Kepada Pengarah-pengarah Khazanah Nasional Berhad (Diperbadankan di Malaysia)

LAPORAN BERKENAAN RINGKASAN MAKLUMAT KEWANGAN

Pendapat
Ringkasan maklumat kewangan, yang merangkumi ringkasan penyata imbangan bertarikh 31 Disember 2017, 2016, 2015, 2014, 2013, 2012, 2011, 2010, 2009, 2008, 2007, 2006, 2005, dan 2004, ringkasan penyata pendapatan bagi tahun-tahun berakhir dan nota berkaitan, diperolehi daripada penyata kewangan diaudit Khazanah Nasional Berhad dan akaun pengurusan untuk tahun berakhir pada 31 Disember 2017, 2016, 2015, 2014, 2013, 2012, 2011, 2010, 2009, 2008, 2007, 2006, 2005 dan 2004.

Pada pendapat kami, ringkasan maklumat kewangan yang disertai adalah konsisten, dalam semua aspek material, dengan penyata kewangan diaudit dan akaun pengurusan tersebut, sejajar dengan dasar yang dinyatakan di sini.

Ringkasan maklumat kewangan
Ringkasan maklumat kewangan tidak mengandungi semua pendedahan yang diperlukan oleh Piawaian Laporan Kewangan dan keperluan Akta Syarikat 2016 di Malaysia. Oleh itu, pembacaan ringkasan maklumat kewangan dan laporan juruaudit dalam laporan, tidak mengganti pembacaan penyata kewangan diaudit Khazanah Nasional Berhad dan laporan juruaudit yang berkenaan. Ringkasan maklumat kewangan dan penyata kewangan yang diaudit tidak menggambarkan kesan daripada peristiwa yang berlaku selepas tarikh laporan kami terhadap penyata kewangan yang diaudit.

Penyata kewangan diaudit dan laporan kami
Kami menyatakan pendapat audit yang tidak diubahsuai pada penyata kewangan diaudit dalam laporan kami untuk tahun-tahun yang berkenaan.

Tanggungjawab pengarah terhadap ringkasan maklumat kewangan
Pengarah bertanggungjawab untuk penyediaan ringkasan maklumat kewangan menurut asas yang dinyatakan di sini.

Tanggungjawab juruaudit
Tanggungjawab kami adalah untuk menyatakan pendapat ke atas sama ada ringkasan maklumat kewangan adalah konsisten, dalam semua aspek material, dengan penyata kewangan diaudit berdasarkan prosedur kami, yang telah dijalankan mengikut Piawaian Pengauditan Malaysia yang Diluluskan (ISA) 810 (Disemak), ‘Penglibatan untuk Melaporkan Ringkasan Penyata Kewangan’.

11 April 2018
Kuala Lumpur

KHAZANAH INDIA ADVISORS PRIVATE LIMITED

Khazanah India Advisors Private Limited, yang mula beroperasi pada 2009, menyediakan sokongan nasihat pelaburan di lapangan di samping membantu memupuk hubungan ekonomi yang lebih erat antara Malaysia dan India. Pejabat ini juga menjadi konduit bagi syarikat-syarikat India dalam meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

Ulasan Kewangan

Keupayaan kewangan yang kukuh dan pertumbuhan kewangan yang mampan adalah penting untuk memenuhi mandat komersial dan strategik kami.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen