MENU

A Nation That Creates

Sebuah Negara Berdaya Cipta

Laporan Khazanah 2024

Tema tahun ini, 'Sebuah Negara Berdaya Cipta' mencerminkan komitmen Khazanah untuk membentuk Malaysia yang bersedia menghadapi masa hadapan yang ditentukan oleh penciptaan nilai jangka panjang, pertumbuhan mampan, inovasi dan keterangkuman. TKR2024 mencerminkan tahun yang mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh, sambutan ulang tahun Khazanah yang ke-30 dan pemantapan strategi pelaburan Malaysia yang menyegerakan peralihan tenaga, mentransformasikan firma-firma, meningkatkan ketersambungan negara, memajukan keupayaan digital dan memperkasakan komuniti.

Sempena memperingati ulang tahun kami yang ke-30, penceritaan visual ini meraikan semangat pembangunan negara dengan memaparkan kisah benar rakyat Malaysia biasa yang secara kolektif menyumbang kepada kemajuan negara dilengkapi oleh paparan daripada seluruh syarikat operasi kami. Melalui lensa ini, kisah perjalanan kami bukan sahaja berkisarkan pulangan malahan berkisarkan pembangunan sebuah negara yang berkembang maju dari segi ekonomi, sosial dan mampan selama beberapa dekad akan datang.

Ketahui Lebih Lanjut

Bab 01

Membina Sebuah Negara Berdaya Cipta

Sejak penubuhannya, semangat pembangunan nasional wujud dalam Khazanah, berakar umbi dalam visi memupuk kemajuan kemampanan dan menggalakkan inovasi ekonomi. Sepanjang tiga dekad yang lalu, kami telah menyaksikan setiap saat transformatif yang ditandai dengan wawasan strategik dan komitmen kolektif.”

Dato' Seri Anwar Ibrahim

Pengerusi Khazanah Nasional dan Perdana Menteri Malaysia

Peserta bengkel melukis oleh Ammar Creative semasa acara Jangkauan Berbudi Bersama di Kuching Waterfront, Sumber: Penerbitan Khazanah Times 2024 Sarawak.

Memajukan Masa Depan Malaysia:

Menghasilkan Impak
Dengan Tujuan

Khazanah terus memajukan misi untuk membina daya tahan dan daya saing Malaysia bertunjangkan rangka kerja 'Sebuah Negara Berdaya Cipta' (ANTC). Pada tahun 2024, kami menyambut ulang tahun ke-30, menyampaikan kemajuan yang stabil, disokong oleh prestasi kewangan dan pengukuhan portfolio kami. Antara pencapaian tahun ini, penswastaan Malaysia Airports Holdings ternyata merupakan langkah penentu untuk meningkatkan ketersambungan dan daya saing global Malaysia.

chairman

Bab 02

Kepimpinan yang Mengilhamkan Kemajuan

Jika aspirasi hidup anda sejajar dengan visi Khazanah, anda pasti akan penuh semangat dalam segala apa yang anda lakukan di sini.”

Dato' Amirul Feisal Wan Zahir

Pengarah Urusan

Dato' Seri Anwar Ibrahim (kiri), Dato' Mohamed Nasri Sallehuddin (tengah) dan Dato' Feisal Zahir (kanan) di Sambutan Ulang Tahun Khazanah yang ke-30 di MITEC, Kuala Lumpur.

Perutusan Pengerusi

chairman

Meraikan Tiga Dekad

Membina Negara dengan Tujuan

Pihak Berkepentingan yang Dihargai Sekalian,

Selaku Pengerusi Khazanah, saya sentiasa yakin bahawa kekuatan negara kita bergantung kepada keupayaan kita untuk bersama-sama mengadaptasi, berevolusi dan bergerak ke hadapan. Tahun 2024 yang menguji daya tahan kita dan meraikan ulang tahun Khazanah yang ke-30, mengukuhkan keyakinan tersebut.

Dato' Seri Anwar Ibrahim

Pengerusi

Baca Lagi

Perutusan Pengarah Urusan

md

Melaksanakan dengan Tujuan,

Melabur dalam Masa Depan Malaysia

Pihak Berkepentingan yang Dihargai,

Tahun 2024 merupakan tahun yang penting bagi Khazanah memandangkan kami meraikan ulang tahun yang ke-30, berlatarbelakangkan ketidaktentuan ekonomi global, gangguan teknologi yang pesat dan perubahan landskap geopolitik. Mendepani pelbagai cabaran ini, kami meningkatkan tumpuan kepada masa hadapan dengan mendukung mandat untuk menghasilkan nilai jangka panjang untuk Malaysia melalui strategi pelaburan yang kukuh dan membangunkan negara dengan penuh azam dalam menghadapi detik yang getir dan membentuk hala tuju seterusnya.

Dato' Amirul Feisal Wan Zahir

Pengarah Urusan

Baca Lagi

Bab 03

Menghasilkan Keputusan dengan Kebertanggungjawaban

Prestasi kewangan tahun 2024 mencerminkan hasil daripada pendekatan yang stabil dan berdisiplin yang kami laksanakan dalam landskap ekonomi yang berkembang dan tidak pasti. Meskipun terdapat ketidakpastian masa hadapan, seiring dengan mandat, kami menumpukan kepada memberikan nilai jangka panjang berterusan dan kami komited untuk meneruskan usaha ini. Pengurusan kewangan yang sihat, tadbir urus yang kukuh dan penempatan modal yang strategik membolehkan kami mendahului yang lain.”

Faridah Bakar Ali

Ketua Pegawai Kewangan

Kiri ke kanan: Datuk Hisham Hamdan, Ketua Pegawai Pelaburan, Dato' Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan dan Faridah Bakar Ali, Ketua Pegawai Kewangan semasa Ulasan Tahunan Khazanah 2025.

Sorotan Kewangan

Pada tahun 2024, Khazanah menghasilkan keputusan kewangan dan strategik yang kukuh, disokong oleh keadaan ekonomi domestik yang teguh dan pelaksanaan pelaburan yang berdisiplin.

Muat Turun PDF

Khazanah mencatatkan keuntungan
RM5.1

bilion

NAV daripada Portfolio Keseluruhan meningkat kepada
RM103.6

bilion

arrow-up
Portfolio Pelaburan NAV TWRR meningkat kepada
24.6%

(2023: 2.7x)

arrow-up
RAV kepada nisbah hutang mengukuh kepada
3.2x

(2023: 2.7x)

arrow-up
RM1

bilion

dividen yang dibayar kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan)

Bab 04

Melabur Untuk Penciptaan Nilai Jangka Panjang

Keistimewaan berada di Khazanah adalah bagaimana ia membuka jalan kepada dunia dan juga membuka peluang untuk berbakti kepada Malaysia.”

Datuk Hisham Hamdan

Ketua Pegawai Pelaburan

Pendekatan Pelaburan

Kami melabur dengan tujuan untuk menghasilkan pulangan mampan bagi rakyat Malaysia di samping membuat pelaburan yang menyokong pembangunan negara.

Portfolio Pelaburan

Portfolio pelaburan bertujuan untuk menjana pulangan terlaras risiko, mengekalkan dan membangunkan aset secara mampan.

Muat Turun PDF

Aset Pembangunan

Aset pembangunan jangka panjang dengan potensi untuk menghasilkan impak ekonomi.

Muat Turun PDF

Portfolio Dana Impak

Pelaburan mangkin dalam mentransformasikan firma-firma untuk meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi di samping menghasilkan impak sosioekonomi yang positif untuk Malaysia.

Muat Turun PDF

Aset Situasi Khas

Aset yang memerlukan pusing balik dari segi keuntungan dan kemampanan aliran tunai operasi.

Sorotan Khas

  • special-highlights01special-highlights1

    Ketersambungan

    Menyerlahkan Potensi Malaysia sebagai Pintu Masuk Global

    Malaysia Airlines memainkan peranan utama dalam menonjolkan kehadiran Malaysia di pentas global. Sebagai ikon negara dan pendorong/pemboleh utama ketersambungan antarabangsa, penggiatan syarikat penerbangan ini menjadi keutamaan strategik. Dalam 20 bulan yang lepas, Malaysia Airlines telah menambah sembilan laluan antarabangsa baharu kepada senarai destinasinya termasuk Paris bagi meningkatkan ketersambungan jarak jauh ke Eropah.

    Muat Turun PDF

  • 30 Tahun
    Memajukan Malaysia

    Menghargai Masa Lalu, Meraikan Hari Ini dan Membentuk Masa Hadapan

    Mengenang kembali perjalanan sejak tahun 1994, kisah Khazanah telah berkembang seiring dengan pembangunan Malaysia. Selama bertahun-tahun, kami telah berevolusi melalui beberapa fasa, berpandukan tanggungjawab untuk menyokong kemajuan ekonomi dan sosial negara.

    Muat Turun PDF

    special-highlights02 special-highlights02

Bab 05

Menjamin Masa Depan

Mengekalkan pendekatan berasas dan sesuai dengan realiti rakyat setiap hari merupakan komponen yang penting bagi keberkesanan kami sebagai dana kekayaan berdaulat. Kami memfokus kepada memacu pulangan terlaras risiko yang kukuh dengan penuh tanggungjawab terhadap insan dan planet.”

Dato' Shahira Ahmed Bazari

Ketua, Kemampanan & Advokasi Kumpulan,
Pejabat Pengarah Urusan

Cenergi SEA - Pemasangan Solar atas Bumbung 2.7MW Batu Kawan telah menghasilkan tenaga keberkesanan kos yang bersih sejak Jun 2022.

Pendekatan Kami Terhadap Kemampanan

Di Khazanah, kemampanan menjadi asas kepada cara bagaimana kami mencipta nilai jangka panjang untuk Malaysia dan rakyatnya.

Kad Laporan Kelestarian

Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050

  • Menetapkan asas jejak karbon untuk portfolio kami.

  • Membangunkan Laluan Peralihan Iklim dengan mengenal pasti penggerak penyahkarbonan berimpak tinggi.

Operasi neutral karbon menjelang tahun 2023

  • Mencapai operasi neutral karbon bagi TK2023 melalui pengurangan pelepasan, sijil tenaga boleh diperbaharui dan pengimbangan karbon yang disahkan.

Selesai

30% wanita dalam Lembaga Pengarah dan kepimpinan pengurusan kanan menjelang 2025

  • Pada tahun 2024, wanita mewakili 29% daripada Lembaga Pengarah dan 27% daripada Pasukan Pengurusan Kanan.

Sasaran impak sosioekonomi boleh diukur menjelang 2023

  • Membangunkan dan melancarkan Rangka Kerja SEMARAK untuk memacu impak kemasyarakatan jangka panjang melalui Dana Impak.

Selesai

Menambah baik kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI)

  • Rangka Kerja DEI dibangunkan pada tahun 2023 dan disepadukan dalam amalan organisasi.

Selesai

Meningkatkan kecekapan Lembaga Pengarah (termasuk kemampanan) di syarikat portfolio menjelang 2024.

  • Proses penamaan dan penilaian pengarah formal dilengkapkan oleh program latihan sasaran.

Selesai

Mendedahkan prinsip pengundian umum menjelang 2022

  • Menerbitkan edisi semakan Garis Panduan Pengundian sebagai sebahagian daripada dokumen Jangkaan Pemegang Saham dan Pengawasan Pelaburan.

Selesai

Jawatan kepimpinan utama bagi KPI berkaitan ESG kami menjelang 2023

  • KPI berkaitan ESG ditetapkan untuk semua jawatan kepimpinan utama dalam syarikatsyarikat portfolio.

Selesai
Pengurusan Perubahan Iklim

Di Khazanah, kami mengakui bahawa menangani perubahan iklim adalah kritikal untuk melindungi nilai jangka panjang bagi Malaysia dan rakyat. Pada tahun 2024, kami memajukan strategi iklim mengenai pengurangan pelepasan dan ketahanan iklim berpandukan komitmen kami untuk menyokong peralihan negara kepada ekonomi rendah karbon dan mencapai Sifar Bersih menjelang 2050.

Muat Turun PDF

Penilaian Material 2024: Menilai Semula

Menilai semula Keutamaan penilaian material Khazanah memberi kami panduan untuk mengutamakan isu-isu ESG paling kritikal bagi peranan kami sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia dan pembina negara. Dilaksanakan pada tahun 2024, penilaian terkini ini bertindak balas terhadap landskap ESG yang berkembang dan jangkaan pihak berkepentingan yang meningkat, membina asas yang ditetapkan oleh penilaian 2021 dan penformalan Rangka Kerja Kemampanan kami pada tahun 2022.

Muat Turun PDF

Bab 06

Membina Kapasiti Dan Komuniti Berdaya

Kami memperkasakan generasi akan datang, meningkatkan kehidupan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, dan memupuk masyarakat madani yang berdaya maju - komitmen kami untuk membina kapasiti dan menghasilkan nilai kemasyarakatan yang memacu kami ke hadapan.”

Fizulin Mohamed Zin

Ketua, Unit Pemantauan dan Penjajaran Nilai Masyarakat, Perkhidmatan Korporat dan Sokongan

Kopi Kampung Selatan Johor - Seorang vendor tempatan menyediakan minuman pengenalan untuk pelawat semasa program Jangkauan Berbudi Bersama di Mall of Medini, Johor.

Memperkasakan Warga Kami

Keupayaan kami untuk mencipta nilai bergantung kepada kakitangan kami. Kami terus memupuk tenaga kerja berprestasi tinggi yang membolehkan kami menghasilkan nilai yang ketara kepada negara.

Muat Turun PDF

  • icon

    Kami MENGGALAS TANGGUNGJAWAB

    Menyampaikan hasil secara beretika

  • icon

    Kami MENGHORMATI pelbagai sudut pandangan

    Memperoleh nilai daripada pelbagai idea dan pendapat

  • icon

    Kami Saling MENYOKONG antara satu sama lain

    Sentiasa mengambil berat tentang keutamaan dan keadaan orang lain

Transformasi Digital Khazanah

Pada tahun dalam tinjauan, kami terus membina momentum untuk NexGen, iaitu projek transformasi digital kami di seluruh organisasi.

Muat Turun PDF

digital-arrow
  • Memodenkan Seni Bina Teknologi

    Melaksanakan platform dan penyelesaian digital baharu dalam setiap bahagian perniagaan bagi memastikan kami mengekalkan ketahanan siber yang teguh.

  • Menstrukturkan Pengurusan Data

    Mengatur secara sistematik, menggabungkan dan menyediakan akses kepada data di seluruh organisasi. Ini meningkatkan kualiti keputusan kami yang meraih hasil perniagaan yang lebih baik.

  • Mempercepat Penerimagunaan Digital

    Melengkapkan tenaga kerja dengan kemahiran yang diperlukan untuk masa hadapan bagi menambah baik amalan kerja berpasukan dan ketangkasan melalui penyegeraan penerimagunaan alat digital.

  • Membentuk Tadbir Urus yang Kukuh

    Melaksanakan struktur tadbir urus yang kukuh, termasuk rangka kerja, proses dan prosedur untuk memperkasakan kakitangan melalui teknologi dengan berkesan.

Memperkasakan Bakat Masa Depan

  • Empowering Future Talents
    logo

    Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) ditubuhkan untuk menangani kekurangan bakat berkemahiran tinggi yang diperlukan Malaysia untuk menyokong pertumbuhan pesat industri-industri berteknologi tinggi.

  • Empowering Future Talents

    Dari kiri: Luqman Hariz (Astro Awani), Ida Lim (Malay Mail) dan Jenifer Laeng (The Borneo Post) di Perpustakaan Cambridge University, University of Cambridge. Mereka bertiga merupakan sebahagian daripada kohort Program Residensi Khazanah Nasional Bhd (KRP) Wolfson Press Fellows 2024.

    logo

    KRP menyasarkan untuk meningkatkan bakat Malaysia dengan melengkapkan individu-individu dalam pelbagai bidang dengan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian yang perlu bagi kecemerlangan profesional. Ia mencerminkan komitmen Khazanah terhadap pembinaan kapasiti negara melalui pembangunan bakat yang tertumpu.

Muat Turun PDF

Menzahirkan Nilai Kemasyarakatan

  • societal value

    Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama tentang perlunya reformasi seni bina kewangan global di CAF2024 yang berlangsung selama dua hari dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) bersama dengan Common Action Forum, dan Third World Network.

    logo

    Memajukan Malaysia Melalui Dasar-dasar Berasaskan Bukti

    Pada tahun 2024, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mengukuhkan kedudukannya sebagai suara utama penyelidikan dan advokasi dasar dengan menerbitkan 15 kertas penyelidikan yang menangani sesetengah kebimbangan sosioekonomi yang paling mendesak.

    Lawati Laman Web

  • societal value

    Pengunjung mengambil bahagian dalam lawatan kuratorial di pameran mini Galeri Khazanah yang diadakan di Think City @ Bangunan UAB di George Town, Penang. Bertajuk “Mengembara Melalui Seni, Imaginasi dan Warisan Malaysia,” pameran ini menampilkan lebih 45 karya oleh 30 orang artis Malaysia — daripada arca dan lukisan kepada gambar dan seni digital — diperoleh daripada koleksi Khazanah Nasional Berhad.

    logo

    Pada Ogos 2022, kami melancarkan Galeri Khazanah, iaitu galeri seni maya yang direka bentuk untuk memartabatkan warisan budaya Malaysia. Ia memaparkan artis tempatan yang menyasarkan untuk mempersembahkan seni Malaysia dengan penonton yang lebih luas pada peringkat tempatan dan global. Sejak penubuhannya, galeri ini menampilkan lebih 200 karya seni oleh 74 orang artis Malaysia dan menarik lebih 300,000 pelawat ke platform ini.

    Lawati Laman Web

  • societal value
    logo

    Yayasan Hasanah terus berada di barisan hadapan bagi usaha kedermawanan di Malaysia. Pada tahun 2024, pelbagai inisiatifnya kekal berkisarkan lima bidang impak — Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Alam Sekitar, Seni & Ruang Awam dan Pengetahuan. Inisiatif-inisiatif ini menyasarkan untuk memperkasakan rakyat agar menjadi wira seharihari dengan menggunakan kekuatan mereka bagi memulakan usaha kecil yang menghasilkan impak besar.

    Lawati Laman Web

  • societal value

    Pemegang biasiswa Khazanah Lubna Zulkifli, penerima Biasiswa Khazanah Lestari (2022), dianugerahkan Freedom of the City of London oleh Datuk Bandar London, menyertai barisan tokoh-tokoh termasyhur yang telah menerima anugerah seperti Florence Nightingale, Nelson Mandela, Tunku Abdul Rahman dan Datuk Jimmy Choo.

    logo

    Bagi mengekalkan sokongan berterusan terhadap pemimpin masa depan, Yayasan Khazanah, iaitu sayap asas Khazanah, terus melabur dalam individu-individu muda yang berbakat merentas pelbagai bidang. Yayasan Khazanah menyokong komitmen Khazanah dalam pembangunan modal insan yang aktif dengan menawarkan biasiswa dan menggilap bakat berpotensi untuk melanjutkan pengajian di universiti-universiti utama tempatan dan luar negara. Biasiswa ini dianugerahkan berasaskan merit dan boleh diperoleh oleh belia cemerlang, termasuk mereka daripada latar belakang B40.

    Lawati Laman Web

  • societal value

    Kreatif KL Festival 2024 - Menampilkan lebih 100 acara kreatif, Kreatif KL Festival perdana ini meraikan bakat kreatif dan identiti budaya bandar raya ini yang mengaktifkan kesedaran sivik Kuala Lumpur merentas pelbagai peringkat dan komuniti.

    logo

    Ditubuhkan pada tahun 2009, Think City telah berkembang daripada menguruskan pembaharuan bandar di George Town, Pulau Pinang kepada sebuah organisasi berimpak tinggi bandar di negara ini. Tujuan kami adalah untuk membentuk bandar-bandar yang sesuai didiami, mampan dan inklusif.

    Lawati Laman Web

  • societal value

    Persembahan Pancaragam Tentera dengan Veteran di Perpustakaan Awam.

    logo

    Di bawah pengawasan Khazanah Nasional, Taman Tugu diteruskan sebagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat bukan berasaskan keuntungan. Taman perhutanan bandar seluas 66 ekar ini merupakan kawasan hijau utama di Kuala Lumpur yang ditubuhkan di bawah Amanah Warisan Negara (AWAN).

    Lawati Laman Web

Muat Turun PDF

Bersama-sama Membentuk Masa Depan Malaysia

Ketika Khazanah mengorak langkah ke fasa seterusnya, komitmen untuk membina Malaysia yang lebih teguh dan lebih inovatif kekal sebagai intipati misinya.”

Dato' Amirul Feisal Wan Zahir

Pengarah Urusan

Gambar kandid keluarga di ruang pameran Johor LAB, di mana inovasi bertemu dengan komuniti semasa program Sumber: Penerbitan Khazanah Times 2024 Jangkauan Berbudi Bersama di Mall of Medini pada 24 Ogos 2024.

Tatkala kami merancang pelan hala tuju masa hadapan, Khazanah terus teguh bersandarkan dwi-mandat untuk menghasilkan pulangan jangka panjang mampan di samping memajukan ekonomi dan kemajuan sosial Malaysia. Berpandukan strategi Memajukan Malaysia dan rangka kerja 'Sebuah Negara Berdaya Cipta' (ANTC), kami menempatkan modal, idea dan perkongsian untuk membentuk ekonomi yang lebih berdaya saing, inklusif dan bersedia menghadapi masa depan.

Suara Masa Depan

Kami sangat menghargai pendapat anda dan ingin mendengar pendapat anda tentang Laporan Khazanah 2024 (TKR2024). Sambil kami terus berkembang dan memperhalusi cara kami berkongsi perjalanan kami sebagai dana kekayaan negara Malaysia, maklum balas anda memainkan peranan penting dalam membantu kami memahami perkara yang sesuai dengan anda dan di mana kami boleh melakukan yang lebih baik.

cover
Kembali ke atas