Sebagai dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia, penyerantauan dan pengantarabangsaan adalah aspek penting dalam setiap apa yang kami lakukan. Ini adalah cara untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan kami serta membina kehadiran, perkongsian dan rangkaian di peringkat serantau dan global, sekali gus membantu membawa masuk pelaburan secara langsung ke Malaysia.

Bryan Lim Tsin Lin

Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan
Ketua Khazanah Nasional Consulting (Beijing) Company Limited

Salah satu penerokaan Khazanah yang pertama di luar negara adalah di China. Bagi Khazanah, pasaran China adalah aspek penting dalam pelaburan kami di luar negara. Selain menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia dan melonjak naik sebagai salah sebuah kuasa hebat ekonomi dan politik utama di peringkat global dan serantau, China juga adalah rakan dagangan Malaysia yang terbesar selama sembilan tahun berturut-turut. Hubungan dua hala yang erat antara kedua-dua negara ini juga bertitik tolak daripada hubungan sejarah dan budaya yang sudah lama bertapak.

Tahun 2018 menyaksikan ulang tahun ke-13 kehadiran Khazanah di China. Sejak 2005, Khazanah menguasai 9.9% dalam pasaran peruncitan terbesar di China yang dahulunya dikenali sebagai Parkson apabila syarikat ini menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO). Pelaburan awal ini hanyalah salah satu daripada pelaburan terkemudian yang dilaksanakan oleh Khazanah dalam pelbagai sektor di China, termasuklah sektor pendidikan, tenaga boleh baharu, kewangan, peruncitan, inovasi & teknologi serta penjagaan kesihatan. Pelaburan dalam sektor pertumbuhan dan pasaran geografi baharu adalah inisiatif jangka panjang, seperti yang dinyatakan secara meluas melalui mandat kami untuk melabur di luar Malaysia bagi mewujudkan nilai strategik.

Bertitik tolak daripada pelaburan pertama tersebut, kami membuka Pejabat Perwakilan Beijing, iaitu pejabat antarabangsa pertama Khazanah pada 2008 dengan tujuan untuk memperkukuh pembabitan dan membina kehadiran dalam jangka panjang di China. Pejabat Beijing turut berfungsi sebagai pangkalan dalam menyokong Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang meneroka peluang perniagaan di China. Kami bersyukur, dengan pelaburan permulaan di China, kami juga bersedia untuk membuka peluang yang lebih besar dalam pasaran China dan rantau di sekelilingnya. Contoh terbaik ialah pelaburan kami dalam Bursa Saham China Galaxy Securities di China pada 2013. Hubungan sedia ada dengan China Galaxy ini membuka pintu kepada usaha sama antara syarikat pelaburan kami iaitu CIMB Group dengan China Galaxy, yang menandakan permulaan pembrokeran pan- Asia yang diterajui oleh dua kumpulan terkemuka, kedua-duanya dapat memasuki rangkaian satu sama lain di ASEAN dan China.

Bekas Pengerusi dan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (tengah) merasmikan pembukaan pejabat Khazanah di Beijing dengan Tan Sri Azman Mokhtar (kiri) dan Datuk Ben Chan, bekas Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Consulting (Beijing) Company Limited

Majlis pecah tanah Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ)

Pada 2011, Khazanah menyedari bahawa fasa pertumbuhan seterusnya perlu menangani isu teknologi, inovasi dan gangguan. Ini adalah arah aliran mega yang kuat, yang menawarkan kedua-dua cabaran dan peluang yang hebat. Salah satu pembabitan utama kami yang terawal dalam teknologi di peringkat antarabangsa ialah pelaburan pra-IPO Alibaba Group, yang mencatatkan IPO sebanyak USD25 bilion pada 2014, menjadi IPO yang terbesar di dunia setakat ini. Ini masih lagi menjadi salah satu pelaburan Khazanah yang paling menguntungkan; kami kemudiannya melabur semula sebahagian keuntungan tersebut dalam beberapa syarikat teknologi di China dan beberapa negara lain di seluruh dunia.

Pelaburan awal Khazanah dalam Alibaba memberi gambaran mendalam berhubung manfaat yang boleh diraih oleh PKS melalui e-dagang dan mentransformasi pasaran pengguna negara. Dalam hal ini, kami teruja dengan penubuhan hab Platform Perdagangan Dunia electronik (e-WTP) yang pertama di Malaysia, yang turut membabitkan kerjasama strategik antara anak syarikat logistik Alibaba, iaitu Cainiao Smart Logistics Network (Hong Kong) dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam membangunkan hab e-dagang dan logistik serantau di Zon Perdagangan Bebas Digital Aeropolitan (KLFT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kedua-dua kes di atas menjadi contoh betapa Khazanah berpandangan jauh dalam membuat pelaburan di China, yang memberikan kita pengetahuan, pandangan dan perhubungan yang diperlukan untuk menjalinkan kerjasama dengan China, sebuah kuasa besar yang semakin aktif peranannya di rantau ini.

Pada bulan April 2012, Khazanah berjaya memperoleh lesen Pelabur Institusi Asing Berkelayakan (QFII) dan mengembangkan operasi pelaburan kami termasuk bagi menampung pasaran ekuiti A-Share. Kejayaan mendapatkan lesen QFII yang sangat diperlukan itu adalah suatu pengiktirafan terhadap kedudukan Khazanah di peringkat antarabangsa oleh badan pengawalseliaan pasaran modal China, serta menandakan pandangan positif dan komitmen jangka panjang Khazanah dalam pasaran China. Hari ini, Khazanah memiliki kuota QFII bernilai USD500 juta, kami berjaya memperluas kehadiran pasaran awam yang merangkumi kedua-dua pasaran saham Shanghai/Shenzhen juga Hong Kong, selain mengembangkan nilai portfolio sebanyak 80% kepada USD903 juta pada akhir 2017.

Selain daripada pelaburan, Khazanah juga menyediakan platform bagi pelaburan silang di rantau ini. Sebagai contoh, terbitan sukuk boleh tukar kepada saham yang pertama di dunia bagi pegangan Khazanah dalam Parkson pada 2008 berjaya mewujudkan ‘Laluan Sutera Baharu’ sebelum ‘Inisiatif Satu Jalur Satu Laluan’ yang terkini dilancarkan. Ini membolehkan pelabur dari Timur Tengah mengambil bahagian dalam pertumbuhan penggunaan runcit negara China. Sejajar dengan komitmen Khazanah untuk memperkukuh pasaran kewangan Islam di Malaysia dan sekitarnya, Khazanah turut menerbitkan sukuk denominasi RMB luar pesisir yang pertama di dunia pada 2011 dan sukuk pertama di dunia yang menawarkan pendedahan pada sektor utiliti air yang meningkat naik pada 2016.

Walaupun Khazanah telah berkembang secara perlahan-lahan ke lain-lain geografi dalam tempoh 14 tahun ke belakang, negara China masih kekal sebagai pasaran paling utama dan menguntungkan, dengan menyumbang pulangan sebanyak USD2.3 bilion sehingga kini. Sekali imbas, dari segi pendedahan geografi, dianggarkan 45% daripada portfolio Nilai Boleh Tunai (RAV) datang daripada entiti asing, dengan sumbangan dari China sebanyak 7.6%. Khazanah masih komited untuk terus meneroka peluang dalam pasaran China yang pesat berkembang, yang menyaksikan kami memperluaskan kehadiran Khazanah di China melalui pembukaan pejabat kedua di Shanghai.

Menumpang Aliran Trend Utama

Melalui kehadiran tempatan di China, membolehkan Khazanah mendahului dalam mengenal pasti trend pemangkin dan menempatkan pelaburan kami dengan sewajarnya. Sebagai contoh, sekalipun pada peringkat awal, kami dapat mengenal pasti kenaikan taraf hidup kelas pertengahan dan peningkatan penggunaan sebagai aliran trend utama di China. Oleh itu, kami melabur dalam syarikat peruncitan konvensional seperti Parkson dan Sun Art Retail, hasil keuntungan daripada pelaburan ini ditukar dalam bentuk tunai dan dilabur semula dalam Alibaba secara selektif apabila e-dagang berada pada puncaknya; kami kemudiannya menempatkan Khazanah untuk memperoleh manfaat daripada pertumbuhan format penggunaan dan runcit di China yang didayakan teknologi baharu. Falsafah pelaburan ini juga memainkan peranan dari segi pelaburan kami dalam sektor kewangan.

Sumber: Analisis Khazanah

Pergerakan Nilai Aset Bersih (NAV) Portfolio QFII

(Sejak ditubuhkan pada 31 Disember 2017)

Sumber: Analisis Khazanah

Pecahan NF QFII mengikut sektor

(setakat 31 Disember, 2017)

Sumber: Analisis Khazanah

Terbitan Sukuk

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen