Forum (KMF) diadakan setiap tahun sebelum kitaran perancangan strategi dan perniagaan Khazanah. KMF menghimpunkan para pemikir dari seluruh dunia di hadapan lebih seribu peserta daripada kalangan komuniti perniagaan, kerajaan, akademik, dan masyarakat dan mengadakan perbincangan mendalam tentang isu-isu semasa yang kritikal daripada empat perspektif utama: pasaran, syarikat, masyarakat dan rakyat. Forum ini telah memasuki tahun penganjuran yang ke-13 pada tahun 2017 dengan tema ““Cerebrum X Algorithm: Building True Value in a Post-Truth World”. Di samping empat Sesi Utama tentang Pasaran, Syarikat, Masyarakat dan Rakyat, serta beberapa ucaptama, dua sesi khas tentang ASEAN dan Teknologi juga diadakan semasa KMF2017.

Dr Emiliana Simon-Tomas, Pakar Sains Neuro; dan Pengarah Sains, Greater Good Science Centre, University of California Berkeley, memberi pembentangan khas di KMF2017

PENCERAMAH TERPILIH UNTUK KMF 2017

Dr Ngozi Okonjo-Iweala

Pengerusi, Global Alliance for Vaccines and Immunisation (GAVI)

Joseph C. Tsai

Naib Pengerusi Eksekutif Alibaba Group

Jimmy Wales

Pengasas Wikipedia

Tan Sri Dato' Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Pengerusi Bersama, Lembaga Gabenor, Asian School of Business (ASB)

Kent J. Thiry

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, DaVita Inc

Simon Kuper

Penulis, Financial Times

Lynette Wallworth

Artis Media Interaktif

Tan Sri Dato’ Dr Michael Yeoh

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI)

Khazanah Global Lectures (KGL) disampaikan oleh personaliti hebat bertaraf dunia yang telah mempengaruhi cara hidup, cara bekerja dan cara berfikir banyak pihak. Penceramah lalu termasuklah: Dame Dr Jane Goodall DBE, Boris Johnson, Victor Fung, Mary Robinson, Dr Manmohan Singh, Sir John Bond, mendiang Dr APJ Abdul Kalam, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, Carlos Ghosn, Profesor Joseph Stiglitz, Dr Muhammad Yunus dan Kofi Annan.

Dr Jane Goodall DBE, ahli primatology, etologi, dan penyokong pemuliharaan terkemuka dunia dan Pengutus Kedamaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, salah seorang penceramah Khazanah Global Lectures

PENCERAMAH KGL TERPILIH YANG LALU

Dr Jane Goodall DBE

Pengasas - The Jane Goodall Institute & United Nations Messenger of Peace

Mary Robinson

Mantan dan Presiden wanita pertama Ireland

Dr. APJ Abdul Kalam

Mantan Presiden India

Carlos Ghosn

Pengerusi Nissan Motor

Dr Muhammad Yunus

Pemenang Hadiah Nobel

Professor Dr Joseph Stiglitz

Pakar Ekonomi

Kofi Annan

Mantan Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Sesi Ceramah Tea Talks adalah tradisi Khazanah sejak tahun 2005 menyaksikan penceramah daripada pelbagai latar belakang dijemput untuk bercakap dengan kakitangan Khazanah mengenai topik tertentu, seperti pasaran, kesihatan, kewangan korporat, alam sekitar dan keusahawanan. Antara penceramah terkenal yang pernah dijemput ke Tea Talks termasuklah: Sir Bob Geldof, Tan Sri Michelle Yeoh, mendiang Johan Cruyff, Jeff Immelt, Frank Gardner, Professor Sir Michael Barber dan Professor KS Jomo.

Penyokong pemuliharaan British Dr Gathorne Gathorne-Hardy, Fifth Earl of Cranbrook bercakap pada sesi Tea Talk Khazanah

PENCERAMAH TEA TALK YANG LALU

Sir Bob Geldof

Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh

Johan Cruyff

Professor Sir Michael Barber

Professor KS Jomo

Majlis Ilmu Khazanah Knowledge Exchanges  adalah acara dalaman yang membolehkan pasukan atau unit yang berbeza dalam Khazanah berkongsi pengalaman, pengetahuan dan analisis.

Penerbitan

Khazanah, dengan kerjasama penulis terpilih, menerbitkan beberapa buah buku pada setiap tahun, yang berkaitan dengan perniagaan, pendidikan, masyarakat, sejarah atau budaya di Malaysia. Kami juga menyokong projek pendokumenan yang relevan oleh institusi dan individu lain.

Modal Insan dan Rangkaian Pengetahuan

Khazanah telah membentuk perkongsian strategik dan mewujudkan rangkaian dengan pelbagai institusi pendidikan tinggi untuk meningkatkan gabungan pengetahuan antara satu sama lain, mengukuhkan kepimpinan, dan mengasah bakat.

Pelbagai program pembinaan keupayaan secara intelek telah dilaksanakan untuk orang awam dan kakitangan kami, bertujuan meningkatkan tahap perbincangan berhubung kemajuan negara.

Khazanah mengasas dan bekerjasama rapat dengan Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) (sebelumnya dikenali sebagai Akademi Pengarah Malaysia (MINDA)) sebagai menyumbang kepada perkembangan lembaga pengarah korporat, terutamanya di kalangan Syarikat Berkaitan Kerajaan. Khazanah Knowledge Exchanges adalah acara dalaman yang membolehkan pasukan atau unit yang berbeza dalam Khazanah berkongsi pengalaman, pengetahuan dan analisis.

Tunku Besar Seri Menanti, Dato’ Sri Tunku Ali Redhuaddin ibni Tunku Muhriz bersama-sama Tan Sri Azman melancarkan buku foto Grit & Grace: he Grandeur of Monochrome Malaysia oleh jurufoto SC Shekar

Pusat Sumber Khazanah

Pusat Sumber Khazanah menyelenggara sebuah perpustakaan perniagaan yang lengkap, menyediakan sumber maklumat terkini, dan menghimpun berita dan maklumat terkini.

Khazanah Europe Investment Limited

Khazanah Europe Investment Limited (KEIL) merupakan kehadiran fizikal pertama kami di United Kingdom yang sekaligus menambahkan kehadiran kami di benua Eropah. Pilihan London sebagai pejabat serantau kami melengkapi pecutan agenda inovasi Malaysia dan bertindak sebagai jambatan untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada dan akan datang antara Malaysia dan negara-negara Eropah.

Membina Sebuah Institusi

Institusi yang kukuh adalah asas kepada negara yang teguh. Di Khazanah, kami cekal memainkan peranan menggabungkan pencapaian dan pengalaman untuk membina sebuah institusi yang akan terus menghasilkan kejayaan secara berterusan dan konsisten. Warga kerja kami ialah aset utama kami. Kami memupuk persekitaran yang menggalakkan integriti, profesionalisme, ketekunan, kerja berpasukan dan sikap saling menghormati. Kami membuat pelaburan besar dalam proses dan prasarana yang diperlukan untuk mengembang dan menyokong modal insan, demi membangunkan warga kerja kami.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen