Please turn your device for a better experience

Membina Negara yang Lebih Kukuh

Dalam menerajui Malaysia ke arah menjadi sebuah negara yang lebih makmur dan terus membangun, sebuah kerangka dasar baharu kepemimpinan negara diperkenalkan oleh Kerajaan iaitu Malaysia MADANI dengan berteraskan enam rukun iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

Malaysia MADANI mewakili pandangan inklusif terhadap keperluan khusus untuk kita terus maju sebagai sebuah negara, tidak terhad kepada perihal kewangan, di mana GLIC dan GLC berperanan penting dalam mencapai aspirasi ini. Saya merasa senang dengan peranan aktif oleh Khazanah dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif pembangunan negara berdasarkan bidang-bidang keutamaan nasional dan memajukan negara ke arah mencapai potensinya.

Penggemblengan tenaga antara Khazanah dan GLIC serta GLC yang lain adalah penting untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing di peringkat global, mampu mencapai sasaran pertumbuhannya dan sebagai destinasi pelaburan yang menarik bagi pelabur asing.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim with Datuk Seri Aminudin Shari, Menteri Besar of Selangor and Hamdan Majeed, Managing Director of Think City sharing a light moment with youth representatives from PPR Kg Hicom, Shah Alam during the launch of Kita-Untuk-Kita (K2K) Programme on 8 April 2023
‣ Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Aminudin Shari, Menteri Besar Selangor dan Hamdan Majeed, Pengarah Urusan Think City beramah mesra dengan wakil belia dari PPR Kg Hicom, Shah Alam semasa pelancaran Kita-Untuk-Kita (Program K2K) pada 8 April 2023
Dato’ Seri Anwar Ibrahim with Dato’ Feisal at the Youth Empowerment Forum (YEF2023) in Kuala Lumpur
‣ Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah, Mei 2023

Kedudukan Unik Khazanah

Khazanah berada di kedudukan yang unik sebagai penghubung antara kerajaan, sektor swasta dan rakyat (komuniti), dan berperanan dalam menyampaikan impak jangka panjang dan mampan untuk negara. Pencapaian dapat dipastikan melalui sokongan kolektif dan peningkatan kerjasama antara semua pihak berkepentingan dalam negara, sekali gus mewujudkan penyelesaian bersama yang membolehkan kemajuan dikecapi oleh semua.

Strategi Memajukan Malaysia mencerminkan pendekatan oleh Khazanah yang bersifat holistik dan insani terhadap pembangunan negara dan menjadi panduan bagi aktiviti pelaburan yang pelbagai, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Saya berasa amat sukacita dengan peranan aktif oleh Khazanah sebagai pelabur yang memberdayakan syarikat-syarikat tempatan untuk berinovasi dan memanfaatkan teknologi, serta mencipta pekerjaan berkemahiran dan pengumpulan bakat yang lebih mampan. Khususnya, keazaman Khazanah dalam menetapkan jangkaan yang jelas bagi syarikat-syarikat portfolio memperkasakan kemampanan membolehkan syarikat-syarikat ini mencapai piawaian global dalam kemampanan dan meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa.

Perasaan bangga lahir berikutan tumpuan yang diberikan terhadap saluran-saluran bersifat jangka panjang dan berasaskan komuniti seperti Yayasan Hasanah, yang sehingga kini telah menyantuni 2.4 juta orang melalui program-program yang telah dilaksanakan. Begitu juga dengan usaha sama Khazanah bersama Sunway Education Group melalui 42 Malaysia, sebuah sekolah sains computer rakan setara (P2P) yang inovatif bagi memacu peningkatan kemahiran digital untuk rakyat mencakupi semua peringkat umur, dan peruntukan RM150 juta untuk projek-projek kredit karbon berdasarkan alam semula jadi. Inisiatif-inisiatif ini adalah ke arah pembinaan Malaysia yang lebih maju, dan peranan Khazanah sebagai pemacu pembangunan negara.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim with Datuk Seri Aminudin Shari, Menteri Besar of Selangor and Hamdan Majeed, Managing Director of Think City sharing a light moment with youth representatives from PPR Kg Hicom, Shah Alam during the launch of Kita-Untuk-Kita (K2K) Programme on 8 April 2023
‣ Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Aidilfitri bersama-sama warga kerja dan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah
Dato’ Seri Anwar Ibrahim with Dato’ Feisal at the Youth Empowerment Forum (YEF2023) in Kuala Lumpur
‣ Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Feisal di Forum dan Eksposisi Pemerkasaan Anak Muda 2023 (YEF2023) di Kuala Lumpur

Memajukan Negara

Meskipun berada di tengah-tengah cabaran pada tahun lalu, Khazanah terus mengekalkan rentak pelaburan yang kukuh dan menyalurkan sokongan kewangan untuk inisiatif-inisiatif penting dan idea sebagai asas kepada masa depan yang lebih cerah untuk negara.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan saya agar Khazanah terus mengutamakan inisiatif pembangunan negara melalui bidang-bidang keutamaan nasional, memajukan negara ke arah mencapai potensi sepenuhnya, Insha Allah.

Penghargaan

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan tulus ikhlas saya kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah Khazanah yang terdahulu dan semasa kerana sentiasa mengambil tanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan mereka, sekali gus memastikan tadbir urus dan prestasi Khazanah secara keseluruhannya baik. Saya juga merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan kanan dan kakitangan Khazanah, di bawah teraju Dato’ Amirul Feisal, atas usaha yang gigih dan berdedikasi bagi memastikan Khazanah terus memenuhi matlamatnya dalam menghasilkan manfaat ekonomi dan sosial yang mampan bagi rakyat dan masa depan lebih baik untuk Malaysia.