Please turn your device for a better experience

Membangunkan Bakat Digital dan Syarikat-Syarikat

Future Malaysia Programme (FMP) menyokong ekosistem pemula tempatan, merangkumi usahawan, syarikat pemula, modal teroka dan program usaha niaga korporat melalui usaha sama dengan rakan kongsi domestik dan antarabangsa.

‣ Pengarah Eksekutif Pelaburan dan Ketua Dana Impak, Bryan Lim, bersama-sama dengan rakan korporat dari PETRONAS, Tenaga Nasional, Gentari dan DRB HICOM pada pelancaran PETRONAS FutureTech 3.0. Perkongsian strategik dengan PETRONAS bertujuan memupuk kerjasama korporat dalam ekosistem modal teroka Malaysia

Selaras dengan usaha ini, kerjasama dimeterai dengan Gobi Partners dan 500 Global, kedua-duanya merupakan pengurus modal teroka antarabangsa paling aktif dengan rekod prestasi pelaburan yang meluas dan berkepakaran untuk penciptaan nilai di Malaysia. Jejak antarabangsa dan rangkaian mereka bertindak sebagai penghubung kepada kumpulan modal teroka serantau untuk melabur dalam syarikat Malaysia, dan membantu syarikat pemula Malaysia untuk berkembang di peringkat antarabangsa dengan jangkaan untuk menjadi juara serantau.

Dari segi kerjasama korporat pula, Khazanah menjadi rakan korporat bagi program pemecut teknologi PETRONAS FutureTech 3.0, yang mewujudkan sinergi dan meningkatkan nilai perniagaan dengan memupuk kerjasama korporat Malaysia dan ekosistem pemula yang dipacu teknologi Kami juga bekerjasama dengan Plug and Play, platform inovasi global terkemuka yang berpusat di Silicon Valley, dengan matlamat mewujudkan pemecut inovasi bagi syarikat-syarikat di Malaysia.

Dengan penglibatan CelcomDigi Berhad dan Sime Darby Plantation Berhad sebagai rakan kongsi utama, program ini akan menyediakan platform kepada syarikat untuk mengakses syarikat pemula antarabangsa yang terkemuka, sekali gus memenuhi objektif inovasi mereka dan mengurangkan risiko pemula dalam memacu usaha niaga korporat yang inovatif.

Bakat pekerja penting kepada industri untuk terus berkembang. Sehubungan itu, kami melancarkan inisiatif Future Malaysia Skills (FMS) sebagai platform penghasilan bakat bagi masa depan pekerjaan dan menggalakkan kemunculan lebih banyak juara tempatan. Kami bekerjasama Sunway Education Group untuk menubuhkan 42 Malaysia (42MY), sebuah sekolah sains komputer peer-to-peer yang akan mempercepatkan pembangunan 10,000 bakat mahir teknologi di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun akan datang. Program 42 adalah sebahagian daripada gerakan global dengan rangkaian 47 buah kampus di 26 buah negara yang menawarkan peluang pendidikan unik secara percuma, dan membuka penyertaan mereka kepada individu berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira latar belakang pendidikan dan sosioekonomi.

Model pendidikan program ini yang inovatif dan boleh diperkembangkan bertumpu kepada pendekatan pembelajaran berasaskan projek secara rakan setara (peer-to-peer) dan praktikal yang menyerupai persekitaran kerja sebenar. Para pelajar berpeluang mempelajari tentang pengekodan sambil bekerja dalam projek industri sebenar dengan rakan korporat 42MY yang mengambil bahagian. 42MY akan mengembangkan program 42 ke seluruh negara melalui kampus-kampus baharu di Johor, Pulau Pinang, dan Kuching di Sarawak dalam beberapa tahun akan datang dan berkemungkinan ke seluruh Malaysia.

Kami percaya bahawa FMP, FMS dan inisiatif kami yang lain bagi ekosistem pemula tempatan dan penjanaan saluran bakat yang mampan memainkan peranan penting dalam memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi di negara ini. Dengan menyediakan rakyat Malaysia dengan kemahiran yang sangat diperlukan boleh membuka laluan kepada bidang pekerjaan yang berkualiti, seterusnya menambah baik kehidupan dan memangkin persaingan yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia selain melengkapkan agenda pembangunan ekonomi digital negara dan mengukuhkan keupayaan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

Menyokong Penjagaan Warga Emas yang Lebih Baik untuk Rakyat Malaysia

FMP mula dirintis pada tahun 2021 apabila kami melancarkan Cabaran Impak Inovasi Khazanah (KIIC) bertujuan mencari usahawan dan syarikat pemula yang menawarkan penyelesaian berimpak kepada Malaysia.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim at the Aidilfitri gathering with Khazanah employees and Board Members

Dengan menjadikan demografi penuaan di Malaysia sebagai latar belakang, edisi pertama KIIC atau Cabaran Impak Inovasi Khazanah bertemakan Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Bagi Warga Emas di Malaysia, dianjurkan bertujuan mencari dan menyokong syarikat pemula yang mampu menawarkan penyelesaian inovatif meningkatkan mutu perkhidmatan penjagaan warga tua di negara ini. Cabaran berlangsung selama 10 minggu ini menyaksikan 30 buah syarikat pemula diberi peluang berinteraksi dengan pakar industri dan menjalani temu duga untuk persediaan ke peringkat akhir selain diberikan maklumat serta idea memperkukuhkan lagi asas perniagaan serta memperkemaskan strategi masing-masing.

Dalam cabaran ini, enam buah syarikat pemula dianugerahkan geran bernilai RM300,000 setiap satu bagi membangunkan dan menawarkan penyelesaian mereka. Salah sebuah syarikat pemula yang berjaya ialah Care Concierge, penyedia penyelesaian penjagaan warga emas termasuk rumah penjagaan dan kemudahan penjagaan berbantuan. Melalui sokongan KIIC dan pembiayaan lanjut yang diterima daripada Gobi Dana Impak Ventures, Care Concierge berhasrat meningkatkan operasi dengan mengadakan tambahan sebanyak 1,000 bilik dalam tempoh tiga tahun akan datang, sekali gus meningkatkan akses kepada penyelesaian kehidupan yang berkualiti tinggi dan selesa untuk warga emas Malaysia.

‣ Melalui kepakaran dan sokongan teknologi, Care Concierge menawarkan pelbagai penyelesaian penjagaan warga emas berkualiti bagi mereka yang memerlukan prosedur dan terapi perubatan
‣ Melalui kepakaran dan sokongan teknologi, Care Concierge menawarkan pelbagai penyelesaian penjagaan warga emas berkualiti bagi mereka yang memerlukan prosedur dan terapi perubatan

Mengubah Industri Kereta Terpakai Asia Tenggara

Kami memberikan sokongan kepada syarikat pemula tempatan seperti CARSOME yang berkembang pesat menjadi sebuah platform edagang kereta bersepadu dan terbesar di Asia Tenggara.

Kami memberikan sokongan kepada syarikat pemula tempatan seperti CARSOME yang berkembang pesat menjadi sebuah platform edagang kereta bersepadu dan terbesar di Asia Tenggara.
‣ Makmal Bertauliah CARSOME di Malaysia

CARSOME yang memiliki operasi di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura, menyasarkan untuk membawakan perubahan baharu dalam transaksi dan juga pemilikan kereta terpakai di rantau ini dengan ‘mendigitalkan’ industri tersebut. Melalui jenama anak syarikat iCar Asia, WapCar dan CarTimes, CARSOME menyediakan penyelesaian ‘hujung-ke-hujung’ bagi pengguna dan pengedar kereta terpakai daripada kandungan kereta, pemindahan pemilikan pemeriksaan kereta hinggalah pembiayaan dan perkhidmatan sampingan lain, dalam usaha meraih kepercayaan dan meningkatkan ketelusan serta menjadi pilihan pelanggan.

Muncul sebagai syarikat unicorn pertama di Malaysia, CARSOME sejak ditubuhkan pada tahun 2015 berjaya meraih dana pembiayaan berjumlah lebih AS$600 juta selain mengendalikan transaksi lebih daripada 260,000 kereta setakat ini. CARSOME juga memperkenalkan program CARSOME Certified, yang menetapkan piawaian industri bagi pemeriksaan kereta dan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

CARSOME PJ Automall: CARSOME’s biggest indoor showroom in Malaysia
‣ CARSOME PJ Automall: Bilik pameran dalaman terbesar CARSOME di Malaysia

Menyedari pentingnya membangunkan ekosistem yang mampan, CARSOME menubuhkan Akademi CARSOME, yang menawarkan program melatih semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) automotif bagi manfaat kakitangan mereka dan juga pelajar yang terdiri daripada rakyat Malaysia. Sehingga kini, lebih 1,500 pelajar mendapat lebih 6,000 jam latihan di akademi tersebut dan ramai daripada mereka meneruskan kerjaya dengan CARSOME selepas tamat pengajian.