Kakitangan Khazanah adalah sumber kekuatan institusi ini. Kami bergantung kepada mereka untuk memenuhi mandat kami dan menjadi dana pelaburan strategik kerajaan yang berkesan. Bermula dengan tenaga kerja seramai 30 orang pada tahun 1994, kami telah berkembang kepada lebih 468 individu yang berbakat di lima pejabat serantau hari ini.

Pasukan Kepimpinan Khazanah pada permukiman Pasukan Kepimpinan Kanan di Langkawi pada Disember 2017

NILAI KAMI

Kami dipacu oleh nilai-nilai teras yang menentukan tingkah laku kami, membentuk budaya kami dan menakrifkan kami sebagai sebuah organisasi. Nilai-nilai teras kami menggariskan apa yang kami perjuangkan dan bagaimana kami berurusan antara satu sama lain, dengan rakan kerjasama dan pihak berkepentingan.

KERJA BERPASUKAN
Kekuatan kami adalah warga kami. Sebagai sekumpulan individu yang bermotivasi tinggi, kami komited untuk bekerjasama demi mencapai nilai sejati. Kami menggalakkan usaha bersama merentas semua peringkat dan aktiviti, dan akan terus berkongsi idea serta pengetahuan ke arah matlamat yang sama.

SALING MENGHORMATI
Kami menghargai kepelbagaian dan menghormati semua orang sepertimana kami mahu dihormati. Kami adil dan jujur dalam semua urusan dan sentiasa mengekalkan kerahsiaan. Kami memberi inspirasi dan membolehkan warga kerja kami mencapai prestasi yang tinggi dan kami juga percaya semua individu ingin mencapai potensi terbaik.

KETEKUNAN
Kami berusaha untuk menghasilkan yang terbaik dengan pantas dan tepat. Kami memberi perhatian dan komitmen yang sepenuhnya terhadap setiap tugasan dan menangani sesuatu perkara dengan pantas. Kami berani mencari peluang baharu demi kepentingan ekonomi negara selain memastikan kemampanan dalam setiap pelaburan dan usaha kami.

INTEGRITI
Kami melaksanakan tugas yang betul tanpa pengecualian. Kami percaya pada tadbir urus yang baik, mengendalikan perniagaan dengan penuh etika dan sentiasa mematuhi undang-undang.

PROFESIONALISME
Kami memikul tanggungjawab terhadap segala apa yang kami lakukan. Menepati masa adalah asas kepada proses kerja kami; kami sentiasa menepati janji. Untuk memastikan rakan kerjasama dan pihak berkepentingan mendapat nilai terbaik, kami tidak menunggu peluang untuk datang bergolek tetapi mengambil langkah proaktif untuk menzahirkannya.

Ahmad Fariz Ali, Naib Presiden Kanan, Pelaburan, Khazanah Europe Investment Limited

Fatih Sarıkahya, Naib Presiden, Pelaburan, Pejabat Serantau Turki Khazanah

James Zairen Pang, Naib Presiden, Pelaburan; Lim Kooi June, Pengarah, Pelaburan; kedua-duanya dari Khazanah Nasional Consulting (Beijing) Company Limited

Mesyuarat dan Acara Dalaman

Warga kami bukan hanya bekerja untuk Khazanah tetapi mereka turut membantu membentuknya. Kakitangan digalakkan untuk mengambil bahagian dalam perkongsian budaya dan falsafah Khazanah. Siri pertemuan bersama Pasukan Kepimpinan Kanan dijadualkan secara berkala di mana kakitangan kami mendapat maklumat dari awal tentang hala tuju dan prestasi organisasi dan mampu untuk meluahkan pandangan mereka selain bertanyakan soalan.

Effizal Faiz Zulkifly (kiri), Pengarah, Pelaburan, di townhall akhir tahun Khazanah

Sekitar Pejabat

Kami cuba memupuk budaya kerja bersungguh-sungguh dan mutu penghasilan yang tinggi, tetapi dalam persekitaran yang positif dengan kerjasama berpasukan yang kukuh, saling menghormati dan semangat keceriaan. Ruang kerja yang positif dan mengembirakan bukan sahaja bagus untuk kakitangan dan organisasi tetapi memberikan hasil yang lebih baik.

Kakitangan Khazanah mengambil bahagian dalam Bursa Bull Charge 2017

Di Luar Pejabat

Warga kerja kami bukan sekadar kakitangan Khazanah semata-mata - mereka juga cemerlang dalam bidang kehidupan yang lain. Kami menggalakkan mereka menimba ilmu secara berterusan dan menyumbang kepada organisasi masyarakat. Khazanah sering menganjurkan acara seperti hari keluarga tahunan dan karnival sukan pelbagai acara, serta percutian secara berkumpulan. Kakitangan kami adalah individu dengan pelbagai bakat dan mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti luar ko-kurikulum termasuk muzik, penulisan, sukan, mencinta alam sekitar, serta aktiviti kemasyarakatan.

Khazanah Europe Investment Limited

Khazanah Europe Investment Limited (KEIL) merupakan kehadiran fizikal pertama kami di United Kingdom yang sekaligus menambahkan kehadiran kami di benua Eropah. Pilihan London sebagai pejabat serantau kami melengkapi pecutan agenda inovasi Malaysia dan bertindak sebagai jambatan untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada dan akan datang antara Malaysia dan negara-negara Eropah.

Membina Sebuah Institusi

Institusi yang kukuh adalah asas kepada negara yang teguh. Di Khazanah, kami cekal memainkan peranan menggabungkan pencapaian dan pengalaman untuk membina sebuah institusi yang akan terus menghasilkan kejayaan secara berterusan dan konsisten. Warga kerja kami ialah aset utama kami. Kami memupuk persekitaran yang menggalakkan integriti, profesionalisme, ketekunan, kerja berpasukan dan sikap saling menghormati. Kami membuat pelaburan besar dalam proses dan prasarana yang diperlukan untuk mengembang dan menyokong modal insan, demi membangunkan warga kerja kami.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen