Kami memanfaatkan pengalaman luas dan keupayaan kakitangan kami dalam kerja yang kami lakukan

Kumpulan Perancangan Strategik (SPG) mewakili pasukan yang dianggotai kira-kira 100 kakitangan kanan, daripada Naib Presiden Kanan ke Pengarah Eksekutif. Ia membariskan individu daripada pelbagai industri dan bidang pengkhususan yang membawa pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas kepada Khazanah.

SPG, termasuk Pasukan Kepimpinan Kanan (SLT), bersama-sama membantu dalam memastikan pelaksanaan dan penyampaian matlamat strategik dan komersial kami, berdasarkan hala tuju yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah kami, selaras dengan mandat kami.

Barisan Kepimpinan Kanan

Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar

Pengarah Urusan

Barisan ini diterajui oleh Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar, yang telah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan sejak pelantikan beliau ke jawatan tersebut pada Jun 2004.

Tengku Dato’ Sri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz

Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Bersama, Pelaburan (Pengurusan Bahagian)

Tengku Dato’ Sri Azmil menyertai Khazanah pada 2011 daripada Malaysian Airline System Berhad yang mana beliau merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif. Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif di Penerbangan Malaysia Berhad. Beliau juga pernah berkhidmat di PricewaterhouseCoopers di London dan Hong Kong.

Ahmad Zulqarnain Onn

Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua, Unit Pengurusan Strategik

Zulqarnain menyertai Khazanah pada 2014. Beliau berpengalaman lebih 18 tahun dalam sektor perbankan dan korporat, termasuk di UBS Warburg, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, Kumpulan CIMB dan Kumpulan Symphony.

Datuk Ben Chan

Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Ketua Bersama Pelaburan (Urus Niaga)
(hingga 31 Mei 2018)

Datuk Ben menyertai Khazanah pada 2005. Beliau merupakan mantan Pengarah Penyelidikan di beberapa syarikat pelaburan di Malaysia yang, meliputi wilayah Malaysia dan Singapura. Sebelum itu, beliau merupakan ketua penyelidikan sektor China di Cazenove & Co dan ING Barings, yang beribu pejabat di Hong Kong.

Jiv Sammanthan

Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengarah Urusan dan Ketua Pejabat Pengarah Urusan

Jiv menyertai Khazanah pada 2010. Sebelum itu, beliau berkhidmat selama 18 tahun dengan PricewaterhouseCoopers di Birmingham, London dan Kuala Lumpur.

Datuk Hisham Hamdan

Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Ketua Penyelidikan & Strategi Pelaburan Khazanah

Datuk Hisham menyertai Khazanah pada 2011 daripada Sime Darby Berhad, yang mana beliau menyandang beberapa jawatan kanan yang meliputi bahagian strategi dan pembangunan perniagaan, kesihatan, tenaga dan utiliti, serta China. Beliau juga berpengalaman luas dalam penyelidikan ekuiti dan perbankan pelaburan.

Dato’ Mohd Izani Ghani

Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Pengarah Eksekutif Penyeliaan, Pejabat Serantau Khazanah Turkey

Dato’ Izani menyertai Khazanah pada 2005. Sebelum itu, Dato’ Izani berkhidmat dengan Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan Kumpulan Renong.

Javier Santiso

Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Ketua, Khazanah Europe Investment Limited

Javier menyertai Khazanah pada 2015. Beliau mengetuai Khazanah Europe Investment Limited. Sebelum ini, beliau menyandang jawatan Pengarah Urusan, Hal Ehwal Global dan Urus Niaga Baharu di Telefonica. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Ekonomi di Pusat Pembangunan OECD.

Chinta Bhagat

Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Ketua Khazanah India Advisors Private Limited

Chinta menyertai Khazanah pada 2015 dan mengetuai Khazanah India Advisors Private Limited. Sebelum itu, beliau merupakan Rakan Kongsi Urusan di McKinsey & Co di Singapura. Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan di sebuah firma kejuruteraan dan pembinaan di India, dan seterusnya menjadi Pengarah Urusan firma tersebut.

Dato’ Noorazman Abdul Aziz

Pengarah Eksekutif, Pelaburan

Dato’ Noorazman menyertai Khazanah pada 2010. Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Urusan, Fajr Capital Ltd yang berpangkalan di Dubai. Dato’ Noorazman pernah menyandang pelbagai jawatan dalam sektor perbankan antarabangsa dan kewangan, termasuk di Citigroup, Bank Islam, Bursa Saham Kuala Lumpur dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan.

Kenneth Shen

Pengarah Eksekutif, Pelaburan

Ken menyertai Khazanah pada 2011 daripada Lembaga Pelaburan Qatar, yang mana beliau menyandang beberapa jawatan kanan termasuk sebagai Penasihat kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah Qatar Holding LLC. Beliau pernah berkhidmat dengan Salomon Brothers di Hong Kong dan Lehman Brothers di New York.

Zaida Khalida Shaari

Pengarah Eksekutif, Pelaburan

Zaida menyertai Khazanah pada 2007. Sebelum itu, beliau merupakan Setiausaha Syarikat dan Ketua Bahagian Perundangan di Permodalan Nasional Berhad setelah berkhidmat selama beberapa tahun sebagai pengamal undang-undang.

