Khazanah terus menerajui kewangan Islam dan membina nilai sejati

Khazanah kekal fokus dalam usahanya untuk menerapkan kefahaman dan mendalami penawaran produk Kewangan Islam. Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) adalah salah satu daripada pelbagai usaha ke arah itu. Diterbitkan pada tahun 2015, Sukuk Ihsan adalah Sukuk SRI pertama di Malaysia yang menggabungkan konsep pembiayaan sukuk dengan kedermawanan. Ini selari dengan falsafah utama Khazanah iaitu kewangan Islam mesti mempunyai kaitan dengan aktiviti ekonomi sebenar yang menekankan pembangunan sosioekonomi melalui dasar dan produk kewangan yang inovatif dan adil. Hasil daripada Sukuk Ihsan disalurkan kepada Yayasan AMIR, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang diperbadankan untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti di sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia.

Pada bulan Jun 2017, Khazanah menerbitkan trench kedua Sukuk SRI sebanyak RM100 juta yang merangkumi penawaran runcit sebanyak RM5.0 juta. Ini adalah kali pertama pelabur individu di Malaysia diberi peluang khusus untuk melabur dalam sukuk yang berkaitan dengan impak sosial. Pelabur Sukuk Ihsan juga boleh menyumbangkan semula kepada masyarakat melalui pelaksanaan pilihan potongan unik sukuk yang akan mengetepikan prinsipal dan keuntungan yang dilaburkan pada bila-bila masa dalam tempohnya. Disamping itu, Khazanah turut melancarkan kempen pengumpulan dana ganjaran untuk memenuhi keperluan individu yang ingin menyertai Sukuk Ihsan tetapi tidak dapat melanggan sukuk secara langsung.

Kedudukan dan reputasi kredit yang kukuh menjadi kunci untuk Khazanah mengekalkan keupayaannya dalam mendapatkan pembiayaan kompetitif. Baru-baru ini, kami menetapkan harga Sukuk Boleh Tukar yang kelapan ke dalam CITIC Securities Co. Ltd pada 17 Januari 2018, yang berjaya mendapatkan sokongan kukuh dalam kalangan pelabur di seluruh Asia dan Eropah.

Transaksi sedemikian terus menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi sukuk yang utama dan berdaya saing, seperti yang terbukti melalui kedudukan berprestij Malaysia sebagai sebuah pasaran hutang Islam yang terbesar di dunia dengan 37.5% terbitan sukuk global setakat pada akhir Disember 2017.

Di Khazanah, kami berdisiplin dalam mengurus liabiliti, dan memadankan peminjaman dengan aset secara aktif. Semua aktiviti pasaran modal didorong oleh keperluan pelaburan dengan mengutamakan kepentingan ekonomi negara dalam tempoh jangka panjang. Kami juga sangat teliti dalam pendekatan pelupusan yang membolehkan kami melabur semula nilai yang diperoleh daripada portfolio ke dalam sektor dan geografi baharu.

Khazanah tidak menerima suntikan modal secara tetap daripada Kerajaan, namun kami dengan gigihnya membantu mengurangkan liabiliti kontinjen Kerajaan. Pada tahun 2016, kami menerbitkan Sukuk sebanyak USD750 juta untuk membiayai semula nota jaminan bernilai USD1.0 bilion untuk Penerbangan Malaysia Berhad. Pada bulan Oktober 2017, kami menebus Sukuk Jaminan Kerajaan Khazanah berjumlah RM1.0 bilion, menjadikan jumlah penebusan sehingga kini kepada RM3.0 bilion, daripada program RM20.0 bilion kami. Kami akan meneruskan penebusan Sukuk Jaminan Kerajaan sehingga tarikh penebusan akhir pada tahun 2032.

Aktiviti pengumpulan dana kami sudah maju dan memberi nafas baharu kepada landskap kewangan Islam sejak Sukuk Boleh Tukar pertama distrukturkan dan diterbitkan dalam saham Telekom Malaysia Berhad dan Axiata Group Berhad pada 2006. Khazanah terus mendahului dalam pelbagai aspek di dunia termasuklah Sukuk dalam Dolar Singapura yang pertama pada 2010 dan Sukuk dalam mata wang Renminbi yang pertama di dunia pada 2011. Khazanah, bersama-sama dengan syarikat pelaburan kami akan terus membangunkan pasaran modal Islam dengan menerapkan kewangan Islam sebagai pilihan utama dalam meningkatkan modal dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran kewangan Islam yang berdaya saing dan global.

1 Sumber: Siaran akhbar penarafan RAM “Prestasi Sukuk Malaysia kekal berdaya tahan pada 2017”, yang diterbitkan pada 21 Februari 2018

TERBITAN SUKUK KHAZANAH

2017

Tranch kedua Sukuk SRI

  • Saiz: RM100 juta

  • Sukuk SRI yang pertama di Malaysia akan merencanakan bahagian runcit bagi penyertaan setiap rakyat Malaysia

  • Menerima 3 anugerah setakat ini

Anugerah Tanggungjawab Sosial Islam - Anugerah Kewangan Islam Global yang ke- 7 (GIFA)

Urus Niaga Sukuk Terbaik Tahunan di Asia Tenggara 2017

Urus Niaga IPO (Sukuk) Tahunan

KHAZANAH INDIA ADVISORS PRIVATE LIMITED

Khazanah India Advisors Private Limited, yang mula beroperasi pada 2009, menyediakan sokongan nasihat pelaburan di lapangan di samping membantu memupuk hubungan ekonomi yang lebih erat antara Malaysia dan India. Pejabat ini juga menjadi konduit bagi syarikat-syarikat India dalam meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

Ulasan Kewangan

Keupayaan kewangan yang kukuh dan pertumbuhan kewangan yang mampan adalah penting untuk memenuhi mandat komersial dan strategik kami.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen