Please turn your device for a better experience

MEMACU KE HADAPAN UNTUK

KEMAMPANAN MASA DEPAN

Memajukan Malaysia,

bagi Jangka Masa Panjang

PENGENALAN

Di Khazanah, tujuan pelaburan menjadi panduan kami untuk menghasilkan nilai yang mampan bagi rakyat Malaysia. Sepanjang 30 tahun perjalanan sebagai dana kekayaan berdaulat negara, strategi jangka panjang kami berjaya melahirkan juara-juara serantau merentasi landskap korporat, menggalakkan pertumbuhan inovator serta industri baharu, selain merangsang penggunaan teknologi dan strategi yang mampu menjamin masa depan negara.

Strategi kami juga menjurus kepada pengekalan portfolio pelaburan yang pelbagai bagi mengurangkan impak akibat keadaan ekonomi yang mencabar. Dalam Laporan Khazanah 2022 (TKR2022) ini, kami memperincikan pelaksanaan pelbagai tindakan bagi tujuan mengembangkan portfolio pada tahun lalu, bersandarkan kepada matlamat untuk meningkatkan kekayaan Malaysia dalam tempoh jangka panjang.

Kami Berpegang

Teguh Pada Tujuan

Melabur untuk menghasilkan
nilai mampan bagi rakyat Malaysia

Dengan kedudukan sebagai penghubung antara Kerajaan, Sektor Swasta dan rakyat (komuniti) Malaysia, kami memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, dipacu oleh fokus dan strategi kami untuk Memajukan Malaysia.

Walaupun matlamat utama kami adalah untuk menyampaikan pulangan terlaras risiko jangka panjang yang kukuh merentas portfolio kami, kedudukan kami yang unik dalam negara memberikan peranan yang lebih besar. Kami juga memainkan peranan dalam memangkin pertumbuhan sektor dan syarikat baru muncul dalam negara, menyumbang ke arah daya saing dan kemakmuran jangka panjang negara, dan membina komuniti yang lebih berdaya untuk semua.

Kesimpulannya, aktiviti dan pelaburan kami berpaksi ke arah memberikan impak berpanjangan ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih baik, secara bertanggungjawab.

Empat Strategi Jangka Panjang
Untuk Menjayakan Matlamat Kami

Strategi Jangka Panjang kami membimbing pemikiran dan tindakan kami, menyediakan panduan ke arah memenuhi tujuan kami sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

i
Klik imej untuk papar dalam laman penuh

1. Memajukan Malaysia (Empat Inisiatif Utama)

1

Pemain Korporat Yang Aktif

Kami mengambil bahagian dalam pasaran modal Malaysia sebagai pemegang saham yang aktif, menggalakkan syarikat-syarikat pelaburan kami untuk mencipta nilai dengan meningkatkan (crowding-in) pelaburan swasta baharu dan memacu penambahbaikan kawal selia, sambil menggalakkan penggunaan teknologi termaju, memupuk inovasi dan menggalakkan amalan yang lebih mampan. Tindakan ini dijalankan dengan matlamat menyeluruh untuk memacu pasaran modal Malaysia dan menyumbang kepada pembangunan negara.


2

Dana Impak

Dana Impak merupakan komitmen pelaburan berjumlah RM6 bilion bagi tempoh lima tahun dalam sektor pemangkin yang bakal meningkatkan daya saing dan membina daya tahan negara.

Pelaburan Dana Impak dilaksanakan berdasarkan enam tema berikut:

  • Digital Society and Technology HubMasyarakat Digital dan Hab Teknologi
  • Food and Energy SecurityKeterjaminan Makanan dan Tenaga
  • Decent Work and Sosial MobilityPekerjaan Baik dan Mobiliti Sosial
  • Quality Health and Education for allKesihatan Berkualiti dan Pendidikan untuk semua
  • Building Climate ResilienceMembina Ketahanan Iklim
  • Competing in Global MarketsPersaingan di Pasaran Global

Bertujuan untuk memacu nilai masyarakat secara jangka panjang, pada Jun 2023 kami memperkenalkan rangka kerja SEMARAK, kaedah penilaian impak yang akan membolehkan kami mengesahkan impak pelaburan kami selain pulangan kewangan.


3

Pelabur Global

Pelaburan antarabangsa kami merangkumi pelbagai kelas dan pasaran aset. Kami menyelaraskan pelaburan ini secara strategik dengan megatrend global dan teknologi baru muncul, bagi mencapai matlamat berkembar iaitu mengembangkan nilai portfolio dan memudahkan aliran pengetahuan, rangkaian, dan peluang pelaburan baharu ke Malaysia.

  • Pelaburan yang diperuntukkan dan jaringan kerja
  • Pemindahan ilmu dan maklumat, aliran pelaburan bersama
  • Menarik pelaburan ke Malaysia

4

Membina Kapasiti dan Masyarakat Berdaya

Kami terus menghasilkan impak kepada masyarakat Malaysia melalui entiti gabungan kami, termasuk Yayasan Hasanah, Yayasan Khazanah, Khazanah Research Institute, Taman Tugu dan Think City, bagi membangunkan kapasiti dan memupuk komuniti yang lebih berdaya tahan.

Kami menyampaikan nilai kepada masyarakat merentasi tonggak berikut:

2. Membina daripada Kekuatan Kewangan

Melalui pelaburan dalam portfolio yang pelbagai dan amalan pengurusan hutang dan kecairan yang cermat, kami berkedudukan untuk memenuhi sasaran pulangan pelarasan risiko jangka panjang. Dalam persekitaran makroekonomi dan geopolitik yang kian berubah, kami memahami kepentingan untuk meneruskan usaha pengimbangan semula dalam mencapai sasaran Peruntukan Aset Strategik (SAA), meningkatkan kepelbagaian dan daya tahan portfolio.

3. Mewujudkan Masa Depan yang Mampan

PENDEKATAN KAMI TERHADAP KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR

Selanjutnya

Kami menyedari peranan dalam membentuk peralihan yang saksama dan bertanggungjawab untuk Korporat Malaysia dalam mendukung amalan kemampanan. Rangka Kerja Kemampanan kami menjadi panduan bagi pendekatan untuk menyampaikan nilai yang mampan sebagai perusahaan dan pelabur, dan komitmen jangka sederhana dan panjang kami digariskan dalam sasaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kami.

SOROTAN KHAS:
Mencapai Peralihan ESG yang Saksama dan Bertanggungjawab Bagi Korporat Malaysia

Selanjutnya

4. Membangunkan Pasukan yang Cemerlang

Warga kami menjadi penentu utama kejayaan Khazanah. Dengan mengutamakan budaya prestasi tinggi dan kerjasama, menyediakan peluang pembangunan bakat dan mengekalkan persekitaran kerja yang pelbagai serta inklusif, kami menyokong mereka, untuk mencapai potensi penuh dalam usaha membentuk Khazanah yang celik digital dan tersedia masa hadapan.

Dalam membangunkan pasukan yang cemerlang, kami dibimbing oleh Nilai Teras yang menekankan kepentingan untuk berpegang kepada tanggungjawab, menghormati perbezaan pandangan dan menyokong antara satu sama lain pada setiap masa.

Warga Kami

Selanjutnya

PENYAMPAIAN NILAI SOSIAL

Selanjutnya

Kemampanan Di Khazanah

Sebagai dana kekayaan negara Malaysia, kami berkewajipan untuk mencipta nilai melebihi nilai kewangan. Melalui jangkauan dan pengaruh kami, Khazanah terlibat secara aktif dengan syarikat-syarikat portfolio untuk memacu amalan mampan yang memberikan manfaat jangka panjang untuk negara, komuniti dan persekitaran semula jadi.

Prinsip-prinsip Kemampanan Kami

Berbuat Baik

Kami mengharapkan hasil yang baik dan memastikan tindakan yang diambil pada hari ini akan memberi keputusan positif bagi perkara-perkara berkaitan ekonomi, sosial dan perubahan alam sekitar kepada generasi masa kini dan masa depan.


Berbuat Lebih Baik

Kami berusaha untuk terus memperbaiki ‘status quo’ dengan mengenal pasti peluang untuk mencipta nilai positif melalui pengurusan risiko dan membuat persediaan bagi masa depan.


Jangan Lakukan Kemudaratan

Kami mengurus dan mengawal risiko bagi memastikan tindakan yang diambil tidak mendedahkan kesan yang negatif kepada pihak berkepentingan dalam masyarakat, ekonomi atau alam sekitar.

Kemajuan Yang Telah Kami Capai Sejauh Ini

Alam Sekitar

Kami menyasar untuk mengurangkan impak operasi terhadap alam sekitar dan menyokong peralihan kepada ekonomi berkarbon rendah

Sosial

Kami menyasar untuk membangunkan tenaga kerja yang produktif dan inklusif serta memacu impak positif kepada masyarakat

Tadbir Urus

Kami menyasar untuk memupuk tadbir urus yang baik dan penglibatan yang berkesan dengan pihak berkepentingan dan syarikat portfolio

DIDORONG TUMPUAN

YANG SEIRING

PERUTUSAN PENGERUSI

Tahun 2022 merupakan satu tempoh yang benar-benar mencabar bukan hanya Malaysia malah seantero dunia, berikutan konflik geopolitik berterusan selain keadaan makroekonomi yang rapuh. Sehubungan itu, keutamaan semasa saya adalah memastikan tindakan kolektif yang diambil semua pihak dapat memacu usaha pemulihan ekonomi negara.”

Khazanah, bersama Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) lain di Malaysia, akan terus melaksanakan mandat demi membangunkan sebuah negara yang adil dan inklusif yang turut menguasai teknologi maju, berinovasi serta menerokai bidang pertumbuhan baharu di samping usaha memenuhi keperluan segenap rakyat Malaysia secara saksama.

Sebagai dana kekayaan berdaulat negara, Khazanah berada di kedudukan yang betul untuk memainkan peranan utama dalam mencapai aspirasi ini. Melalui pelaburan bersasar dalam syarikat-syarikat juara nasional dan permulaan, merentasi sektor-sektor utama dan membangun, Khazanah menyokong pemulihan berterusan negara dan menyediakan asas untuk masa depan yang lebih kukuh dan mampan.


Selanjutnya
Dato’ Seri Anwar Ibrahim

PERUTUSAN PENGARAH URUSAN

Ketika perutusan ini ditulis, dunia masih lagi belum pulih daripada kesan pasca pandemik. Kemelut geopolitik menyebabkan peningkatan inflasi dan mengganggu rantaian bekalan dunia manakala ketidaktentuan akibat cabaran makroekonomi pula menyaksikan berlaku peningkatan mendadak penggunaan teknologi digital terkini. Dengan pertembungan kesemua faktor ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa dalam dunia serba moden ini, perubahan adalah satu perkara yang berterusan.

Tahun 2022 sememangnya mencabar namun bagi Khazanah, kami kekal dipandu oleh tujuan yang sama iaitu penyampaian nilai yang mampan untuk rakyat Malaysia dan memastikan masa depan yang baik melalui usaha-usaha pembangunan negara.”


Selanjutnya
Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir

Demi Penghasilan

Nilai Untuk Semua

PENDEKATAN PELABURAN KAMI

Kami berusaha menunaikan mandat melalui pelaburan dengan mengembangkan Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) sambil menghasilkan nilai ekonomi dan masyarakat yang mampan untuk rakyat Malaysia.

Selanjutnya
  • Portfolio Pelaburan

    Portfolio pelaburan berbilang generasi merentasi pelbagai kelas aset dan geografi, dengan matlamat menjana pulangan terlaras risiko jangka panjang yang konsisten.

  • Portfolio Dana Impak

    Dana Impak melabur dengan tujuan meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia, membina daya tahan negara sambil menghasilkan impak sosioekonomi kepada rakyat Malaysia.

  • Aset Pembangunan

    Portfolio Aset Pembangunan terdiri daripada pelaburan berpotensi memberikan impak tinggi kepada ekonomi, tetapi mengambil masa lebih panjang untuk merealisasikan sasaran pulangan kewangan dan manfaat serta hasil kepada masyarakat dan negara.

  • Aset Situasi Khusus

    Aset yang memerlukan pemulihan keuntungan dan aliran tunai operasi yang mampan dengan sasaran dan pelan tindakan tertentu yang diluluskan Lembaga Pengarah secara tahunan.

    SOROTAN KHAS

    Membangunkan Ekosistem Syarikat Pemula

    Ekosistem syarikat pemula menjadi pemacu penting bagi pertumbuhan ekonomi dan tidak terkecuali juga di Malaysia. Dengan memberikan sokongan, kami membantu mempromosikan keusahawanan, mencipta peluang pekerjaan, memupuk inovasi, dan menarik pelaburan ke negara ini.

    Usahawan dan syarikat pemula berkeupayaan untuk mengubah industri dan model perniagaan sedia ada untuk mencipta model perniagaan baharu dalam menangani cabaran sosial, alam sekitar dan ekonomi yang didepani oleh masyarakat.

    Namun, di sebalik potensi yang besar, usahawan dan syarikat pemula berdepan cabaran yang ketara terutamanya pada peringkat awal operasi. Banyak penyelesaian yang dikenal pasti di bawah tema Dana Impak menunjukkan syarikat peringkat awal memerlukan modal berisiko untuk meningkatkan inovasi dan perniagaan.

    Selain itu, usahawan dan syarikat pemula memerlukan akses kepada pembiayaan, mentor, peluang rangkaian, dan sumber lain bagi mengatasi cabaran ini, membina kelestarian perniagaan dan mencapai potensi penuh mereka. Sehubungan itu, kami mengakui perlunya sokongan strategik supaya usahawan dan syarikat permula boleh berkembang dan menjadi juara serantau.

    Selanjutnya

    Keterjaminan Makanan dan Sara Diri

    Selari dengan mandat membangunkan negara, kami melabur dalam perniagaan yang berpotensi untuk menangani isu atau bidang utama yang gagal dipenuhi secara domestik.

    Terdapat kesedaran yang jelas tentang perlunya Malaysia memenuhi permintaan domestik terhadap produk-produk makanan, kami mengenal pasti, melabur dan memberikan sokongan jangka panjang kepada tiga pemain utama dalam bidang pertanian di negara ini.

    Kami bukan hanya memberikan sokongan kewangan dan menetapkan standard tadbir urus korporat yang perlu mereka patuhi. Kami turut memperkasakan mereka melalui input pertumbuhan yang strategik supaya mereka dapat meningkatkan lagi pengeluaran, menerima pakai amalan terbaik dan menerapkan kemampanan dalam operasi perniagaan. Dengan pendekatan jangka panjang yang dilaksanakan, syarikat-syarikat portfolio kami muncul menjadi juara serantau dalam industri mereka, membantu mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import makanan.

    Selanjutnya

    Mencapai Peralihan ESG yang Saksama dan Bertanggungjawab Bagi Korporat Malaysia

    Memajukan Malaysia memacu kepemimpinan negara dalam isu-isu yang turut menentukan masa depan dunia, di mana kelestarian dan pengurusan alam sekitar menjadi bidang tumpuan utama.

    Aspek utama ini dipegang oleh Cenviro Sdn Bhd (Cenviro), penyedia penyelesaian pengurusan sisa terkemuka di Malaysia, yang mana Khazanah menjadi pemegang kepentingan utama sejak tahun 2014.

    Selanjutnya

    Bagi Membina Kapasiti,

    Komuniti Berdaya Saing

    & Pasukan Cemerlang

    Penyampaian Nilai Sosial

    Kami menyampaikan nilai sosial berterusan melalui usaha-usaha yang memberi manfaat kepada pelbagai komuniti di Malaysia. Inisiatif-inisiatif berimpak ini menyasarkan hasil sosio-ekonomi yang diutamakan bagi memajukan komuniti, membina kapasiti dan memperkukuh masa depan negara.

    Antara entiti-entiti pelaksana utama yang melaksanakan inisiatif penciptaan nilai kami adalah Yayasan Hasanah, Yayasan Khazanah, Institut Penyelidikan Khazanah, Think City Sdn Bhd, dan Taman Tugu Project Development Sdn Bhd. Selain itu, kami menjalankan usaha langsung di bidang-bidang terpilih seperti Galeri Khazanah dan Program Residensi Khazanah.

    Dengan matlamat untuk memantapkan sumbangan kami di masa hadapan kepada masyarakat di bawah tonggak Membina Kapasiti dan Komuniti Berdaya, kami menubuhkan unit Pemantauan & Penjajaran Nilai Masyarakat (SMA) pada Februari 2023 untuk membolehkan penjajaran yang lebih baik antara tujuan kami dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif nilai sosial, membolehkan kami untuk menyampaikan impak yang lebih besar.

    ‣ Projek Ganda Dana (ladang penternakan ikan Tilapia) di Kampung Bambangan, Tambunan, Sabah adalah penerima manfaat daripada Good Shepherd Services (salah satu rakan kongsi Yayasan Hasanah) yang berhasrat melahirkan usahawan wanita yang menggunakan sumber sedia ada untuk meningkatkan pendapatan isi rumah mereka
    • ‣ Pelancaran Laporan Hasanah 2022, bertemakan Igniting Possibilities: Semarak Potensi Kita

      YAYASAN HASANAH

      Yayasan Hasanah (Hasanah), sebuah yayasan milik Khazanah Nasional Berhad, menjadi pemangkin perubahan sosial di Malaysia melalui gerannya dalam lima bidang teras: Pendidikan, Pembangunan Masyarakat, Kesenian & Ruang Awam, Alam Sekitar dan Pengetahuan.

      Selanjutnya
    • ‣ Penerima Anugerah Baharu 2022: Khazanah Global, Khazanah Watan dan Khazanah Global (Pengajian Lepasan Ijazah)

      YAYASAN KHAZANAH

      Bagi menyokong matlamat kami dalam meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global, Yayasan Khazanah (YK) telah mengenal pasti, menyokong dan memupuk bakat-bakat terbaik dalam negara yang berpotensi untuk memegang posisi kepimpinan dalam sektor korporat atau kerajaan.

      Selanjutnya
    • ‣ Denai hutan Taman Tugu menawarkan aktiviti yang sangat menyeronokkan kepada semua peringkat umur termasuk acara melibatkan keluarga dan pembinaan pasukan

      TAMAN TUGU

      Dalam usaha mewujudkan kawasan hijau di Kuala Lumpur, kami bekerjasama dengan pelbagai entiti daripada sektor swasta dan awam bagi membangunkan Taman Tugu, sebuah taman seluas 66 ekar di tengah-tengah kota raya yang boleh dikunjungi secara percuma. Taman Tugu ialah salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat bukan berasaskan keuntungan kami yang terbesar.

      Selanjutnya
    • ‣ George Town Conservation and Development Corporation (GTCDC), Think City dan Aga Khan Trust for Culture meraikan penyiapan tembok laut yang baharu dan persiaran awam di sepanjang Esplanade yang bersejarah. Esplanade merupakan sebuah persiaran tepi laut di tengah-tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town

      THINK CITY

      Think City, anak syarikat milik penuh Khazanah, terlibat dalam membangun dan melaksanakan penyelesaian inovatif yang menjadikan bandar lebih mesra rakyat, boleh didiami, berdaya tahan dan mampan. Ditubuhkan pada tahun 2009 bagi tujuan penjanaan semula bandar George Town di Pulau Pinang, Think City kini terdapat di bandar-bandar seluruh negara, melaksanakan projek berimpak yang mencipta lebih banyak lagi ruang bandar dinamik dengan menumpukan kepada empat bidang utama: Pewujudan Tempat, Daya Tahan, Strategi & Analitik dan Pembangunan Ekonomi berdasarkan Budaya.

      Selanjutnya
    • ‣ Dato’ Feisal dan Pengerusi KRI, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, hadir pada pelancaran penerbitan The Paddy and Rice Industry of Sabah and Sarawak: Status and Potential pada 31 Januari 2023

      KHAZANAH RESEARCH INSTITUTE

      Khazanah Research Institute (KRI) menjalankan penyelidikan tentang isu-isu mendesak yang dihadapi negara dengan objektif untuk mencadangkan dasar awam yang mengekalkan dan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia.

      Selanjutnya
    • ‣ Salah satu bidang tumpuan Khazanah-MySTEP pada tahun 2022 adalah penjagaan kanak-kanak yang mana kami melantik Rakan Kongsi Program yang pakar dalam latihan dan persijilan penjagaan kanak-kanak secara profesional

      PROGRAM PEKERJAAN JANGKA PENDEK KERAJAAN MALAYSIA (MySTEP)

      Kami menyokong Program Pekerjaan Jangka Pendek Kerajaan Malaysia (MySTEP), yang menyediakan latihan dan penempatan di tempat kerja kepada rakyat negara ini yang berumur 18 tahun ke atas melalui penyertaan pelbagai rakan kongsi industri. Menyedari permintaan pasaran pekerjaan yang berubah-ubah, program ini ditumpukan kepada memupuk pengetahuan yang relevan, kemahiran sedia masa depan dan menyediakan minda yang betul untuk rakyat Malaysia bagi pertumbuhan kerjaya jangka panjang, dengan memberi penekanan khusus dalam menangani isu pengangguran dalam kalangan graduan universiti.

      Selanjutnya
    • ‣ HRH Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, The Sultan of Perak Darul Ridzuan, officiated the opening of our virtual art gallery, Galeri Khazanah and its accompanying mini exhibition

      GALERI KHAZANAH

      As part of our mission to preserve Malaysia’s rich social and cultural heritage, we launched Galeri Khazanah in August 2022.

      Read More

      Warga Kami

      Warga kami merupakan asas yang menjadi penentu kepada nilai yang ingin dicipta. Dengan menggalakkan kerjasama dan keterbukaan dan juga ruang bagi tujuan pendidikan dan pembangunan, kami memacu budaya prestasi tinggi merentasi seluruh tenaga kerja kami supaya nilai lebih besar mampu disampaikan kepada negara.

      Kami membentuk budaya yang berasaskan tiga Nilai Teras, membolehkan warga kami memberikan yang terbaik pada setiap masa:

      Kami berpegang kepada TANGGUNGJAWAB

      Menyampaikan hasil dengan cara beretika

      Kami MENGHORMATI perbezaan pandangan

      Mendapat nilai daripada pelbagai idea dan pendapat

      Kami MENYOKONG antara satu sama lain

      Memahami keutamaan dan keadaan orang lain

      Memacu Ke Hadapan

      Ketika kami maju ke hadapan dalam persekitaran yang pesat berkembang, kita tidak mudah berganjak daripada kekal menyumbang kepada pembangunan negara dan memastikan masa depan yang mampan, ke arah Memajukan Malaysia.

      Untuk itu, tumpuan kami kekal menjurus kepada melaksanakan pelaburan melalui pelbagai program, merancang penciptaan nilai serta peluang-peluang pengewangan pada penilaian yang sesuai dalam menghasilkan pulangan ekonomi yang mampan.

      Ketika mengembangkan Portfolio Pelaburan, kami juga membina secara berterusan mandat pembangunan merangkumi pelaksanaan Dana Impak untuk memberikan impak sosioekonomi kepada negara.

      Dengan mandat yang melangkaui pulangan kewangan, kami juga kekal komited untuk memberi impak kepada masyarakat Malaysia dengan Membina Kapasiti dan Komuniti Berdaya bersama-sama entiti gabungan kami.

      Dalam masa yang sama, kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, akan terus memacu kemampanan dengan menerapkan pertimbangan ESG dalam proses pelaburan kami dan membina organisasi yang lestari melalui amalan budaya dan tingkah laku kami.

      Secara keseluruhan semua usaha kami akan terus menumpukan kepada:

      1

      Usaha penciptaan nilai aset Malaysia yang kami laburkan

      2

      Melaksanakan projek Dana Impa dengan berpandukan aplikasi SEMARAK, satu kaedah pengukuran impak

      3

      Meneruskan pelaburan di peringkat global, sambil mengekalkan pendekatan pengimbangan semula portfolio yang berdisiplin

      4

      Melaksanakan Rangka Kerja Kemampanan, sambil menggabungkan prinsip Peralihan Saksama

      5

      Menyampaikan nilai kemasyarakatan melalui Membina Kapasiti dan Komuniti Berdaya bagi manfaat rakyat Malaysia

      Selesai membaca laporan ini?
      Kongsikan pendapat anda dengan kami!

      SASARAN & KEMAJUAN KAMI

      Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang tahun 2050
      • Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang tahun 2050
      • Merumus strategi dan bakal memulakan pembangunan Laluan Peralihan Iklim (Climate Transition Pathways) menjelang akhir tahun 2023

      Operasi neutral karbon menjelang tahun 2023
      • Membangunkan strategi dan pilihan untuk mencapai neutral karbon menjelang tahun 2023, dengan data asas dikumpul dan sedang menjalani pengesahan.

      SASARAN & KEMAJUAN KAMI

      Meningkatkan rangka kerja dan program Kepelbagaian, Ekuiti dan Rangkuman (DEI) menjelang tahun 2023

      30% wanita dalam Lembaga Pengarah dan Barisan Pengurusan Kanan menjelang tahun 2025
      • Ahli Kelab 30% (30% Club) pada 2 Mac 2023
      • Wanita kini mewakili 14% daripada ahli Lembaga Pengarah kami
      • Wanita kini merupakan 29% daripada Barisan Pengurusan Kanan kami

      Sasaran impak sosioekonomi boleh diukur menjelang tahun 2023
      • Membangunkan rangka kerja SEMARAK sebagai pengukur kesan sosioekonomi pelaburan dan inisiatif kami
      • Rangka kerja SEMARAK digunakan merentasi beberapa peluang pelaburan dan akan terus diperhalusi pada masa hadapan

      Rangka Kerja DEI

      ASPIRASI

      Menerapkan prinsip DEI dalam warga dan budaya organisasi Khazanah dengan menghormati
      undang-undang dan amalan budaya tempatan

      MAKSUD DEI
      • Pewakilan tenaga kerja yang pelbagai
      • Peluang, akses dan layanan yang saksama
      • Berbudaya inklusif, saling menghormati dan saling menyokong
      STRATEGI*
      HASIL
      1

      Memacu minda yang pelbagai, saksama dan inklusif

      2

      Pemikiran DEI diterapkan secara sedar dalam tingkah laku

      3

      Tindakan akan memberi kesan positif terhadap prestasi pekerja dan memacu inovasi

      * Semua strategi akan disokong atau diperlengkap dengan inisiatif yang berkaitan
      Kembali

      SASARAN & KEMAJUAN KAMI

      Meningkatkan kecekapan Lembaga Pengarah (termasuk kemampanan) di syarikat portfolio kami menjelang tahun 2024
      • Proses pengurusan penamaan calon pengarah yang terdiri daripada pemilihan, pencalonan dan penilaian diterapkan secara rasmi

      Mendedahkan prinsip pengundian umum menjelang tahun 2022
      • Mendedahkan secara terbuka prinsip am pengundian dalam laman web kami

      Termasuk KPI berkaitan ESG bagi jawatan kepimpinan utama bagi syarikat portfolio kami menjelang tahun 2023
      • 100% syarikat portfolio kami menetapkan KPI berkaitan ESG bagi pelantikan jawatan peneraju utama