SIAPA KAMI

KHAZANAH IALAH DANA KEKAYAAN KEDAULATAN MALAYSIA.

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) diperbadankan bawah Akta Syarikat 1965 pada 3 September 1993 sebagai syarikat awam dan memulakan operasi setahun kemudian. Khazanah dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), kecuali satu saham yang dipegang oleh Suruhanjaya Tanah Persekutuan.

Syarikat-syarikat tersenarai utama dalam portfolio kami termasuk Axiata Group Berhad, CIMB Group Holdings Berhad, IHH Healthcare Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, UEM Sunrise Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

Pada tahun 2018, Kerajaan Malaysia telah memulakan penyusunan semula korporat dan organisasi Khazanah, yang melibatkan perubahan kepimpinan dalam Lembaga Pengarah dan Pengurusan, serta pembaharuan mandat dan objektif Khazanah. Datuk Shahril Ridza Ridzuan dilantik sebagai Pengarah Urusan dengan melaporkan secara terus kepada Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


MANDAT KAMI

MANDAT KHAZANAH ADALAH
UNTUK MENINGKATKAN NILAI KEKAYAAN JANGKA PANJANG MALAYSIA.

Dalam konteks ini, ia merupakan usaha berkekalan untuk mempertingkatkan nilai pelaburan disamping memelihara modal kewangan yang disuntik ke dalam dana. Jangka panjang adalah tempoh yang melangkaui generasi dan tumpuan diberikan untuk memastikan generasi akan datang berupaya untuk memenuhi keperluan mereka. Kekayaan pula merujuk kepada nilai aset kewangan Khazanah dan hasil pembangunan ekonomi negara.

Selanjutnya

2018 SEPINTAS LALU


Tahun 2018 menyaksikan beberapa urus niaga utama dilaksanakan oleh Khazanah. Ini termasuk transaksi korporat, pelaburan dan pelupusan pelaburan strategik.

RANGKUMAN INSTITUSI

AMANAT PENGERUSI

Ketika Khazanah ditubuhkan, visinya adalah untuk membolehkan aset negara dipegang dan diurus secara bertanggungjawab, supaya kekayaan terus dapat dijana untuk dinikmati semua rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Dr Mahathir Bin Mohamad

Pengerusi

Alhamdulillah, setahun kini telah berlalu sejak rakyat Malaysia memilih untuk mengubah kerajaan dan memilih pentadbiran baharu. Perubahan itu adalah kemenangan kepada rakyat, dilakukan untuk rakyat, oleh rakyat Negara ini, terutamanya apabila ia dicapai secara aman. Tidak banyak Negara yang berjaya melalui proses peralihan kerajaan sedemikian. Malaysia baharu yang sedang kita bina menegakkan prinsip-prinsip keadilan, pemerintahan yang baik, integriti dan berlandaskan kedaulatan undang-undang.

Selanjutnya

RANGKA KERJA TADBIR URUS DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

KAMI DIPANDU RANGKA KERJA YANG MENETAPKAN TANGGUNGJAWAB, KUASA DAN STRUKTUR TADBIR URUS YANG JELAS.

Kami beroperasi dalam rangka kerja mandat yang ditakrifkan dengan jelas dan disejajarkan dengan matlamat pembangunan negara seperti mana ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Lembaga Pengarah mentadbir operasi kami dan bertanggungjawab bagi keseluruhan tadbir urus yang merangkumi perkara berkenaan prestasi dan kepatuhan.Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah. Beliau disokong oleh sekumpulan individu yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kepakaran profesional sebagai ahli Lembaga Pengarah. Piagam Lembaga Pengarah menggariskan peranan dan tanggungjawab ahli Lembaga Pengarah dalam menyelia pengurusan Khazanah.


PERUTUSAN PENGARAH URUSAN

Secara dasarnya, matlamat utama kami adalah untuk meningkatkan nilai aset kewangan Khazanah secara mampan dan meningkatkan hasil ekonomi yang bertujuan memenuhi keperluan negara bagi generasi akan datang.

Datuk Shahril Ridza Ridzuan

Pengarah Urusan

2018 merupakan tahun yang sangat penting bagi Khazanah. Selepas selesainya Pilihan Raya Umum pada bulan Mei, Kerajaan yang baru dipilih telah melaksanakan pembaharuan dan perubahan yang memberikan kesan ketara kepada kedudukan Khazanah sebagai dana kekayaan kedaulatan Malaysia.

Pada Julai 2018, kami mengalu-alukan Lembaga Pengarah baharu yang terdiri daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Encik Goh Ching Yin, dan Dr. Sukhdave Singh. Seterusnya dalam tahun berkenaan, Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan Khazanah bekerjasama menyusun mandat dan objektif kami yang diperbaharui yang mana anda boleh membaca mengenainya dengan lebih lanjut di halaman-halaman seterusnya dalam laporan ini.

Selanjutnya

ULASAN KEWANGAN

SOROTAN KEWANGAN

NILAI PORTFOLIO KHAZANAH YANG DIUKUR OLEH NILAI BERSIH DILARASKAN (NWA) SUSUT KEPADA RM91 BILION PADA 31 DISEMBER 2018, BERKURANGAN 21.6% DARIPADA RM116 BILION PADA 31 DISEMBER 2017.

Nilai Aset Boleh Tunai (RAV) juga berkurangan kepada RM136 bilion daripada RM157 bilion dalam tempoh yang sama. Prestasi portfolio dalam tempoh jangka panjang kekal meningkat dengan NWA mencatatkan pulangan tahunan sebanyak 11.0% sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu.

Selanjutnya

NILAI ASET BOLEH TUNAI (RAV)

Nilai pasaran semua ekuiti, sekuriti dan wang tunai yang dipegang. Sekiranya harga pasaran tidak dinyatakan, anggaran nilai yang konservatif akan digunakan.


NILAI BERSIH DILARASKAN (NWA)

RAV tolak jumlah liabiliti dan dilaraskan untuk mengira nilai yang diwujudkan.

Setakat pada 31 Disember 2018 | Sumber: Analisis Khazanah


PELABURAN KAMI

MENINGKATKAN NILAI KEKAYAAN JANGKA PANJANG MALAYSIA

Selaras dengan mandat kami untuk meningkatkan nilai kekayaan jangka panjang Malaysia, kami akan hanya melabur sekiranya mampu meraih pulangan kewangan yang sesuai dengan risiko optimum. Selain itu, pelaburan strategik juga mesti memberikan impak ekonomi yang telah dikenal pasti.

Kami percaya kepada usaha mewujudkan nilai mampan melalui penglibatan yang bersesuaian dengan syarikat-syarikat yang kami labur dan juga pengurus pelaburan luar serta penasihat yang kami gunakan.

Kami akan mematuhi amalan pelaburan yang bertanggungjawab dengan mengambil kira faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk mengurus risiko dengan lebih baik dan menjana pulangan jangka panjang yang mampan. Kami komited kepada Prinsip-prinsip PBB berkaitan Pelaburan Bertanggungjawab (UNPRI) dan Kod Malaysia untuk Pelabur Institusi (MCII) yang mempromosikan integrasi aktif pertimbangan ESG ke dalam analisis pelaburan dan membuat keputusan, dan pemilikan aset.

Sasar pulangan:
Indeks Harga Pengguna Malaysia (CPI) + 3% berdasarkan tempoh pelaksanaan selama 5 tahun

Sasar pulangan:

  • Hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10-tahun berdasarkan tempoh pelaksanaan selama 5 tahun; dan
  • Manfaat ekonomi boleh diukur

SYARIKAT-SYARIKAT TERPILIH DALAM PORTFOLIO KAMI

WARGA KAMI & PENGETAHUAN

WARGA KAMI

KEKUATAN KHAZANAH TERLETAK KEPADA WARGANYA.

DI SEKITAR PEJABAT

Kami berusaha memupuk budaya ketekunan kerja dan kualiti penyampaian dalam persekitaran yang menyokong keampuhan kerja berpasukan, saling menghormati dan bersahaja. Tempat kerja yang positif dan menyeronokkan bukan hanya sihat untuk pekerja dan organisasi, tetapi juga menjana hasil yang lebih baik.

DI LUAR PEJABAT

Warga kami turut cemerlang dalam pelbagai bidang kehidupan lain. Kami menggalakkan mereka meneruskan pendidikan dan menyumbang kepada pertubuhan awam. Khazanah menganjurkan acara tetap seperti hari keluarga tahunan dan karnival sukan, serta pemukiman kumpulan (group retreats). Kakitangan kami merupakan individu yang memiliki bakat yang berlainan dan terdiri daripada latar belakang berbeza. Mereka aktif dalam aktiviti kurikulum termasuk muzik, menulis, sukan, alam sekitar, dan aktivisme komuniti.


NILAI KAMI

NILAI TERAS KAMI MENJADI PEMBIMBING TINGKAH LAKU, MEMBENTUK BUDAYA DAN MENTAKRIFKAN KAMI SEBAGAI SEBUAH ORGANISASI, DAN CARA KAMI BEROPERASI SESAMA SENDIRI, DAN DENGAN RAKAN KONGSI SERTA PIHAK BERKEPENTINGAN.

  • KERJA BERPASUKAN

    Sebagai sekumpulan individu yang sangat bermotivasi, kami menggalakkan usaha untuk kerjasama di semua peringkat dan aktiviti serta sentiasa berkongsi idea dan pengetahuan ke arah mencapai matlamat yang sama.

  • SALING MENGHORMATI

    Kami menghargai perbezaan yang ada dan melayan semua orang sama seperti mana yang kami harapkan daripada orang lain. Kami bersikap adil dan jujur dalam semua urusan kami, dan sentiasa menjaga kerahsiaan. Kami memberi inspirasi dan membantu warga kami mencapai prestasi yang tinggi kerana kami percaya semua individu mahu mencapai potensi yang sepenuhnya.

  • TEKUN

    Kami berusaha melakukan sesuatu dengan pantas dan tepat. Setiap tugasan dilakukan sepenuh hati dan komitmen, serta mengendalikan setiap perkara dengan kesegeraan. Kami mencari peluang baharu sambil memastikan kemampanan setiap pelaburan dan inisiatif kami.

  • INTEGRITI

    Kami melakukan apa yang betul tanpa memberi sebarang pengecualian. Kami percaya kepada tadbir urus yang baik dan operasi beretika yang perlu dihayati sepenuhnya.

  • PROFESIONALISME

    Kami bertanggungjawab terhadap segala yang dilakukan. Ketepatan masa adalah asas proses kerja kami: kami sentiasa berpegang pada janji dan mengotakan kata. Untuk memastikan nilai terbaik bagi rakan kongsi dan pihak berkepentingan kami, kami tidak menunggu peluang tetapi mengambil tindakan proaktif untuk merealisasikannya.


KHAZANAH SEBAGAI SEBUAH ORGANISASI PEMBELAJARAN

KHAZANAH MENYEDIAKAN PELBAGAI PLATFORM JALINAN KERJA YANG AKTIF BERTUJUAN MENGGALAKKAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN DALAM KALANGAN WARGA KERJA DAN PEMEGANG KEPENTINGAN, SERTA MEMBOLEHKAN WUJUDNYA PERTUKARAN PANDANGAN DAN PENGETAHUAN YANG DINAMIK.

Khazanah Megatrends Forum
Tea Talk
Khazanah Residency Programme
Pusat Sumber Khazanah

MASYARAKAT DAN KOMUNITI

KHAZANAH MENYUMBANG KEPADA KOMUNITI MELALUI ENTITI-ENTITI MILIKNYA.

Selanjutnya