DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Pengerusi

Dato’ Sri Mohd Najib ialah Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan. Sebelum ini, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan kabinet termasuk Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Menteri Pertahanan, Menteri Pendidikan, dan Timbalan Perdana Menteri dari 2004 hingga 2009. Dato’ Sri Mohd Najib juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Pahang dari 1982 hingga 1986.

TAN SRI DATO’ SERI UTAMA NOR MOHAMED YAKCOP

Timbalan Pengerusi
(hingga 30 September 2017)

Tan Sri Nor merupakan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab terhadap Unit Perancang Ekonomi. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan II dan Penasihat Khas Ekonomi kepada Perdana Menteri. Beliau juga pernah menyandang pelbagai jawatan di Bank Negara Malaysia selama 30 tahun.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Pengarah

Datuk Seri Johari ialah Menteri Kewangan II. Beliau pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Beliau memiliki pengalaman luas dalam sektor korporat yang diperoleh ketika beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Pengerusi di beberapa syarikat termasuk yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.

Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah

Pengarah

Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan. Beliau turut memegang jawatan ahli Lembaga Pengarah di beberapa organisasi utama termasuk Permodalan Nasional Berhad, PETRONAS, Lembaga Tabung Haji, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd dan Bank Negara Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Dana Persaraan (Diperbadankan), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Tan Sri Md Nor Md Yusof

Pengarah dan Pengerusi Jawatan Kuasa Eksekutif (EXCO)

Tan Sri Md Nor merupakan Pengerusi Malaysia Airlines Berhad dan ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat, termasuk Pelaburan Hartanah Berhad dan syarikat-syarikat pelaburan utama Khazanah. Beliau menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Khazanah dan sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti dan Penasihat kepada Kementerian Kewangan.

Tan Sri Mohamed Azman Yahya

Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)

Tan Sri Mohamed Azman ialah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Symphony House Sdn Bhd dan Pengerusi Eksekutif Symphony Life Berhad. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Ekuiti Nasional Berhad dan beberapa syarikat pelaburan Khazanah. Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Eksekutif Danaharta Nasional Berhad dan Pengerusi Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat.

Dato’ Mohammed Azlan Hashim

Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)

Dato’ Mohammed Azlan ialah Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat awam tersenarai dan organisasi berkaitan Kerajaan. Dato’ Mohammed Azlan merupakan mantan Ketua Eksekutif Bumiputra Merchant Bankers Berhad, Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Capital Malaysia Berhad dan Pengerusi Eksekutif Bursa Malaysia Berhad.

Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Bin Raja Tun Uda

Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC)

Raja Tan Sri Arshad ialah Pengerusi Maxis Berhad, Ekuiti Nasional Berhad dan Yayasan Raja Muda Selangor. Sebelum ini, beliau merupakan Pengerusi Eksekutif dan Rakan Kongsi Kanan PricewaterhouseCoopers Malaysia selama 18 tahun.

Tan Sri Andrew Sheng Len Tao

Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC)

Tan Sri Andrew merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Khazanah Research Institute dan Ketua Penasihat kepada Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan China. Jawatan kanan yang pernah beliau sandang termasuk Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong, Timbalan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong serta Ketua Pakar Ekonomi dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.

Dato’ Sri Nazir Tun Abdul Razak

Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC)

Dato’ Sri Nazir merupakan Pengerusi Kumpulan CIMB. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa di Blavatnik School of Government, Universiti Oxford dan Pengerusi pertama Kumpulan Strategi Serantau ASEAN, Forum Ekonomi Dunia. Beliau merupakan pemegang amanah Yayasan CIMB dan Majlis Perniagaan Asia. Pada tahun 2015, beliau menerima Anugerah Pemimpin Perniagaan Asia daripada Asia House.

Dato’ Dr Nirmala Menon

Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)

Dato’ Dr Nirmala mempunyai pengalaman selama lebih tiga dekad dalam sektor insurans dan kesihatan. Sebelum menyertai MetLife, Dato’ Dr Nirmala pernah berkhidmat sebagai Ketua Asia Selatan di ING Asia Pacific Ltd. Sebelum itu, beliau pernah bertugas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di ING Malaysia Berhad, sekaligus menjadi Ketua Pegawai Eksekutif wanita pertama dalam industri insurans di Malaysia.

Yeo Kar Peng

Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC)

Yeo Kar Peng merupakan Pengerusi / Rakan Kongsi Urusan di Kendall Court Capital Partners dan merupakan salah seorang daripada pengasasnya. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah, Cenviro Sdn Bhd, iaitu anak syarikat milik penuh Khazanah. Sebelum menubuhkan Kendall Court, beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan, Pasaran Global Citigroup. Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Penyelidikan di Union Bank of Switzerland di Malaysia dan WI Carr.

Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar

Pengarah Urusan

Tan Sri Datuk Wira Azman merupakan Pengarah Urusan Khazanah dan mempengerusikan serta menganggotai Lembaga Pengarah beberapa syarikat pelaburan utama Khazanah. Beliau juga merupakan pengasas bersama dan mantan Pengarah Urusan BinaFikir Sdn Bhd, serta mantan Pengarah dan Ketua Penyelidikan di Salomon Smith Barney dan Union Bank of Switzerland di Malaysia.

KHAZANAH NASIONAL CONSULTING (BEIJING) COMPANY LIMITED

Khazanah membuka pejabat di Beijing pada 2008 dalam usaha untuk bertapak di China dan mengambil bahagian dalam pertumbuhan negara tersebut. Pejabat di Beijing adalah pejabat Khazanah yang pertama dibuka di luar negara. Ia juga menyediakan platform untuk membina hubungan ekonomi dua hala yang lebih erat antara Malaysia dan China.

Rangkuman Institusi

Khazanah terus berkembang sebagai sebuah institusi yang disokong oleh rangka kerja tadbir urus dan kebertanggungjawaban yang kukuh. Lembaga Pengarah kami, yang dipimpin oleh Pengerusi, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, membimbing pihak pengurusan dalam melaksanakan mandat kami.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen