Please turn your device for a better experience

Hari ini, Cenviro berkepakaran dalam pengurusan sisa merentasi pelbagai kategori sisa, menawarkan perkhidmatan pakar melalui rangkaian anak-anak syarikat, syarikat bersekutu dan usaha sama, termasuk:

Kualiti Alam

Pemilik pusat pengurusan sisa bersepadu pertama dan terbesar di Malaysia. Pusat yang terletak di Negeri Sembilan, mempunyai kapasiti untuk menyimpan, merawat dan melupuskan lebih daripada 100,000 tan sisa terjadual setiap hari

Cenviro Recycling & Recovery Sdn Bhd (CRR)

Menyediakan perkhidmatan kitar semula dan pemulihan sisa terjadual, dengan memiliki lesen untuk mendapatkan semula sumber daripada 14 Kod Sisa Terjadual

E-Idaman Sdn Bhd (EISB)

Menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal perbandaran bersepadu dan pembersihan awam

Shan Poornam Sdn Bhd (SPSB)

Mengitar semula pelbagai sisa elektronik isi rumah dan industri serta mendapatkan semula logam berharga untuk dijadikan bahan mentah dalam industri lain

Dato’ Seri Anwar Ibrahim with Datuk Seri Aminudin Shari, Menteri Besar of Selangor and Hamdan Majeed, Managing Director of Think City sharing a light moment with youth representatives from PPR Kg Hicom, Shah Alam during the launch of Kita-Untuk-Kita (K2K) Programme on 8 April 2023
‣ Keselamatan menjadi keutamaan di tapak Cenviro dengan latihan kecemasan diadakan secara kerap
Dato’ Seri Anwar Ibrahim with Dato’ Feisal at the Youth Empowerment Forum (YEF2023) in Kuala Lumpur
‣ Meningkatkan kesedaran dengan mengadakan kempen kitar semula e-waste di sekolah-sekolah

Dengan menawarkan perkhidmatan yang pelbagai, Cenviro menjadi pendokong dan pendorong utama bagi Malaysia untuk mencapai masa depan yang mampan. Kami memainkan peranan penting dalam peralihan ini supaya Cenviro boleh meningkatkan operasinya, meluaskan tugas pengurusan sisa dengan memperkenalkan kategori sisa baharu dan yang berkembang selain menerapkan lagi amalan mesra ESG dalam perniagaannya.

Dengan melakukan perubahan pengurusan dari atas ke bawah, kami mendorong kepada penubuhan Lembaga Pengarah yang progresif, dengan tujuan meningkatkan pendedahan Cenviro dalam bidang kitar semula dan pemulihan sisa yang berkembang pesat, termasuk pemilikan saham minoriti SPSB pada tahun 2016.

Di bawah pengawasan aktif kami, Cenviro juga memberikan tumpuan utama kepada amalan ESG dalaman. Tumpuan ini mengorak langkah kepada pelancaran peta hala tuju (road map) pada tahun 2021 dengan tujuan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) syarikat dalam tempoh lima tahun. Usaha ini menyaksikan ketumpatan pelepasan GHG dikurangkan sebanyak 5% menjelang tahun 2025 (dengan menjadikan tahun 2020 sebagai tahun asas) melalui penambah baikan kecekapan penggunaan tenaga elektrik, pengangkutan, dan material. Dengan pengurangan GHG sebanyak 1.34% pada tahun 2021, Cenviro berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamatnya.

‣ SK ecoplant, melalui anak syarikatnya Environmental Management Corporation, membangunkan insinerator mesra alam yang mempunyai teknologi kecerdasan buatan atau AI untuk membantu meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pencemaran udara

Perniagaan Cenviro sememangnya berkait dengan amalan tanggungjawab ESG yang terkini kerana sebelumnya syarikat berkenaan terlibat dalam memastikan sisa berbahaya di Malaysia dirawat dengan sewajarnya. Melalui peranan Khazanah sebagai pemegang saham aktif, model perniagaan Cenviro membolehkan syarikat itu menjadi peneraju ekonomi kitaran di negara ini. Cenviro kini mengitar semula kira-kira 2,000 tan metrik e-sisa setahun melalui SPSB, dengan kadar pemulihan 99.7%. Sementara itu, EISB melokalisasi pusat kitar semula sisa dalam komuniti tempatan, melancarkan pusat kitar semula secara pandu lalu yang pertama di Malaysia dan membangunkan hab sumber kitar semula termaju untuk mengitar semula kertas, plastik dan e-sisa yang diterima daripada majlis perbandaran.

Hari ini, Cenviro memulakan fasa pertumbuhan yang seterusnya dengan impian menjadi juara pengurusan sisa serantau.

Pada bulan Mei 2022, Khazanah mengadakan perkongsian strategik dengan SK ecoplant Co. Ltd dari Korea Selatan (SK ecoplant), bagi membolehkan Cenviro mencapai citacitanya menjadi juara pengurusan sisa rantau. Melalui perkongsian ini, Cenviro akan mendapat akses kepada teknologi pengurusan sisa yang terkini dan kepakaran operasi yang cemerlang dari SK ecoplant, dalam usaha untuk berkembang di peringkat serantau dan meningkatkan prestasi ESGnya.

Dengan kelestarian operasinya yang menyeluruh melibatkan semua peringkat, keupayaan SK ecoplant merangkumi pelbagai bidang dan industri penting termasuk kitar semula, pengurusan sisa dan tenaga boleh diperbaharui. Oleh itu, perkongsian ini akan memperkasa Cenviro untuk mengintegrasikan lagi kemampanan misi dan prosesnya, sekali gus berupaya memainkan peranan menerajui Memajukan Malaysia – dan rantau ini – ke arah masa depan yang lebih mampan.