Tahun 2017 adalah tahun yang bermakna dalam hubungan dua hala antara Malaysia dengan Singapura, tatkala kedua-dua negara ini menyaksikan kejayaan apabila dua projek pembangunan penting iaitu Marina One dan DUO berjaya disiapkan. Ia menzahirkan penyelesaian bagi Points of Agreement (POA) yang ditandatangani pada 1990.

Zaida Khalida Shaari

Pengarah Eksekutif, Pelaburan

Jiv Sammanthan

Pengarah Eksekutif,
Ketua Pejabat Pengarah Urusan

Pembangunan Marina One dan DuO, yang masing-masing terletak di Marina South dan Ophir-Rochor di Singapura dilaksanakan oleh M + S Pte Ltd (M + S), yang dimiliki oleh Khazanah Nasional (Khazanah) dan Temasek Holdings (Private) Limited (Temasek) dengan nisbah sebanyak 60:40.

M + S ditubuhkan pada 2011 untuk membangunkan lot tanah di kawasan Marina South dan Ophir-Rochor, berikutan pelaksanaan Points of Agreement (POA) sepenuhnya antara Malaysia dengan Singapura pada 2011. Sebelumnya, dalam Mesyuarat Perkumpulan Ketua Negara Malaysia dan Singapura yang diadakan pada 24 Mei 2010, Perdana Menteri kedua-dua negara mengumumkan beberapa akujanji, termasuk pertukaran empat bidang tanah di Marina South dan lagi dua di Ophir-Rochor dengan tiga bidang tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga bidang tanah di Bukit Timah.

Dua pembangunan penting ini dilancarkan secara rasmi pada Januari 2018, dengan gabungan nilai pembangunan kasar sebanyak SGD11 bilion, adalah hasil daripada kerjasama saling menguntungkan antara Malaysia dengan Singapura, yang dipacu daripada hubungan dua hala yang sudah lama terjalin kukuh.

Pelancaran rasmi pembangunan Marina One dan DUO oleh Dato’ Sri Mohd Najib dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

PENDEKATAN KERJASAMA

Marina One dan DUO menjadi bukti kerjasama erat antara Khazanah dengan Temasek, serta menzahirkan komitmen dan keupayaan keduadua entiti ini untuk bersama-sama menyiapkan dua projek ikonik utama yang pada akhirnya dapat memanfaatkan kedua-dua negara. Di samping itu, Khazanah dan Temasek sedang melaksanakan pembangunan bersama di Iskandar Malaysia melalui Pulau Indah Ventures Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama 50:50 yang membangunkan projek kesejahteraan bersepadu iaitu Afiniti Medini dan Avira. Afiniti Medini berjaya disiapkan pada 2016.

Hasil positif ini jelas terhasil daripada dan dimudah cara melalui pendekatan kerjasama yang diguna pakai di peringkat dua hala pada tahun-tahun sebelumnya. Perdana Menteri Malaysia dan Singapura dalam mesyuarat pada 20 September 2010 mengumumkan persetujuan untuk menyelesaikan perbezaan pendapat berhubung caj pembangunan perlu dibayar bagi tiga bidang tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji and Woodlands secara berhemah melalui timbang tara bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap, serta menerima keputusan timbang tara sebagai muktamad dan mengikat. Selain itu juga, kedua-dua pihak bersetuju membiarkan timbang tara tersebut dilaksanakan mengikut secara terasing, sekali gus tidak menjejaskan pelaksanaan POA secara berterusan, termasuklah pembangunan bersama antara Khazanah dan Temasek. Hal ini membolehkan M + S terus melangkah maju ke hadapan.

Beberapa Syarikat Berkaitan Kerajaan di Singapura dan Malaysia turut sama terbabit dalam pelbagai peringkat dalam kedua-dua projek ikonik ini. Syarikat hartanah dari Singapura iaitu Mapletree dan CapitaLand masing-masing dilantik sebagai pengurus projek bagi pembangunan Marina One dan DUO, manakala UEM Sunrise Bhd ditugaskan dalam urusan pemasaran bagi kedua-dua projek pembangunan ini. Projek ini turut disokong melalui perkongsian kukuh dan kerjasama lancar di antara pasukan Khazanah dan Temasek, serta pasukan pengurusan M + S yang memberi dorongan dalam menyiapkan kedua-dua projek ini.

Garis Masa Pembangunan Bersama M + S

Nov

1990

Malaysia dan Singapura menandatangani POA

Mei

2010

Penyataan Bersama: Mesyuarat Perkumpulan Ketua Negara Malaysia dan Singapura dalam melangkah ke hadapan bagi isu POA

Jun

2011

Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian untuk melaksanakan POA. Khazanah dan Temasek menandatangani Perjanjian Pemegang Saham berkenaan penubuhan M + S Pte Ltd dan Pulau Indah Ventures Sdn Bhd

Jul

2013

Pembinaan bangunan utama Marina One dimulakan

Ogos

2013

Pembinaan bangunan utama DUO dimulakan

Jan

2015

Hyatt terpilih untuk mengendalikan Hotel Andaz

AKHIR

2017

Proses menyiapkan Marina One dan DUO

Jan

2018

Pelancaran Marina One dan DUO

DUO DAN MARINA ONE

Khazanah dan Temasek berjaya meletakkan batu asas kerjasama dari peringkat permulaan, mencalonkan ahli lembaga yang sangat berkemampuan dan berpengalaman di M + S. Hal ini membantu membentuk visi bersama yang berasaskan tadbir urus yang baik dan tumpuan diberikan untuk memastikan pembangunan yang bertaraf dunia dan komersil berjaya disiapkan. Komponen projek diberikan melalui proses yang sengit, termasuklah pemilihan arkitek, yang juga menyaksikan pengemukaan arkitek Malaysia dan Singapura, serta pelbagai pakej pembinaan.

Arkitek terkemuka di dunia iaitu Ole Scheeren telah terpilih setelah melihat pada konsepnya bagi pembangunan DUO. Nama DUO sendiri mencerminkan dua menara yang berdiri tegak sebelah-menyebelah, yang melambangkan hubungan erat antara Malaysi a dan Singapura. Terletak di tengah-tengah kawasan Ophir-Rochor, DOU digambarkan bakal menjadi sebuah daerah kediaman yang meriah.

Pembangunan bercampur utama berkeluasan 3.67 juta kaki persegi di kawasan Marina Bay

Nilai pembangunan kasar: SGD7 bilion

Pejabat
Dua buah menara pejabat Gred A setinggi 25 tingkat dengan NLA berkeluasan kira-kira 1.9 juta kaki persegi.

Ruang runcit
Setinggi lima tingkat dengan NLA berkeluasan kira-kira 140 kaki persegi.

Kediaman
Dua menara setinggi 34 tingkat dengan 521 unit yang setiapnya

Dilengkapi dengan pra-akuan LEED Platinum; cekap gunaan air dan tenaga, sistem pelepasan gas rumah hijau

Diperakui oleh Green Mark Platinum; serta penggunaan reka bentuk, amalan pembinaan dan pengendalian yang lestari.

Penyewa
Julius Baer, PwC Singapore, Prudential, Grab, Olam International, BP Global, Daiwa
Capital, Mitsubishi UFJ Financial Group dan JustCo.

* NLA: Kawasan boleh disewa bersih

Pembangunan bercampur utama berkeluasan 1.73 juta kaki persegi di daerah Ophir-Rochor

Nilai pembangunan kasar: SGD4 bilion

Hotel Andaz
Hotel bertaraf 5 bintang beserta menara setinggi 15 tingkat dilengkapi dengan 325 bilik

Pejabat
Ruang pejabat Gred A setinggi 24 tingkat dengan NLA berkeluasan 570 kaki persegi.

Ruang runcit
NLA ruang runcit seluas 56,000 kaki persegi.

Kediaman
Menara setinggi 49 tingkat dengan 660 unit untuk didiami

Menerima anugerah antarabangsa dalam kategori ‘Projek Terbaik Futura’ dalam Anugerah Asia MIPIM pada tahun 2012 Asia

Penyewa
Hotel Andaz, Sumitomo Chemical, Abbott Laboratories, Mastercard, Regus Serviced Ofices, Amcor, Chevron dan Virgin Active

* NLA: Kawasan boleh disewa bersih

Kejayaan Khazanah dan Temasek dalam menyiapkan pembangunan ini menjadi testimoni terhadap hasil yang boleh dicapai melalui pelaburan strategik yang memanfaatkan kekuatan individu dan saling melengkapi perniagaan, runcit dan hiburan untuk melengkapkan Marina Bay dan Raffles Place yang sedia ada. Ini menjadi jambatan perhubungan antara kawasan pemuliharaan Bugis dan Kampong Glam, sekali gus menyuntik pemandangan budaya yang pesat berkembang dalam daerah ini.

Pertandingan konsep reka bentuk bagi Marina One dimenangi oleh arkitek terkemuka dunia iaitu Christoph Ingenhoven, yang juga peneraju dalam seni bina yang lestari. Tujuan reka bentuk adalah untuk menyediakan ruang yang boleh didiami bermotifkan alam semula jadi. Pusat projek ini ialah di kawasan ‘Teras Hijau’, iaitu sebuah kawasan lindung hijau bandar yang terbesar di dalam daerah pusat perniagaan Singapura, yang merangkumi taman, laluan pejalan kaki, air terjun dan disulami dengan dua taman hijau, iaitu Marina Station Square dan Central Linear Park.

Dalam menzahirkan pendekatan kerjasama antara kedua-dua negara, beberapa karyawan Malaysia dan Singapura ditugaskan untuk mereka bentuk dan menghasilkan karya seni arca untuk DUO dan Marina One, termasuk karyawan terkenal Malaysia iaitu Latiff Mohidin. Harmony, karya Latiff ialah sebuah arca moden luaran sepanjang sembilan meter menjadi titik tumpuan di Central Plaza DUO. Diilhamkan oleh dedaunan tumbuhan, reka bentuk ini mencerminkan konsep keseimbangan yang melambangkan dua entiti yang bersatu dan saling melengkapi, merujuk pada hubungan antara Malaysia dengan Singapura.

Status Marina One dan DUO sebagai bangunan ikonik yang memenangi anugerah juga terserlah melalui kejayaan komersialnya sehingga kini. Pada masa pelancarannya, kedua-dua pembangunan ini berjaya menarik banyak pihak untuk menduduki komponen pejabat masing-masing, termasuk syarikat Fortune 500, selain komponen kediaman.

Secara keseluruhan, kejayaan Khazanah dan Temasek dalam menyiapkan pembangunan ini menjadi testimoni kepada hasil yang dapat dicapai melalui pelaburan strategik yang memanfaatkan kekuatan individu dan saling lengkap antara satu sama lain. Di samping itu, pembangunan ini menjadi batu asas bagi perkara yang lebih besar bagi Malaysia dan Singapura, serta rakyat kedua-dua buah negara.

Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi M + S Tan Sri Mohamed Azman Yahya, di hadapan arca ‘Harmony’ hasil Latiff Mohidin di Central Plaza DUO

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen