Siapa Kami

Khazanah Nasional Berhad ialah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia

Kami memegang dan mengurus aset-aset komersial milik Kerajaan dan membuat pelaburan strategik bagi pihaknya. Kami terlibat dalam sektor-sektor seperti tenaga, telekomunikasi, kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, riadah dan pelancongan serta hartanah. Syarikat-syarikat awam utama dalam portfolio kami termasuk Axiata Group Berhad, CIMB Group Holdings Berhad, Tenaga Nasional Berhad, IHH Healthcare Berhad, UEM Sunrise Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Malaysia Airports Holdings Berhad.

Khazanah diperbadankan bawah Akta Syarikat 1965 pada 3 September 1993 sebagai syarikat awam dan memulakan operasi setahun kemudian. Khazanah dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), kecuali satu saham yang dipegang oleh Suruhanjaya Tanah Persekutuan.

Pada 2004, Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar telah dilantik untuk menerajui Khazanah dan melaksanakan rombakan strategik berdasarkan mandat baharunya. Beliau melapor kepada Lembaga Pengarah yang kini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

(Sila klik sini untuk maklumat lanjut tentang Project TIDE)

MANDAT KAMI

Visi Khazanah adalah untuk menjadi pusat peneraju pelaburan strategik yang mencipta nilai mampan untuk Malaysia bagi membolehkannya berdaya saing di peringkat global. Pendekatan pelaburan proaktif kami termasuk pengurusan pelaburan teras, memanfaatkan kehadiran di peringkat global bagi sektor pertumbuhan baharu, di samping melaksanakan pelaburan pemangkin yang strategik untuk melonjakkan ekonomi negara. Kami juga terlibat secara berterusan dalam pembangunan modal insan, sosial dan ilmu pengetahuan untuk negara.

null

(Sila klik sini untuk maklumat lanjut tentang Transformasi 2.0)

To add The Khazanah Report 2017 onto your home screen: tap and then Add to Home Screen