Serena Tan Mei Shwen

Pengarah Eksekutif, Pelaburan

Serena menyertai Khazanah pada 2005. Sebelum itu, beliau berkhidmat dengan Boston Consulting Group dan McKinsey & Co. Beliau juga pernah dipinjamkan oleh Khazanah untuk berkhidmat dengan Lippo Bank di Indonesia selama dua tahun.

Nik Rizal Kamil Nik Ibrahim Kamil

Pengarah Eksekutif, Pelaburan

Nik Rizal Kamil menyertai Khazanah pada 2011. Beliau memulakan kerjayanya dengan Coopers & Lybrand UK sebelum menyertai Arthur Andersen & Co. Beliau pernah berkhidmat dengan RHB Sakura Merchant Bank sebelum menyertai Kumpulan Royal Dutch Shell Plc yang mana beliau berkhidmat dengan beberapa syarikatnya di Malaysia, Singapura, Brunei dan UK.

Roni L. Abdul Wahab

Pengarah Eksekutif, Pelaburan

Roni menyertai semula Khazanah pada Mei 2017. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Global, Malaysia di HSBC, Roni pernah menyandang beberapa jawatan perbankan dan korporat di Credit Suisse, Khazanah, Kumpulan UEM, JP Morgan, dan Capstar Partners.

Bryan Lim Tsin Lin

Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Ketua, Khazanah Nasional Consulting (Beijing) Company Limited

Bryan menyertai Khazanah pada 2005. Sebelum itu, beliau berkhidmat dengan Ernst & Young, Rating Agency Malaysia Berhad dan ECM Libra Securities Sdn Bhd.

Amran Hafiz Affifudin

Pengarah Eksekutif, Pelaburan

Amran menyertai Khazanah pada 2011. Beliau memulakan kerjayanya dengan PETRONAS dalam bahagian kewangan korporat dan perbendaharaan. Amran juga berpengalaman dalam industri ekuiti persendirian.

Dato’ Mohamed Nasri Sallehuddin

Pengarah Eksekutif, Perkhidmatan Korporat & Sokongan, Setiausaha Syarikat dan Ketua, Perundangan

Dato’ Nasri menyertai Khazanah pada 2009. Sebelum itu, beliau merupakan Rakan Kongsi di firma perundangan terkemuka di Malaysia, memberikan khidmat nasihat dalam undang-undang korporat dan aspek perundangan berkaitan penstrukturan semula korporat, pengambilalihan dan penggabungan.

Mohd Izani Ashari

Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengarah Urusan dan Ketua, Pejabat Projek Khas

Izani menyertai Khazanah pada 2009. Beliau bertanggungjawab menerajui Program Transformasi GLC. Izani berkhidmat selama beberapa tahun dengan syarikat-syarikat multinasional besar termasuk Shell, Maybank, Sime Darby, PETRONAS, dan Malaysian Airline System Berhad.

Dato’ Charon Mokhzani

Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengarah Urusan dan Pengarah Urusan, Khazanah Research Institute
(hingga 12 Mei 2018)

Dato’ Charon menyertai Khazanah pada 2013. Sebelum itu, beliau merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pelaburan Kumpulan CIMB dan Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Investment Bank. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Rakan Kongsi pengurusan, di Tetuan Zaid Ibrahim & Co.

Latifah Daud

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pengurusan Modal Insan Strategik

Latifah menyertai Khazanah pada 2015 dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang urusan sumber manusia di Honeywell China dan Motorola/Freescale Semiconductor. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan di Hatibudi Nominees/Renong Berhad, Arab Malaysian Bank dan Yayasan Pelajaran MARA.

Faridah Bakar Ali

Pengarah, Kewangan dan Ketua Pegawai Kewangan

Faridah menyertai Khazanah pada 2006 selepas membina kerjaya dalam bidang perakaunan dan kewangan di PricewaterhouseCoopers Malaysia dan kemudiannya BP Malaysia.

Suhana Dewi Selamat

Pengarah, Pejabat Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Risiko

Suhana menyertai Khazanah pada 2012. Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang undang-undang, kawal selia dan pematuhan. Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah/Ketua Pematuhan di Credit Suisse Malaysia.

Kami merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada mantan ahli Kumpulan Kepimpinan Kanan berikut atas sumbangan beliau kepada Khazanah.

Datuk Dominic Silva

Pengarah Eksekutif, Pelaburan

Datuk Dominic Silva meninggalkan Khazanah pada bulan Julai 2017 selepas berkhidmat selama sembilan tahun.

Pengarah Eksekutif


JIV SAMMANTHAN

DATO’ CHARON WARDINI MOKHZANI

MOHAMMAD IZANI ASHARI

Pengarah


CALVIN RAQEEM R. JACOB

CHEE KOK LIM

IMRAN AHMAD

MOHD RASLAN MD SHARIF

RAMANA RAJALINGAM

SUHANA DEWI SELAMAT

WAN AB AZIZ B ARIFFIN

Naib Presiden Kanan


AHMAD KHAIRUL RAZI ISMAIL

AILEEN BUANG

AMELIA WARDAH KASSIM

FIRDAUS SUFFIAN ABDUL LATIF

JASMINE KWAN CHIEW YAN

SAADIAH AZIZ

SITI SAFINAH SALLEH

WAN HAFIZ HAMZAH WAN HUSSIEN

Pengarah Eksekutif

LATIFAH DAUD

Pengarah

MOHAMMAD RAZIP MOHAMMAD ZIN

Naib Presiden Kanan

DR RASLAN HANIFF ABDUL RASHID

MELINDA OMAR

NOR HAFIZAH AHMAD MARZUKI

Pengarah Eksekutif


AMRAN HAFIZ AFFIFUDIN

AHMAD ZULQARNAIN ONN

BRYAN LIM TSIN LIN

CHINTA BHAGAT

DATO’ MOHD IZANI GHANI

DATO’ NOORAZMAN ABD AZIZ

JAVIER SANTISO

KENNETH SHEN

NIK RIZAL KAMIL NIK IBRAHIM KAMIL

RONI L. ABDUL WAHAB

SERENA TAN MEI SHWEN

TENGKU DATO’ SRI AZMIL ZAHRUDDIN RAJA ABDUL AZIZ

ZAIDA KHALIDA SHAARI

Pengarah


ABANG RAHMAT YUSUF

AZRI ZAHARUDDIN

BABAR KHAN

DR PATRICK LAU HUI PING

EFFIZAL FAIZ ZULKIFLY

GOH KEAT SIANG

KENNETH WOO ZHI YING

KHOO LAY SENG

LIM KOOI JUNE

LOH TZU ANNE

MAY QUAH BEE FONG

ONG KING HOW

PANG HEE MIN

QUEK PEI LYNN

SELVENDRAN KATHEERAYSON

SHAHIN FAROUQUE JAMMAL AHMAD

SHAHRIL IBRAHIM

STANLEY OOI KOK LEONG

STEPHANIE SAW AI LIN

SUNDHIRAJ SHARMA

WONG SHU HSIEN

YAP KHENG HAN

ZAFER SONMEZ

Naib Presiden Kanan


AHMAD FARIZ ALI

AL-AZMY AZIZI

ANGELA CHONG YIT PHIN

AZZAM MOHAMED

ENITA AZLINA OSMAN

HAN JUN SIEW

HARIS HARDI ZAKARIA

HAZMAN HILMI SALLAHUDDIN

INGRID MARIKA SVARDSTROM

IRWAN SHAHRIN ISMAIL

JUSTIN MAHMUD HASHIM

KAYSE FOO SHIOU VOON

K. GOPALAN A/L V.P. GOVINDA PATHIYAR

LOW GUAT PENG

MANISH DAGA

MOHD ASRUL AB RAHIM


MOHD SHAFIE ISMAIL

NIK MARIEN NIK AHMAD KAMAL

NURAZEYAN KHALIS MOHD KHALIS

PUSHKAR JAUHARI

SAMUEL OOI THEAN AUN

VISHAL AGARWAL

WONG EUGENE

WONG WAI SENG

Pengarah Eksekutif


DATO’ MOHAMED NASRI SALLEHUDDIN

Pengarah


IWAN RASHMAN GULAMOYDEEN

JAMILAH HASHIM

MOHAMAD AFFENDI YUSOFF

Naib Presiden Kanan


BAHARE SAMSUDIN

HALINA JAEL ABU BAKAR

NORDIANA NORDIN

SAIDATUL ATIKAH OSMAN

SHAMSUDDIN ABDUL JALIL

ZAFARIN ABD GHAFFAR

Pengarah


FARIDAH BAKAR ALI

HAFIZUDDIN SULAIMAN

Naib Presiden Kanan


ERMA SURIANEE MALEK

JUHANA HAMZAH

MOHD HASRI HARON

MOHAMED ROZANI MOHAMED OSMAN

NIK NAZHAH NIK ABDUL AZIZ

Pengarah Eksekutif

DATUK HISHAM HAMDAN

Pengarah

MOHAMED RIDZUAN MOHAMED

Naib Presiden Kanan

NICHOLAS KHAW HOCK-LU

TAN SIAW WOAN

KHAZANAH NASIONAL CONSULTING (BEIJING) COMPANY LIMITED

Khazanah membuka pejabat di Beijing pada 2008 dalam usaha untuk bertapak di China dan mengambil bahagian dalam pertumbuhan negara tersebut. Pejabat di Beijing adalah pejabat Khazanah yang pertama dibuka di luar negara. Ia juga menyediakan platform untuk membina hubungan ekonomi dua hala yang lebih erat antara Malaysia dan China.

Rangkuman Institusi

Khazanah terus berkembang sebagai sebuah institusi yang disokong oleh rangka kerja tadbir urus dan kebertanggungjawaban yang kukuh. Lembaga Pengarah kami, yang dipimpin oleh Pengerusi, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, membimbing pihak pengurusan dalam melaksanakan mandat kami.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen