Please turn your device for a better experience

Membimbing syarikat tenusu tempatan muncul menjadi juara

Farm Fresh Berhad (Farm Fresh) merupakan antara kisah kejayaan Malaysia, bermula daripada perniagaan secara kecil-kecilan di pasar-pasar malam dan kedai runcit tempatan tetapi akhirnya menjadi sebuah syarikat tenusu bersepadu dan terbesar di negara ini, sambil terus mengotakan janjinya untuk menghasilkan produk yang bebas pengawet, pewarna dan perasa tiruan.

Farm Fresh is one of the few dairy players in Malaysia that owns and operates its own farms
‣ Farm Fresh menjadi salah satu daripada beberapa buah syarikat tenusu di Malaysia yang memiliki dan mengendalikan ladangnya sendiri
Farm Fresh Berhad (Farm Fresh)

Sejak membuat pelaburan awal pada tahun 2010, kami memainkan peranan aktif membantu dalam tadbir urus syarikat, pengambilan pekerja, perancangan strategik, dan struktur kewangan. Dengan bantuan kami, Farm Fresh berkembang menjadi syarikat tenusu yang bersepadu sepenuhnya dan kukuh operasinya di seluruh rantaian nilai tenusu – bermula dengan pengurusan ladang dan penternakan haiwan sehinggalah pemprosesan susu dan pengedaran. Dengan menjadi syarikat tenusu yang bersepadu sepenuhnya, syarikat ini dapat meluaskan perniagaan dengan cara yang lebih berkesan sambil mengekalkan tahap kualiti dan keselamatan yang dijanjikan melalui pengawasan lebih baik terhadap input dan proses mereka, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada kepada pihak luar.

Selain manfaat produk yang ditawarkan mereka, Farm Fresh adalah peneraju perniagaan yang turut melaksanakan tanggungjawab sosial. Hari ini, lebih daripada 70% daripada kakitangannya merupakan komuniti luar bandar di seluruh Malaysia, termasuk komuniti Orang Asli yang terletak berhampiran ladang dan kemudahan pemprosesan mereka. Dalam usaha meningkatkan impak sosial, Farm Fresh memperkenalkan rangkaian pengedaran di rumah atau ‘Home Dealer’ yang inovatif dan pertama seumpamanya di negara ini merangkumi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai perniagaan runcit utama atau pasar raya. Melalui rangkaian ini, ribuan ejen penjual, peniaga rumah, dan agen - ramai daripadanya adalah wanita – menjual produk Farm Fresh di komuniti masing-masing, meraih keuntungan yang baik dan meningkatkan taraf hidup sambil memperluas jangkauan syarikat di kawasan luar bandar.

Farm Fresh memberikan penekanan yang tinggi kepada beroperasi secara mampan yang dapat mencipta nilai kepada pemegang kepentingan di sepanjang rantaian nilai, memandangkan ladang yang dimilikinya berhampiran dengan kawasan alam sekitar semula jadi dan komuniti setempat. Sejak tahun 2014, pihak syarikat terus memperkenalkan amalan pertanian regeneratif di ladang-ladang Muadzam Shah dan Universiti Putra Malaysia, sekali gus mewujudkan ekonomi kitaran apabila sisa daripada ladang ternakan dirawat untuk dijadikan sumber alas tidur, baja, dan pengairan padang ragut. Selain itu, semua ladang Farm Fresh mendapat akreditasi Certified Humane® yang diiktiraf secara global, sebagai bukti komitmen terhadap amalan yang mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan haiwan.

Farm Fresh yang mengharungi sejarah perjalanan operasi luar biasa bermula dengan menjual produknya di rak kedai runcit dan akhirnya muncul menjadi sebuah syarikat tenusu tempatan terkemuka, turut mencipta sejarah sebagai antara IPO (Tawaran Permulaan Awam) terbesar di Bursa Malaysia sebelum ini dengan mencatat lebihan langganan awam sebanyak 18.74 kali. Dengan kejayaan IPO dan cadangan nilai uniknya, syarikat ini kini berhasrat mengukuhkan lagi kehadiran di pasaran tempatan dan memacu pengembangan serantau di kawasan Asia-Pasifik, untuk menjadi pemain utama dalam industri tenusu di Asia.

Memperkasakan Kecemerlangan Akuakultur dan Hortikultur

Blue Archipelago Berhad (BAB) diiktiraf sebagai tonggak kecemerlangan dalam kualiti akuakultur, kelestarian, dan impak sosial. Impak yang menyamai pencapaian di sektor hortikultur melalui Monoluxury Sdn Bhd (Monoluxury), sebuah syarikat yang memanfaatkan inovasi pertanian terbaik sehingga terkenal di Malaysia dan Singapura di bawah jenama “Genting Garden” dan “Lushious”.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim with Datuk Seri Aminudin Shari, Menteri Besar of Selangor and Hamdan Majeed, Managing Director of Think City sharing a light moment with youth representatives from PPR Kg Hicom, Shah Alam during the launch of Kita-Untuk-Kita (K2K) Programme on 8 April 2023
‣ Kegiatan menangkap udang untuk jualan di kolam akuakultur BAB
Blue Archipelago Berhad (BAB)
Dato’ Seri Anwar Ibrahim with Dato’ Feisal at the Youth Empowerment Forum (YEF2023) in Kuala Lumpur
‣ Hasil tanaman Monoluxury menggunakan sistem hidroponik tanpa tanah
Monoluxury Sdn Bhd (Monoluxury)

Anak syarikat milik penuh Khazanah, BAB beroperasi dari dua ladang di Kerpan, Kedah dan Setiu, Terengganu dan merupakan salah satu majikan tempatan terbesar yang menyediakan peluang pekerjaan yang bermakna dan berjangka panjang untuk kumpulan berpendapatan rendah. BAB juga berusaha untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui modul latihan yang sesuai dengan tujuan, memperkasakan para kakitangan untuk menjadi pekerja mahir dan mengukuhkan sumber pendapatan untuk membantu keluarga mereka, mewujudkan pengganda positif dalam komuniti setempat.

Selain memenuhi permintaan negara terhadap produk udang yang berkualiti, BAB juga mengeksportnya di bawah jenama “Pelagos”, ke pasaran-pasaran utama di Asia seperti China dan Jepun. Bagi mengekalkan reputasi Malaysia dalam produk makanan laut berkualiti dan meningkatkan daya saing di pasaran eksport, BAB mendapatkan beberapa pengiktirafan tempatan dan antarabangsa termasuklah Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), Best Aquaculture Practices (BAP), dan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP), yang mana standard mereka diakui daripada segi keselamatan produk, kualiti, dan kelestarian.

Sebagai bukti komitmen BAB yang teguh terhadap kelestarian, air kolam yang dilepaskan ke laut selepas digunakan adalah mematuhi standard rawatan air yang lebih tinggi daripada tahap keperluan yang ditetapkan dalam peraturan negara. Selain itu, BAB juga merupakan syarikat akuakultur tunggal di Malaysia dan ASEAN yang mempunyai Sistem Rawatan Efluen Perindustrian (IETS) khusus, menonjolkan kedudukan syarikat sebagai peneraju dalam industri rawatan air sisa.

Pendekatan dengan standard kualiti bertaraf dunia adalah konsisten dengan pelaburan kami dalam Monoluxury, salah satu pengeluar salad dan herba terkemuka di Singapura dan Malaysia. Syarikat itu mengekalkan piawaian penanaman bertaraf dunia dengan meminimumkan penggunaan baja, meningkatkan penggunaan automasi, terutamanya untuk rumah hijaunya, dan terus melabur dalam pembungkusan yang mampan. Monoluxury beroperasi di Genting Highlands dan Cameron Highlands, dengan majoriti tenaga kerja tempatan, di mana 20% daripadanya adalah daripada masyarakat Orang Asli.