Kemajuan berterusan dan prestasi mampan dalam penciptaan nilai jangka panjang; merentasi prestasi kewangan, strategik dan pengagihan nilai

Nilai Aset Boleh Tunai (RAV) dan Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) ialah dua petunjuk yang digunakan untuk mengukur prestasi Khazanah. RAV mewakili jumlah nilai semua portfolio pelaburan kami manakala NWA mengukur nilai yang dicipta dalam portfolio kami.

Setakat 31 Disember 2017, RAV Khazanah mencecah sebanyak RM157.2 bilion. Ini menyaksikan lonjakan sebanyak 8. 2% daripada RM145.3 bilion pada penghujung 2016. Sementara itu, NWA mencecah RM115.6 bilion, dengan kenaikan sebanyak 13.2% daripada RM102.1 bilion pada penghujung 2016.

Pewujudan nilai jangka panjang kekal pada arah aliran menaik. Setakat 31 Disember 2017, RAV meningkat sebanyak RM106.3 bilion, atau 3.1 kali ganda daripada RM50.9 bilion yang dicatatkan pada bulan Mei 2004, dengan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 8.6% setahun. Tahun 2004 merupakan tahun yang mana Khazanah menerima mandat baharu. Begitu juga, NWA Khazanah mencecah RM82.3 bilion, atau 3.5 kali ganda daripada RM33.3 bilion dalam tempoh yang sama, dengan CAGR sebanyak 9.6% yang selaras dengan CAGR FBM KLCI sebanyak 9.7% (lihat carta Portfolio Nilai Bersih Diselaraskan berbanding FBM KLCI sejak Mei 2004 di bawah).

Khazanah mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih kukuh sebanyak RM2.9 bilion pada 2017, meningkat sebanyak 81.3% daripada RM1.6 bilion pada 2016. Khazanah mengumumkan dividen sebanyak RM1 bilion pada 2017, menjadikan dividen yang diisytiharkan sejak Mei 2004 berjumlah RM10.11 bilion. Dana pemegang saham kami melonjak kepada RM41.4 bilion pada 2017 daripada RM37.8 bilion pada 2016, manakala liabiliti kekal terkawal sebanyak RM51.2 bilion.

Kedudukan modal kami kekal kukuh iaitu 3.1 kali ganda perlindungan aset dan 1.1 kali ganda penggearan bersih. Nisbah kewangan ini tercapai hasil daripada pengurusan risiko dan langkah-langkah berhemat yang telah dilaksanakan selama ini, lantas membolehkan portfolio kami kekal kukuh dan berdaya tahan dalam persekitaran tidak menentu serta terus memberi tumpuan kepada mewujudkan nilai jangka panjang.

PRESTASI PORTFOLIO

RAV1NWA2
14 MEI 200450.933.3
31 DIS 2016145.3102.1
31 DIS 2017157.2115.6
∆ 2016-17+RM11.9 b
(+8.2% p.a.)
+RM13.5 b
(+13.2% p.a.)
∆ 2004-17+RM106.3 b
(+8.6% p.a.3)
+RM82.3 b
(+9.6% p.a.3)
  1. RAV: Nilai pasaran semua ekuiti, sekuriti dan wang tunai yang dipegang; dengan tiada harga pasaran yang tersedia, sesuatu nilai anggaran konservatif akan digunakan
  2. NWA: RAV tolak jumlah liabiliti dan diselaraskan untuk mengukur nilai yang diwujudkan
  3. Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul
  4. Nota: Angka dibundarkan ke titik perpuluhan yang terdekat

Setakat 31 Disember 2017 | Sumber: Analisis Khazanah

* Kadar pertumbuhan tahunan terkompaun bagi tempoh dari 14 Mei 2004 hingga 31 Disember 2017

Sumber: Bloomberg; Analisis Khazanah

Setakat 31 Dis2017201620152014
RAV (RM juta)157,204145,336150,169145,491
NWA (RM juta)115,562102,115108,890110,716
Dana Pemegang Saham (RM juta)41,36737,83136,35235,339
RAV / Liabiliti (x)3.12.93.13.6
Jumlah Kakitangan458458452465
Jumlah Pejabat8887

Leret ke kiri untuk maklumat penuh >

Sumber: Bloomberg; Analisis Khazanah
Nota: Dari 14 May 2004 hingga 31 December 2017

Sumber: Bloomberg; Analisis Khazanah
Nota: Terma dalam RM

K-8 melibatkan CIMB, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Malaysia Airlines System Berhad (Malaysia Airlines Berhad sejak tahun 2015), Telekom Malaysia (TM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), UEM Group, Axiata dan IHH Healthcare Berhad

Sumber: Bloomberg; Analisis Khazanah

KHAZANAH INDIA ADVISORS PRIVATE LIMITED

Khazanah India Advisors Private Limited, yang mula beroperasi pada 2009, menyediakan sokongan nasihat pelaburan di lapangan di samping membantu memupuk hubungan ekonomi yang lebih erat antara Malaysia dan India. Pejabat ini juga menjadi konduit bagi syarikat-syarikat India dalam meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

Ulasan Kewangan

Keupayaan kewangan yang kukuh dan pertumbuhan kewangan yang mampan adalah penting untuk memenuhi mandat komersial dan strategik kami.

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen