Sorotan Kewangan dan Prestasi Utama

Pada tahun 2025, Khazanah menghasilkan keputusan prestasi kewangan dan strategik yang berdaya tahan dalam ketidaktentuan global yang kian meningkat, disokong oleh pengurusan portfolio berdisiplin dan pelaksanaan berterusan melalui strategi Memajukan Malaysia.

Aset bersih Keseluruhan Portfolio meningkat daripada RM104 bilion pada tahun 2024 kepada RM105 bilion, manakala jumlah aset bertambah sebanyak RM5 bilion kepada RM156 bilion. Sejak tahun 2004, aset bersih Khazanah telah melonjak daripada RM33 bilion kepada RM105 bilion, mewakili pertumbuhan tahunan sebanyak 6.2%, termasuk dividen dan aliran tunai bersih.

Portfolio Pelaburan, yang merupakan tonggak utama kepada pulangan kewangan Khazanah, telah meningkat daripada RM93 bilion pada tahun 2024 kepada RM95 bilion pada tahun 2025. Ia mencatatkan pulangan sebanyak 5.2% bagi tahun tersebut, manakala kadar pertumbuhan tahunan terkompaun bagi tempoh tujuh tahun sejak 2019 berada pada kadar 6.1%, mencerminkan keupayaan portfolio untuk menjana pulangan merentasi kitaran pasaran serta sejajar dengan mandat dan selera risiko kami.

Selain itu, Khazanah turut mencatatkan keuntungan daripada operasi sebanyak RM5.6 bilion, berbanding dengan RM5.1 bilion pada tahun 2024.

Sebanyak RM2 bilion dividen diisytiharkan untuk Kerajaan Malaysia, menjadikan dividen kumulatif yang telah dibayar sejak tahun 2004 kepada RM21.1 bilion. Jumlah pulangan kepada pemegang saham sejak 2004 pula mencecah RM93.1 bilion.

Jumlah Aset

(2024: RM151 bilion)
RM 0 bilion

Aset bersih Keseluruhan Portfolio kami meningkat kepada

(2024: RM104 bilion)
RM 0 bilion

Pulangan pusingan 7-tahun

0 %

Pulangan daripada Nilai Aset Bersih (NAV) Portfolio Pelaburan 2025

%

Perlindungan Nilai Aset Boleh Tunai berada pada

(2024: 3.2x)
0 x

Khazanah mencatatkan keuntungan sebanyak

(2024: RM5.1 bilion)
RM 0 bilion

Pengagihan

dividen kepada Kerajaan Malaysia
RM 0 bilion

Penyata Pendapatan (RM juta)

Penyata Pendapatan (RM juta)

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2025

2025 2024 2023 2022 2021
Hasil 6,620 6,978 7,812 8,017 5,353
Keuntungan daripada operasi 5,640 5,090 5,890 1,630 670
Cukai (567) (335) 61 (156) (226)
Untung bersih bagi tahun 5,073 4,755 5,951 1,474 444
Dividen diisytihar:
- Dividen biasa (1,000) (1,000) (1,000) (500) (2,000)
- Dividen khas (1,000) - - - -
Keuntungan/(kerugian) bersih bagi tahun selepas dividen 3,073 3,755 4,951 974 (1,556)

Penyata Imbangan (RM juta)

Setakat 31 Disember

2025 2024 2023 2022 2021
Jumlah aset 98,229 94,317 93,924 86,819 84,822
Jumlah liabiliti [Nota A] 51,751 48,629 51,187 50,101 49,504
Aset bersih 46,478 45,688 42,737 36,718 35,318
Modal saham 12,816 12,816 12,284 12,284 12,284
Keuntungan tertahan 27,714 24,640 21,044 16,093 15,119
Rizab lain 5,948 8,232 9,409 8,341 7,915
Dana pemegang saham 46,478 45,688 42,737 36,718 35,318

Nota A: Termasuk dalam jumlah liabiliti ialah pinjaman seperti berikut:

Pinjaman (RM juta)

Setakat 31 Disember 2025

2025 2024 2023 2022 2021
Bon jaminan Kerajaan Khazanah 1,680 1,616 4,009 5,767 7,943
Bon dan nota lain 39,632 39,260 35,271 30,188 29,826
Pinjaman berjangka - 3,396 6,150 5,985 5,802
Bon boleh tukar 2,034 - - 1,015 3,283
Kemudahan kredit pusingan 7,356 3,429 4,808 6,189 1,624
50,702 47,701 50,238 49,144 48,478

1Penyata pendapatan dan penyata imbangan ini diperoleh daripada Penyata Kewangan Syarikat Proforma Khazanah, yang merujuk kepada penyata kewangan Khazanah (Syarikat) yang disatukan dan Syarikat Tujuan Khasnya (SPV). SPV merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah, yang ditubuhkan untuk pemegangan pelaburan secara aktif atau sebagai instrumen pendanaan Syarikat.

2Hasil termasuk perolehan penyahlaburan daripada pelaburan dikelaskan sebagai nilai saksama melalui pendapatan komprehensif yang dikitar semula kepada perolehan tertahan semasa pelupusan.

3Keuntungan daripada operasi terdiri daripada keuntungan sebelum cukai, keuntungan pelupusan terealisasi, serta pengurangan nilai kekal aset yang dikelaskan pada nilai saksama melalui pendapatan komprehensif lain, yang kemudiannya dikitar semula kepada pendapatan tertahan.